Monday, December 19, 2011

Benarkah Gambar Wanita Boleh Dibogelkan?

Jika Benar Wujud Aplikasi Sebegini, Semua Wanita Di Laur Sana Perlu Lebih Berhati-Hati Bila Post Gambar Di Internet.

Rimau terbaca satu entri di sebuah blog yang mengatakan wujud aplikasi yang dikenali editor x-ray yang kononnya boleh membogelkan orang dalam gambar (klik blog Paaduu). Dalam erti kata lain, jika seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, menggunakan aplikasi itu, maka gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula. Ia kononnya lebih berkesan jika dilakukan ke atas orang yang memakai baju berwarna cerah atau putih.

Lihat gambar di atas sebagai contoh akan apa yang dimaksudkan. Namun, harus diingati bahawa gambar itu walaupun memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya dibogelkan, ia sebenarnya belum tentu sahih lagi. Mungkin ia hasil teknik pertindihan pula. Ini kerana, tidak tahu sama ada aplikasi itu benar-benar berfungsi seperti yang didakwa atau hanya satu jenaka.



Persoalan ini mengingatkan Rimau kepada cermin mata x-ray yang kononnya membolehkan pemakainya melihat wanita dalam keadaan bogel yang popular tahun 1980-an dahulu. Namun, cermin mata itu terbukti satu penipuan. Entah berapa ramai yang termakan penipuan seumpama itu dan rugi duit beli cermin mata berkenaan. Mungkin sejajar dengan perkembangan zaman, kini wujud pula dakwaan yang kononnya gambar boleh di x-ray sehingga orang dalam gambar berkenaan berada dalam keadaan bogel.

Meniliti beberapa klip dan penerangan di internet, Rimau mendapati memang ada aplikasi seperti yang dinyatakan, namun ia tidak berkemampuan untuk membogelkan gambar seseorang itu. Ia lebih kepada menjadikan pakaian dalam seperti coli kelihatan lebih menyerlah daripada biasa. Apalikasi itu juga tidak mampu tembus jika wanita memakai pakaian dalam. Jika tidak pakai…maka ia boleh menampakan susuk tubuh seseorang wanita di bahagian tertentu.

Tidaklah jelas 100 peratus, namun cukup untuk memalukan seseorang itu. Apa pun, yang Rimau turut tertarik dalam entri blog berkenaan ialah peringatan kepada wanita jangan semena-mena memuat naik gambar diri mereka di laman-laman sosial seperti Facebook. Ada benarnya nasihat itu. Kalau pun gambar anda tidak boleh dibogelkan sepenuhnya, namun ia masih mampu dimanipulasi dan disalah gunakan ke satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray. Jadi berhati-hatilah sedikit dengan gambar yang ingin anda letakkan.

Rimau bukan seorang yang arif mengenai hal-hal seperti itu, dan amat menghargai jika ada di kalangan pembaca yang arif dapat berkongsi maklumat lanjut mengenai isu ini melalui ruangan komen di bawah. Pandangan yang positif dan membantu amat dialu-alukan. Terima Kasih

5 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Menakutkan!

Unknown said...

org menggembar-gemburkan cerita2 sedemikian utk melariskan produk mereka yg tipu ni....mana ada lagi applikasi yang boleh menebus pandang sesuatu image terutama pakaian dalam mana2 format foto... mesin x-ray pun hanya boleh menembus pandang sekiranya sesuatu objek tersebut diletakkan didepannya , bukannya imej objek tersebut seperti yg ada pada foto...wallahu'alam...

Unknown said...

terimakasih atas bacaan ini. Saya mohon ijin menuliskan di dalam bahasa inggris ya. terima kasih sebelumnya.

Noor Haslinda said...

bahaya kalau macam tu... sampaikan boleh x ray ... bahaya pada wanita

Orange Lover said...

rasanya aplikasi tu just manipulate gambar yang nak diedit.rasanya tak ada software yang boleh 'ramal' surface sesuatu dibawah fabrik.Apatah lagi sekadar diedit dari sumber digital.just my 2 cent..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP