Fenomena Transit Zuhrah Dengan Matahari
Orang ramai di negara ini hari ini berpeluang melihat fenomena lintasan
planet zuhrah dengan matahari dari jam 6.10 pagi hingga 12.50 tengahari, iaitu fenomena yang tidak
akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang. Fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada
saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km)
dari bumi. Ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap.
Berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari
dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula
kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian. Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan
Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur
Semenanjung, matahari hanya terbit jam 6.54 pagi.
Kedudukan Zuhrah Diantara Matahari Dengan Bumi
Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada
keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30
pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah
berada di tengah laluan rentasannya. Planet zuhrah dilihat
meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah
hari. Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama
0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada
kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan
berkenaan.
Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet
zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan
satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa
sama.
1 comment:
Tak dapat tengok pun TT_TT
http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html
Post a Comment