Saturday, July 21, 2012

Selamat Datang Ramadhan 1433H

Ramadhan Bulan Keampunan

Salam semua, Ramadhan datang lagi setelah setahun meninggalkan kita. Kita patut rasa bersyukur kerana diberi peluang lagi oleh Yang Maha Pencipta untuk bertemu lagi dengan penghulu segala bulan in. Dimana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan Lailatulqadar.

Bersempena Ramadhan yang tiba, suka untuk Rimau untuk berpesan-pesan kepada rakan-rakan pembaca semua dan untuk diri Rimau sendiri supaya kita benar-benar menghayati nikmat sebenar berpuasa dan hikmahnya supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah.

Ingatlah kita perintah berpuasa bukanlah untuk menzalimi kita sebaliknya untuk menyedarkan kita betapa diluar sana ramai yang menderita tidak dapat makan, kelaparan dan sebagainya. Jadi dengan berpuasa dapat membawa kita merasai keperitan yang mereka alami supaya kita menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Penuhilah aktiviti berpuasa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. (Jangan asyik tidur saja. Berblogwalking takpe..heheheh..) supaya kita mendapat keberkatan dalam berpuasa. Berzikir, solat sunat, dan membaca Al-quran dapat menenangkan jiwa kita dan membolehkan kita rasa tidak lapar. Jangan asik menunggu waktu berbuka sahaja kerana percayalah semakin ditunggu semakin lambat jarum jam tu bergerak. Percayalah..

Dan tidak dinafikan akan ada banyak bazar-bazar ramadhan yang akan dibuka bagi memenuhi nafsu berbuka puasa kita. Ingat!! beli tak salah tapi jangan sampai mambazir!!. Memang syaitan telah dibelenggu tetapi nafsu kita yang dikawal oleh syaitan sebelum Ramadhan masih ada untuk mempengaruhi kita membuat pembaziran. Oleh itu kawal nafsu kita kerana itu adalah sebesar-besar Jihad!!!

Waktu berbuka makanlah kita sekadar mengisi perut yang kosong bukan makan sehingga perut tak tertampung untuk diisi. Kesian kat perut kita..bagilah dia rehat dalam bulan Ramadhan ni..

Dan disebelah malam pula jangan lupa kerjakan solat yang tak akan ada di lain-lain bulan iaitu Solat Tarawih. Tak larat buat 21 rakaat buat 8 rakaat. Bukan lama pun kalau ikut standard dalam 30 minit dah boleh siap untuk 8 rakaat tu. Rugi kalau tak buat di setiap malam kerana ganjarannya lumayan dijanjikan oleh Allah. Lebih hebat dari ganjaran yang NUFFNANG dan YouthSays bagi..heheheh..

Dan disepertiga malam perbanyakkan ibadah-ibadah sunat seperti qiammullail kerana pada bulan Ramadhan Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu Syurganya dan menutup pintu-pintu Nerakanya. Jadi pohonlah apa yang kita hajati semoga Allah Mendengar permintaan kita dan Insyaallah dimakbulkkanNya.

Dan akhir sekali pada 10 malam terakhir carilah malam yang diceritakan di dalam Al-quran iaitu malam Lailatulqadar. Iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun 4 bulan). Riwayat hadith menerangkan carilah ia pada malam-malam ganjil iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan. Tetapi harus diingat Rasullullah menyatakan 10 malam terakhir. ini bermakna kita tidak dapat memastikan malam ganjil diMalaysia ke atau di Mekah? Jadi memandangkan hadis ini terlalu umum maksudnya maka adalah lebih baik kita ambil kesepuluh-sepuluh malam tersebut dengan mengerjakan amalan-amalan yang mulia.

Semoga segala peringatan yang Rimau paparkan dalam post kali ini dapat kita sama-sama praktikkannya sepanjang bulan Ramadhan ini. Berdoalah supaya semua amalan kita diteima oleh Allah dan kita ditemukan dengan Malam Lailatulqadar...Amin.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433 HIJRAH

SPR : Dikesempatan Ramadhan Yang Mulia Ni Rimau Nak Mohon Ampun Dan Maaf Kepada Semua Pembaca dan Rakan-Rakan Blogger Andai Rimau Ada Membuat Salah Dan Silap Pada Kalian Semua. Semoga Kita Sama-Sama Mendapat Keberkatan Ramadhan Dan Segala Amalan Kita Pada Bulan Yang Mulia Ini Diterima OlehNya...Amin...

14 comments:

Dhana/戴安娜 said...

salam sahabat
bisa saya sarankan untuk menempatkan postingan memakai readmore.lihat di tutorial saya agar postingan anda rapi...maaf banyak cakap..oh iya dah saya follow auntuk links menyusul yach..good luck met ramadhan,met jalankan ibadah puasa yach

elmo blurb said...

selamat berpuasa ! :)

*ermm saya tak suka baca entry ada readmore .
dibuatnya belog tu makan masa nak bukak , memang tekan pangkah je . :) pndgn je . :)

akuvision said...

saya juga tak berapa suka read more, memang bagus untuk naikkan pageview tapi kalau internet slow memang buat sakit hati je, tetiba rasa komen ni macam tak kena ngan post pulak!

Ok sekarang komen untuk post member baik aku ni, good posting ( tipikal comment, jangan marah ). Paling aku suka keyword ko tu mantab bro!. Selamat menyambut ramadhan esok ( kalau jadi esok ).

Mr Noble said...

selamat berpuasa. esok dah start, jgn lupe sahur ye :D

paskal_garuda said...

Terima kasih di atas pandangan dan cadangan Dhana, Elmo Blurb dan AV. Saya lebih suka blog saya mesra pengguna yang berkelajuan sederhana dan rendah. Tak banyak sangat benda nak download bila open page. Dan memudahkan semua pengunjung membaca entry saya. sebab tu saya buka 3 post je di blog saya. Apa pun Thanks Dhana atas cadangan..saya dah ke blog kamu yang cantik tu. Salam Ramadhan buat semua...

Hariz said...

Marhaban..Marhaban...Ya Ramadhan...
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dapat menambahkan barakah dalam hidup kita
dan menjadi ramadhan yang terbaik dalam hidup
InsyaAllah
AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Ramadhan Karim

New Entry Prof-Hariz
Video Lafaz Niat Puasa dan Berbuka Puasa

caliph shuriken said...

salam ramadhan & selamat berpuasa tuan ^^

azizah :) said...

Marilah kita berpuasa dengan ikhlas. Doa agar dapat kekalkan amalan baik sepanjang hayat ni.

selamat berpuasa bro :)

missha said...

selamat berpuasa :)

khairul said...

salam Ramadhan dr saya

Pecinta pink^^ said...

Salam Ramadhan..Betul tu manfaat kan bulan Ramadhan dengan aktiviti yg berfaedah:) kita pun minta maaf juga,andai terlanjur kata,terguris hati..

tirahzairi said...

selamatberpuasa

sarah said...

salam...selamat berpuasa dan selamat sembahyang terawih...

Koding said...

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP