Monday, June 4, 2012

Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012 Di Malaysia

 Rajah 1 : Geometri Gerhana Bulan

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 4 Jun 2012, jam 8.00 malam hingga 10.00  malam di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Marikh dan Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan.  Anda juga boleh melayari Laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse untuk melihat foto-foto Gerhana Bulan Separa yang diambil dari Sandakan mulai jam 7:10 p.m. hingga 8:10 p.m.

Pada 4 Jun 2012, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa apabila Bulan mulai terbit sehingga 9:18 p.m.  Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah 1.

Gerhana pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat  memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk. 

 Rajah 2 : Fasa Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012  

Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada  jam 6:00 p.m. dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:04 p.m..  Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:18 p.m..  Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 8:07 p.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 9:18 p.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap. 


Fasa
Keterangan      
Masa
P1
Bulan mula memasuki “Penumbra”
04:48 p.m.
U1
Bulan mula mengalami fasa gerhana separa
06:00 p.m.
Maksimum
Bulan berada separa dalam “Umbra”
07:04 p.m.
U4
Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra”  
08:07 p.m.
P4
Bulan keluar dari “Penumbra”
09:18 p.m.
Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Separa Pada 4 Jun 2012

Jom sama-sama kita buat solat sunat gerhana..

3 comments:

uncle said...

--off topics--

sudah lama tarak jumpa tuan rimau disini ...uncle try letak msg kat chat..kena blacklist lah pulak huhuu

Kekzamanis said...

Menarik! =)

Unknown said...

oh yeah !!!

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP