Thursday, June 7, 2012

Gajah 'Citta' Jadi Peramal UEFA EURO 2012 Macam Paul Sotong

Gajah yang dikenali 'Citta' Ramal Poland Menang bertemu Greece

Kita pernah dikejutkan dengan kehadiran Sotong Kurita 'Paul' pada aksi Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang handal meramal keputusan-keputusan genting terutama perlawanan yang melibatkan pasukan Jerman sebab Paul adalah Sotong yang berasal dari Jerman.

Untuk Kejohanan UEFA EURO 2012 pada kali pula, kita diperkenalkan dengan seekor gajah yang dikenali sebagai 'Citta' yang turut membuat ramalan pada perlawanan melibatkan Poland bertemu Greece dengan melihatkan si Citta tersebut telah memilih Poland untuk menang aksi perlawanan tersebut.

Gajah yang ditempatkan di sebuah zoo iaitu Zoo Krakow itu telah diberi pilihan untuk memilih buah tembikai yang telah ditag dengan bendera Poland dan Greece dan dengan satu pilihan gajah tersebut telah memilih tembikai yang diletakkan pada tag bendera Poland.

Terdahulu Citta telah meramal dengan tepat pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang melibatkan pasukan Chelsea dengan Bayern Munich dimana pada perlawanan tersebut Citta telah meramal Chelsea menanag pada perlawanan itu.

Apa pun pilihan Si Gajah Citta, anda pasti ada pilihan pasukan anda sendiri. Apa pasukan pilihan anda untuk Euro kali ini? Sama-sama kita meriahkan demam bola sepak terulung Eropah empat tahun sekali ini..Bagi Rimau pasukan pilihan Rimau adalah Netherlands a.k.a Belanda..

Team Belanda Euro 2012

2 comments:

uncle said...

itu perihal gajah..perihal tuan umah sokong pasukan mana pulak? hihihi uncle sokong spain ...

Rimau Sakti said...

hahahah...belanda lah mane lagi...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP