Friday, July 27, 2012
Bahaya Merokok Selepas Berbuka Puasa
Rimau baca-baca paper tadi jumpa artikel ni. Bagus untuk dikongsi dengan semua pembaca blog rimau ni..sekadar untuk peringatan kepada mereka yang berkenaan sahaja..
Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan.
Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.
Kredit : BHarian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
lepas nie tobat berenti rokok..hehe
stop smoking lgi baik.. hehe
syukurlah saya tidak terlibat.. :-)
seb baik aku x mrokok
Tapi diorang masih lagi degil :(
yup, mmg logik pun.. bila berpuasa bdan seolah2 clean, tapi bila berbuka cepat2 smoking mmg bdan tu mcm trima kejutan ibarat menyerap racun perosak laa...
Post a Comment