Rajah 1 : Geometri Gerhana Bulan
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 4 Jun 2012, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di Planetarium Negara.
Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga
berpeluang menyaksikan Planet Marikh dan Zuhal menerusi teleskop
sekiranya cuaca mengizinkan. Anda juga boleh melayari Laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse untuk melihat foto-foto Gerhana Bulan Separa yang diambil dari Sandakan mulai jam 7:10 p.m. hingga 8:10 p.m.
Pada 4 Jun 2012, kita akan berpeluang untuk
menyaksikan Gerhana Bulan Separa apabila Bulan mulai terbit sehingga
9:18 p.m. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan
penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang
terdapat dalam Rajah 1.
Gerhana
pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48
p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan
kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat memandangkan Bulan
merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada
waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.
Rajah 2 : Fasa Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012
Bulan
mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada jam 6:00 p.m. dan gerhana
maksimum akan berlaku pada jam 7:04 p.m.. Fenomena gerhana tersebut
hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam
7:18 p.m.. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 8:07 p.m.
apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana
masih terus berlaku sehingga jam 9:18 p.m. tetapi fenomena tersebut
tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra
Bumi yang kurang gelap.
Fasa
|
Keterangan
|
Masa
|
P1
|
Bulan mula memasuki “Penumbra”
|
04:48 p.m.
|
U1
|
Bulan mula mengalami fasa gerhana separa
|
06:00 p.m.
|
Maksimum
|
Bulan berada separa dalam “Umbra”
|
07:04 p.m.
|
U4
|
Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra”
|
08:07 p.m.
|
P4
|
Bulan keluar dari “Penumbra”
|
09:18 p.m.
|
Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Separa Pada 4 Jun 2012
Jom sama-sama kita buat solat sunat gerhana..
3 comments:
--off topics--
sudah lama tarak jumpa tuan rimau disini ...uncle try letak msg kat chat..kena blacklist lah pulak huhuu
Menarik! =)
oh yeah !!!
Post a Comment