Friday, August 20, 2010

Isu Harga Ayam Naik Mendadak

Lepas ni nak makan ayam kena bela sendiri la nampaknya...


Macam dah jadi satu 'trend' bila menjelang Raya Aidilfitri terutamanya mesti berlaku sindrom harga ayam naik. Bebaru ni dikatakan harga ayam melambung sampai ke RM 7.20/kg di Kedah. Macam mane org-org yang berpendapatan rendah nak makan ayam. Dan org-org yang mampu pun mengeluh panjang jugak.

Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran. Itu jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meredakan kemelut harga runcit ayam di seluruh negara yang dilaporkan naik mendadak kini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada persatuan tersebut berhubung perkara itu disamping cadangan untuk menjadikan ayam sebagai barang kawalan dan mempunyai harga syiling menjelang Aidilfitri.

Manakan tidaknya, sampaikan harga ayam yang dijual dipasaran bazar (Ayam Percik, Ayam Goreng, Lauk Pauk) juga melambung. Ialah, kalau tak macam mana peniaga nak untung.

Apa pun pepandailah kita memilih menu yang sesuai di sepanjang bulan Ramadhan ini. Ingat Kuasa Membeli Di Tangan Kita. Kita yang berkuasa menentukan harga ayam ini.


SPG : Harap-harap raya ni dapat makan ayam. Bukan ape, takut-takut ayam lak kena sorok macam gula hari tu....heheheh..

4 comments:

mrnoble said...

asal musim perayaan je harga ayam naik, hampeh tol la!
haha! besar giler ayam koboi tu :p

Gen Fujita said...

yang pegang harga binatang ternakan ni adalah mereka yang berada di peringkat pengeluar, peruncit tak tau apa-apa. persatuan ni pun kadang-kadang tak nak bagi kerjasama, dah dipanggil pun depa boleh demand, siap boleh pulau gomen lagi. angkuh sebab depa tau kalau depa kena tindakan, orang ramai tak dpt makan binatang. tu lah masalahnya bila dasar kapitalis dah membarah ke akar umbi.

Anonymous said...

eh besarnye ayam..hhahaa..hurm..xde ayam kite makan daging..xpn makan ikan..ade ke raye org mkn ikan?

Tapak Kaki said...

aku rasa harga anak ayam lagi murah kot..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP