Saya Sudah Bersedia Untuk Jumpa Neelofa Di Mahkamah – Anzalna
Nampaknya pertelingkahan antara Neelofa dan Anzalna hanya akan dapat diselesaikan di mahkamah. Hari ini, Anzalna memberitahu Berita Harian
yang dia tidak akan menjawab notis tuntutan Neelofa sebaliknya sudah
bersiap sedia dengan bukti jika Neelofa berkeras untuk membawa kes
tersebut ke mahkamah.
Namun begitu, Anzalna masih berharap dengan campur tangan SENIMAN,
masalah ini dapat diselesaikan di luar mahkamah. Kata Anzalna:-
Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan. Ini kerana
saya sudah bersiap sedia dengan bukti. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak
akan membalas notis diberi. SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah
ini. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya. Malah
persatuan itu ada peguamnya sendiri. Apabila tarikh sudah ditentukan,
saya akan kemukakan segala bukti yang ada. Saya sudah bersedia cuma
dimaklumkan SENIMAN masih belum bertemu dengan Neelofa untuk mendapatkan
tarikh sesuai.
Semoga campur tangan SENIMAN akan dapat membantu
menyelesaikan pertelingkahan ini di luar mahkamah. Tak berbaloi sungguh
rasanya menghabiskan masa turun naik mahkamah untuk perkara yang dapat
diselesaikan dengan berbincang. Diharap Anzalna dan Neelofa berfikir
sedalam mungkin sebelum membuat keputusan yang mungkin boleh menjejaskan
karier mereka.
No comments:
Post a Comment