Friday, July 30, 2010

Amalina gadis paling panas Kini diburu

Suspek yang diburu Polis

Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin

Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.

“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda.

Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat.

Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta.

SPG : Dalang telah dijumpai...penjenayah tidak akan terlepas...jenayah itu padah..

28 comments:

Siti Safiyyah said...

pergh,, dahsyat tul ppuan nih..

amirasyraf said...

wow..Panas ex? Amir nak panaskan air atas amalina ni ar,...he....

Rimau Sakti said...

fuhhhh!! panas dia ni..seksi boleh tahan jugak...hehehehe..tapi jenayah tetap padah...

akuvision said...

amalina ni suh dia gelek sikit tengok

Wangi said...

hmm...saya kenal sgt...meremang satu badan xhabis lagi...sian mak abah dia..

Rimau Sakti said...

oo...awak kenal dia ke wangi... kalau ikut hukuman tu harta benda sume kena sita segala akaun bank kena bar..payah la pas ni nak keje+berniaga...cuma duit keuntungan dia tipu org tu banyak dah.mesti dia bagi kat mak ayah dia punyer pegang.takut jadi ape2 hal pada dia...

Unknown said...

tangkap, dan sita je semua harta dia... tak kesian betul dgn org lain yg nak memulakan kehidupan. Tengok bila dah jadi begini... kan free-free je budak2 muda yg baru nak berkerjaya tu bayar duit kat bank tiap-tiap bulan. Mcm mana la mereka nak hadapi hakikat ini.

Latest entry:
Jasa Dan Pergorbananmu Sentiasa Ku Kenang!

AMiRU said...

huhu.. kaya betul dia eh buat skim cepat kayakan diri sendiri tapi miskinkan orang lain.

aNiS tHe BumbleBee said...

konpidennn jee dia menipu org kan...

Rimau Sakti said...

mesti confiden baru berhasil...huhuhuhu..ape agaknye hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang mcm nie?

akuvision said...

hhehehe...kerja berat seumur hidup atau ganti balik kerugian orang yang sertai

amirasyraf said...

mana jahat dia dengan harimau???heheh

Rimau Sakti said...

hehehe...dia sama jahat dengan rimau...tapi rimausakti baik...huhuhuhu..

akuvision said...

rimau sakti hari hari mau, hahaha

xkane said...

walauehh..tgk muka mcm tak ganas...rupanya penipu besar...

Rimau Sakti said...

luar tak ganas xkane...dalam berombak ganas...

akuvision said...

ni kalau orang kata dah rambang mata, rezeki halal haram dah kabur garisan bezanya

Rimau Sakti said...

wah!!berpelamsampah lak ko AV yek...huhuhuhuh..

zety said...

pergh..ni mesti yang join dato dato @ latok latok yang ***Y*.pompuan cantik lagi seksa memang senang nak cair la diaorang ni

Unknown said...

adeh la..hidup mewah dgn wang haram adoiii

akuvision said...

cais, berpelamsampah sikit pun dah boleh ke? hehehehe

HidrogeN said...

kalau ada orang datang buat statement hari ni melabur minggu depan jutawan...konfem pembohong..
saya sendiri melabur makan setahun nk balik modal...

deem said...

awas!!!penangan mlm....mmg hepi dan mewah time skng...tapi bila dah meninggal...pandai2lah menjawab ye cik adik...hehehe....

Daeing Zackbee said...

kena lebih banyak berhati-hati sekarang. Perempuan cantik dan muda. Lelaki tampan dan bergaya. Umpan sahaja.

kata kila said...

kenapa tutup mata die.huhuhu

Rimau Sakti said...

saje je KK..nak bagi supprize...heheheh

Shiqa Nawar said...

mcm2 cara org skang nk menipu...

Unknown said...

uitt..

cantek gebu kau memang debom
padanla kayap..err..kaya..
huhu~~

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP