Sunday, September 25, 2011

Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib


Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti. Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.

"Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti. "Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan. Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.

"Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya.

Kredit Kepada : mStar

Cek Sini : [ Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains ]

Sudut Pandang Rimau : Apa yang dimaksudkan dengan ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’? Maknanya ada hukum Allah yang keterlaluan ke? Kompius ni kalau Hukum Allah ada silap..ce komen...ce komen skit..

13 comments:

selipar hijau said...

they never noe what HUDUD means.. ntah pape.. cube cek maksud HUDUD.. pemimpin sendiri tak mengikut perintah ALLAH, nak buat macam mana..

ASSOYFINGER67 said...

peminpin yang menolak Hudud tidak boleh di patuhi lagi...

waalllaa! said...

kenape najib tu cakap camtu?? tak sepatutnya dia berkata yang hukum Allah itu keterlaluan.. Allah lebih maha mengetahui ape yang patut dan tak petut utk hambanya.. macam la najib tu tahu ttg perkara2 ghaib dan in future yang smpai dia mampu berkata2 sedemikian rupa.. if tak tau ape2 better jgn bercakap..kalau terlepas cakap..nanti Allah laknat baru tau..nauzubillah..
ape salahnya buat hukum hudud? ingat teruka sangat ke hukum hudud tu? ke sebab rosmah yang suruh sebab dia tak nak pakai tudung? belum bersedia ke arah akhirat kot.masih mau enjoy di dunia yang hanya sementara ni...hmm..semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka2 semua.. harap nik aziz boleh laksanakan hukum hudud kat kelantan..n we will see what is the improvement..and hope negeri2 lain boleh ikut sama jugak pakai hukum hudud..

Anonymous said...

kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.

apa yang realiti ? undang undang tuhan tu cerita dongeng ke najib ?

Terbelog said...

isu berat ni rimau

Rimau Sakti said...

Takut Jugak bile ade statement camni..takut2 diturunkan Bala je nanti.. Batter Hati2 sebelum bercakap...atau pun diam adalah lebih baik. Bukan apa, takut2 yang Maha Pencipta Murka..renung2kanlah..

harrazdani said...

aku dah agak dari awal lg jawapan PM....

Miss A said...

aku pikir sama mcm rimau pikir.. hukum yg diamalkan oleh masyarakat islam ni dikatakan tak sesuai? aku rasa kat negara2 arab tu aman je sbb dorg nk mncurik pun xbrani.. pegi solat pun biar kedai menganga x berkunci. kat msia? jgn harep!

sis92 said...

smoga smua dpt faedah..
tidak bpihak kpd sesape..
just be nice ok :)

IZYAN KAHER said...

Allah knows better Uncle Najib.
semua hukum Allah buat ada sebab.

~CAHAYA~ said...

HUKUMAN ALLAH MAHA ADIL N MAHA BIJAKSANA

anitadiana said...

takut nak komen ne..kang tersalah lak...

sherah said...

berzina...kena tangkap....masuk court..bayaq duit....

2 bulan kemudian....

berzina....kena tangkap...masuk court..bayaq denda...

2 bulan kemudia...

berzina lagi..kena tangkap...masuk court...bayaq denda...

dan seterusnya....

itu ker caranya yer?

hukum Allah

berzina....kena tangkap....sebat 100 kali...

agak2 berani x nak buat lagi?

malaysia dah penuh dengan maksiat dan baby yg x bersalah pon x sedar lagi hukum Allah itu benar !

allah yg menciptakan kita...Dia tahulah kekuatan dan kelemahan kita...kenapa perlu di ubah segala hukum tuhan?

herm....apa nak jadi malaysia nie kan....

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP