Wednesday, June 6, 2012

Fenomena Lintasan Planet Zuhrah Di antara Bumi Dengan Matahari 6 Jun 2012

 Fenomena Transit Zuhrah Dengan Matahari

Orang ramai di negara ini hari ini berpeluang melihat fenomena lintasan planet zuhrah dengan matahari dari jam 6.10 pagi hingga 12.50 tengahari, iaitu fenomena yang tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang. Fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi. Ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap.

Berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian. Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya terbit jam 6.54 pagi.

Kedudukan Zuhrah Diantara Matahari Dengan Bumi

Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet zuhrah dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari. Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.

Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama.

1 comment:

Nurulee said...

Tak dapat tengok pun TT_TT

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP