Thursday, July 12, 2012

Petua Untuk Merawat Ulser Mulut | Mata Ikan


Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
Untuk kaedah rawatan yang lebih cepat bagi merawat sakit Ulser Mulut Atau Sakit Mata Ikan di mulut ini, anda boleh cuba meletakkan sedikit garam atau mentega pada bahagian yang terkena ulser ini. Namun ianya agak menyakitkan sedikit, tetapi terbukit memberi kesan yang lebih cepat. Semoga entry ini dapat membantu sedikit sebanyak anda untuk menangani masalah ulser mulut ini. Selamat mencuba..

Sudut Pandang Rimau : Memang mengalir air mata kalau ulser ni diletakkan garam huhuhuh. Sendiri tahan la sakit tu kalau nak baik cepat..

33 comments:

cikeyrah said...

biase letak asam jawa disalut ngn garam ..pehhh masa letak mcm nak nages tapi hasilnye terus rase xpedih . .

Kiera Rashid said...

hee ,tengs sharing , tengah kene ulser nhe , adoyai . sakit :(

Unknown said...

jijah selalu kena.. sebab mmg jarang minum air n makan buah/sayur pon..

selalu guna bonjela..

Unknown said...

mmg saket kalu letak garam! tapi esok harinya terus je kecut ulser tu. pengalaman di hostel sungguh menakutkan.. muahaha..

bicara mak dara said...

mak dara selalu letak margerine hehe

Anonymous said...

pnh letak garam.sakit wooooo :(( melalak2 hahaha

Pecinta pink^^ said...

bagus tips ni..slalu kalau kna biar je..hehe

Athirah said...

minum byk air plg pntg kan?

caliph shuriken said...

yup, sy pnah letak garam nk bg cepat sembuh.. mcm nk mdidih ulser tu bila tgk kt cermin, erkk...

zaxx said...

selalu sgt kena..huhu ayah kata sebab panas dalam..huhuhu

tp dr ada kata mybe sebb stress..:)

http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/2012/06/stress-penyebab-ulser-mulut.html

missha said...

fuhh..gambar dia...

ehm..memang sakit kalau letak garam..err

hallim 2020. said...

Selalu saya kena..nak keja pon x selesa ,doktor bagi ubat,mcm2 ..pernah letak garamm,mak oii sakit dia terangkat,tapi cepat baik

hallim 2020. said...

Selalu saya kena..nak keja pon x selesa ,doktor bagi ubat,mcm2 ..pernah letak garamm,mak oii sakit dia terangkat,tapi cepat baik

Capri Venus Ly said...

letak serbuk kulit tembikai....dlm botol kecil boleh di dapati dkt pasar raya ..farmasi or kedai2 cina pun ada.....merawat guna serbuk tembikai tidak lah terlalu pedih seperti meletakkan garam...

Unknown said...

Baru je letak garam...pedih sgt2!!!! Meleleh air mata..uhuk3..

my diaries said...

Baru letak garam,tp makin membengkak :( sakit ag..

my diaries said...

Baru letak garam,tp makin membengkak :( sakit ag..

Unknown said...

skg kena ulser yg bsar lagi dkat bibir..fuhh..payah sgt nk mkn..

Anonymous said...

Takut lh nk letak garam .

Unknown said...

Orang kata letak garam tidak elok, sebab nanti lagi kering, luka akan bertambah. Paling elok guna BONJELA.

TimMie said...

oyeke tak elok..b4 diz penah kena ulser kat mulut, letak mcm2 xelok jugak.,last skali letak garam esok tu trus baik..now kena ulser kat lidah plak tp letak garam langsung tak jalan..seksanya dkt seminggu dah ni..huhu

ira37 said...

nak kongsi pengalaman. dulu saya selalu kena ulser. mcm2 petua dah cuba tak ok gak sampai kena ambil antibiotik. tapi sejak amalkan mkn madu asli dah tak de lagi masalah ni. kalau nampak mcm nak jadi ulser cepat2 le mkn madu dan biarkan dlm mulut lebih kurang 5 minit baru minum air. buat banyak kali insyaallah ulser tu cepat kering. ingat tau, guna madu asli.

Unknown said...

skunk ni tgh mnderita ni sakit...atotoi...nnti nk cube la ltak garam...biaselah nk baik kan...

Khairul said...

menjadi ke kalau letak garam ni? aku kena kat bahagian dalam lak tu.. ujung2 dekat geraham bawah kanan.. nk kunyah pun takleh..

erma said...

ltk bonjela..mmg berkesan cuma mahal ckit je klu garam jimat amek kt umah je....

erma said...

letak bonjela mmg sangat berkesan...cuma mahal ckit je, klu ltk garam jimat amek kt umah je....

Unknown said...

Bonjela pedih oooo mkn pun x bleh skit

Unknown said...

Bonjela pedih oooo mkn pun x bleh skit

Unknown said...

Menderita.. Ada dua pulak tu. .tak lalu nak makan. . Huhu

Unknown said...

Menderita.. Ada dua pulak tu. .tak lalu nak makan. . Huhu

Unknown said...

Salam kalau kat tekak bagaimana ya . Boleh sharing sikit . Pedih nak makan makanan yang bergaram  ̄︿ ̄

Unknown said...

Aku tgh ulser nih,klau kumur ngan garam boleh ke tk nih?

Unknown said...

saya pun tengah ulser😭 ada 3 tau ... sakit... nak gosok gigi,makan, bercakap pun sakit... dah try kumur dgn air garam tapi tak jalan😭

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP