Wednesday, June 27, 2012

12 Peserta Separuh Akhir Akan Berentap Malam Ini Untuk Ke Final Kilauan Emas 2


Kilauan Emas 2 hampir sampai ke kemuncaknya apabila 2 lagi peserta daripada Zon Tengah telah terpilih untuk melengkapi senarai 12 orang peserta separuh akhir. Kesemuanya memang hebat-hebat belaka. Malam ini, di Astro Prima 105, bermula jam 9 malam mereka akan berentap sesama sendiri untuk menentukan siapakah yang akan layak ke final Kilauan Emas 2.

Minggu lepas menyaksikan kehebatan peserta-peserta daripada Zon Tengah sehingga kita sendiri sukar untuk membuat pilihan siapakah yang sepatutnya layak. Kesemuanya ada kelebihan masing-masing. Namun rezeki berpihak kepada Mohd Zulkarnaen Bin Yunus dan Nor Azri Bin Zainuddin untuk layak ke peringkat separuh akhir malam ini. Kedua-duanya memang memiliki suara yang amat padu.


Untuk makluman, undian SMS sudah pun dibuka agar anda boleh menghantar undian tanda sokongan. Jadi kalau ada peserta yang betul-betul layak untuk ke peringkat akhir, undilah mereka. Cara undian nanti boleh ditengok semasa persembahan live yang akan bermula jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134.

No comments:

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP