Wednesday, September 28, 2011

Jabatan BOMBA : Apa Maksud Sebenar BOMBA?

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Entry Rimau kali ni nak share2 dengan korang semua tentang perkara yang dari kecik lagi kita tau tapi sebenarnya rata-rata antara kita masih tak betul2 tahu..Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..tapi apa maksud perkataan BOMBA tu sendiri. Pelikkan sebab kita main sebut je tapi tak tau akroname bagi ape BOMBA tu...tapi rasa-rasa abang Bomba mesti tau ni kan..Sebab kat Malaysia je panggil BOMBA..

Cuma Rimau nak share kat sini B.O.M.B.A tu maksudnya adalah

Badan Organisasi Mencegah Bencana Alam


Yang ni Bukan BOMBA Malaysia yek...ni minuman tenaga jer.. ;P


Sudut Pandang Rimau : saje je nak share sebab arini baru tau ape tu BOMBA...hehehe..

20 comments:

Unknown said...

baru tahu..ingatkan BOMBA tu Bantu Orang Memadam Bahaya Api...

Miss Awa said...

eh, hang nie ahli bomba ke.? tulun padamkan api kemarahan nie. haha

ASSOYFINGER67 said...

eloklah..akupun baru tau hik..hik

Anonymous said...

yeke? laaa... selama ni aku ingatkan bomba tu satu perkataan T^T

a said...

owh.. tapi minuman Bomba tuh, bukan dari india ke??

CintaKhadijah said...

21 tahun ck hidup baru tahu bomba stands 4 what.haha..thanks 4 da info..;)

tnZackJ said...

minuman bomba serupa dengan bom tangan..

smilenajah93 said...

haha ! air bomba ~

Unknown said...

Badan Organisasi Menyelamat & Bantuan Awam

dugong_darat said...

The Malay term 'Bomba' is derived from the Portuguese word bombeiros which carries the meaning of fire and rescue services agency

Channon said...

Mcm x kena je, sbb badan dan organisasi maknanya hampir sama, seolah-olah kata berulang, yg benar komen dugong_darat tu, perkataan pinjaman drp Bahasa Portugis...

wakaf tapai said...

Bukan mencegah tapi mengawal

Hamidi@9w2mdp said...

NAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Pelbagai persoalan timbul tentang bagaimana bermulanya nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Perkataan bomba dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Bombeiros yang bermaksud pasukan pemadam. Manakala menurut Kamus Dewan, perkataan bomba mempunyai dua (2) maksud iaitu sejenis alat yang digunakan untuk mengepam air dan pasukan memadam kebakaran. Berdasarkan kepada penemuan dokumen iaitu sekeping surat permohonan kepada pemerintah negeri Kedah bertarikh 12 September 1922 bersamaan 21 Muharram 1341, membuktikan bahawa perkataan bomba telah lama digunakan. Di dalam surat tersebut, terdapat perkataan bomba ayer yang merujuk kepada permohonan penempatan bomba ayer tersebut untuk memelihara pekan Kulim daripada kebakaran. Melalui temubual Sejarah Lisan Arkib Negara Malaysia dengan bekas Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia iaitu Tuan Hj. Mohamad Yusop bin Hamzah pada 14 Disember 2011 menyatakan bahawa jabatan ini menggunakan nama fire brigade sebelum ianya ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia. Usaha menukar dan menterjemahkan nama fire brigade dan beberapa perkataan teknikal lain berkaitan dengan jabatan telah dibuat dalam satu kempen Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang dilancarkan pada 28 Januari 1961. Bulan Bahasa Kebangsaan ini diadakan selama enam tahun, iaitu dari tahun 1961 hingga 1966. Penterjermahan ini dibuat oleh beliau bersama tiga orang pegawai bomba lain iaitu Tuan Hj. Mohd Nor Daemon, G. Kandiah dan seorang pegawai berbangsa Cina dari Mentakab yang dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panel penterjemah. Menurut beliau perkataan fire brigade kalau diterjemahkan secara terus bermaksud pasukan api dan dirasakan tidak berapa sesuai untuk digunakan pada masa itu. Idea untuk perkataan bomba kemudiannya diambil dari nama sejenis alat pengepam minyak atau air yang dipanggil gumba. Alat ini walau bagaimanapun hanya dapat mengepam air dan tidak memancut air. Oleh itu satu lagi perkataan lain digunakan iaitu bombat yang bermaksud menumpukan tapi masih tidak sedap didengar. Selepas itu huruf T telah dibuang dan perkataan yang digunakan hanyalah bomba sahaja. Pada 8 Januari 1997, nama jabatan sekali lagi mengalami perubahan apabila Jemaah Menteri telah bersetuju mengubah nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Satu majlis pengumuman dan pelancaran telah dibuat di Genting Highlands pada 21 Februari 1997 oleh YAB Dato‟ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

bangim said...

Ada tak kaitan kerana ada yang bgtau prktaan "bomba" berasal dpd istilah bomberies (bhsa portugis)?

Unknown said...

Terima kasih di atas penerangan serba sedikit sejarah penubuhan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia oleh Tuan Hamidi Ali 9W2MDP dalam jawapan komen beliau.Jadi,di sini singkatan "BOMBA" adalah Badan Organisasi Mencegah Bencana Alan..

Unknown said...

Terima kasih di atas penerangan serba sedikit sejarah penubuhan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia oleh Tuan Hamidi Ali 9W2MDP dalam jawapan komen beliau.Jadi,di sini singkatan "BOMBA" adalah Badan Organisasi Mencegah Bencana Alam..

Paduka Major said...

BOMBA:Badan Operasi Menyelamat Bencana Alam...
Perlukah ditambah dgn Penyelamat..?

Unknown said...

Saya baru mendapat maklumat yang perkataan BOMBA tu bermaksud Barisan Orang Memadam Bakaran Api.

Unknown said...

BOMBA
DI ITALI ADA BOMBA SAUCE YG HOT N SPICY
PERKATAAN BOMBA BERASAL DARI BAHASA SEPANYOL DAN JIKA IKUT LOGHAT PUERTO RICO BERMAKSUD PAM ATAU BOM.

Unknown said...

Bila Off Malam Buat Anak

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP