Tuesday, August 10, 2010
Fadilat Solat Tarawih
Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:
Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.
Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Malam ketujuh.
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.
Malam kelapan.
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam kesembilan.
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Malam kesepuluh.
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelas.
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.
Malam kedua belas.
Muka bercahaya di hari Kiamat.
Malam ketiga belas.
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.
Malam keempat belas.
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Malam kelima belas.
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.
Malam keenam belas.
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
Malam ketujuh belas.
Diberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belas.
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.
Malam kesembilan belas.
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
Malam kedua puluh.
Diberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam dua puluh satu.
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
Malam kedua puluh dua.
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam kedua puluh tiga.
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
Malam kedua puluh empat.
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.
Malam kedua puluh lima.
Dihapuskan dari seksa kubur.
Malam kedua puluh enam.
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
Malam kedua puluh tujuh.
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
Malam kedua puluh lapan.
Allah mengangkat dengan seribu darjat.
Malam kedua puluh sembilan.
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ketiga puluh.
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.
Bersama-samalah kita merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah ini..
Labels:
Solat Tarawih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Nak post juga mengenai benda ni, tapi ada terbaca ianya dari hadis - hadis palsu. Betul ke?
Ia bukan hadis Palsu, Tapi hadis lemah. It's ok. Asalkan baik untuk kita sebagai motivasi. Tuhan tu maha kaya dengan ganjaran. Dia yang berhak nak bagi apa-apa kepada sesiapa yang Dia mahu. Kita sebagai hambaNya teruskan beramal menuju jalan kebahagiaan..
hadis lemah bermaksud hadis yang tidak diketahui kebenarannya la maksudnya ye. Apa - apahal pun bulan Ramadhan bulan mulia untuk beribadat
mlm tadi tertdo lak. mlm nnti la start teraweh :D
selamat beribadah! :D
Yap! JAIS dah kompemkan..
hadis Daif..
tima kasih... info yang baik
yup. benda ni kurang jelas. sebab dulu ramai orang buat terawih kira hari.
tu pasal dh tak de benda ni tampal kat masjid. dulu bersepah
betul..ganjaran ni macam motivasi. Yang peting ape yang dibuat perlu ikhlas x kira ape ibadah pun. Cuma yang jelas setiap amalan sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan akan dibalas berlipat ganda oleh Allah. Ramadhan adalah bulan untuk hambaNya. So jadilah hambaNya yang istiqomah dalam beribadah.. Selamat beribadah...;)
Oh sahabat,
seperti aku teringat sesuatu, dahulu pernah keluar satu hadith berkenaan dengan terung oleh seorang penjual terung. rasanya hadith sebegitu banyak keluar selepas Baginda Nabi wafat
apa yg penting, keikhlasan kita dalam beribadat. jgn pulak tengok semua fadilat ni, baru sibuk nk tarawih. btol tak? :) selamat berpuasa. :D
ini hadis palsu..JAKIM dah confirm kan lama dah..so kalau kita menyebarkan hadis palsu samalah kita menyebarkan fitnah terhadap nabi..jadi sila lah delete ye..
salam
terima kasih atas perkongsian ini. mari kita sama-sama menambahbaik amalan dan semoga kita adalah para graduan lepasan University of Ramadhan.
Selamat berpuasa
Post a Comment