Saturday, October 23, 2010

Blog Fitnah & Hasutan : SKMM, PDRM Selesai Siasatan 15 Kes


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta PDRM sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang membabitkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu. Kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.

Penggunaan blog sebagai medan untuk melepaskan geram dengan cerita-cerita palsu yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam adalah salah di sisi undang-undang. Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya benar didapati bersalah dan tidak berbaloi rasa Garuda sekiranya kita merengkuk di dalam penjara akibat salah laku Cyber yang kita rasa tidak seberapa ini.

Oleh yang demikian, suka untuk Garuda berpesan-pesan kepada semua sahabat-sahabat Blogger yang budiman agar sama-sama kita menjauhi perkara ini. Kalau nak cerita pastikan cerita tersebut benar-benar tulen dan bukan direka-reka. Kelak nanti takut kita pulak yang binasa.

Sudut Pandang Garuda (SPG) : Lebih baik tak payah cerita pasal benda-benda yang kita tak berapa tahu. Bukan ape, takut-takut cerita yang kita cerita tu tak betul...huhuhuh..

18 comments:

nadey said...

betul!!!!!!!!!! sokong!!!!!!!

saiful said...

Ya memang betul. kita berblog untuk tambah kawan dan berkongsi ilmu pengetahuan bukan untuk cari psl.
Tapi kerana segelintir pemilik blog yg x bertanggungjawab, semua kena tempias.

m2g said...

setuju benar tu, jangan nak cari pasal..nanti kedalam pulak.

g0m0k9enDek said...

gomokpendek lebih suka citer apa yg berlaku ngan gomokpendek jer.. senang.. heh...

S..U..D..@..I..S said...

betul ceritalah apa yg tau saja...jgn tokok tmbah yg x btoi

eiman said...

berblog kena ada etika.. kalau hentam suka hati kang tak pasal2 masuk jel

akuvision said...

hahahah dunia dunia

East Boy said...

Salam. Mcm2 hal skrg nie. Sepatutnya kita gunakan medan blog ini utk menyampaikan atau berkongsi idea atau ape saja maklumat yg berguna kpd org ramai. Ape2 pun terpulanglah kpd individu tersebut, tepuk dada tanyalah selera, pandai buat pandailah pula dia menanggung akibatnya. Semoga negara kita aman damai dan bebas dari anasir2 yg tidak baik. Wassalam.

Seri Bahasa said...

bagi seri blog adalah wadah untuk bloger meluahkan perasaannya. tetapi sebagai bloger yang beretika setiap isi kandungan haruslah berasas disertakan dengan bukti, bukan hanya tohmahan kosong.

bak kata pepatah, pokok tak kan bergoyang kalau angin tak bertiup. sesuatu isu tak akan timbul kalau tiada dasarnya.

one2paii said...

erk...nasib namo blog gua tidak ada dalam listing tuh..heehe

AngahSayang2314 said...

yup betul tue... sapa betul angkat tangannnn

Ms Nury said...

Nury suka dengan entri ni..

Pesanan a.k.a peringatan... :)

ashraf said...

betul juga tu. takut2 sndri yg susah kan?

p/s latest entri krayonjingga:
Makan ***** Lembu
DOTA 2
Persamaan Penjual Burger dan Peminat Indie

SyAmSuL AnUaR said...

Setuju Sesangat.. Berfkr sblm menulis..

GaDiS MeLaYu

BeaN MorENo said...

actually lebih baik kita berblog untuk knowledge dari bercerita pasal orang

Ayna Tan said...

betul3x..
baik la jgn cari nahas..
^_^

OrenLimau said...

huhu..semua nak saman.adeh~
betul2..kalau tak tahu,xpayah nak review lebeyh2.nanti x pasal2 kena.oopss!

eiela said...

betul tuh. berblog kena jaga etika, nanti tak pasal-pasal je. takut..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP