Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira Kini Boleh Ditempah

 

Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia. Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Mereka yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Untuk maklumat lanjut kalian semua boleh layari inspiraclub.com untuk berforum dengan peminat-peminat Proton Inspira bagi mendapatkan pandangan tentang kereta baru proton ini di sana.

SPG : Wah!!Kena booking cepat nie...tapi duitlah tak tau ade ke tak nak booking nie.

19 comments:

Ery Farieha said...

nak

belikan utk ery

aahahaha

The Black Widow said...

smart seh design kete ni.. :)

Mr Noble said...

agak2 ape la perasaan pemilik kereta mitsubishi lancer :)

gdoupt_monster71 said...

best..aku dah tgk dah pasal rumah aku dkt ngan kilang proton tg malim...eh garuda leh naik kete ke..heee jgn marah

akuvision said...

tahniah proton, walaupung dicemuh dalam fifth gear kamu tetap utuh, malaysia boleh1

paskal_garuda said...

gdoupt_monster71, garuda leh naik kete gak tapi kena pakai sangkarlah...huhuhuhhu..kalau tak dulu nama proton baru ni Proton Garuda tapi proposal garuda dipospond next production proton...huhuhu..

caliph shuriken said...

pnah naik real lancer.. tp siyes keta inspira ni lawa ^^

paskal_garuda said...

wah!!cayalah caliph...penah naik yek lancer..best tak?huhuhu...mesti difference kalau dah naik mitsubishi pastu naik proton lak...tak same...huhuhu

::::.cik itam..:::: said...

mesti da ramai y tempah ni ...

S..U..D..@..I..S said...

mesti rasa syok jadi pengguna kesatu dijln raya, kalu balik kg .....wauuu....

ZaCKiLLeRZ said...

hrp besinya keras mcm mitsubishi pny keta

Notami said...

no comment for the look! yg plg pnting, notami stuju jugak dgn ape yg zackillerz kat atas ni kata.

Black_roses92 said...

haha...amboi..senang2 je nk book. kang duit minyak lagi nak pk.. hehe

Bidadari said...

mcm best je kete ni....nak beli tapi baru nak keje...kena jimattttt...hehe

caliph shuriken said...

bro..
real lancer lg 'garang'...

one2paii said...

mmg cun bro..gua pun berminat..tp sen xcukup..lu belikan leh..lu, beli la..

kiz said...

tolong belikan untuk aku leh tak...hahhaa..minat tapi dah terlampau banyak pakai keta..mana satu nak bayar..hahah

kiz said...

tolong belikan untuk aku leh tak...hahhaa..minat tapi dah terlampau banyak pakai keta..mana satu nak bayar..hahah

zira@EB! said...

hai garuda

kereta ni jimat minyak tak terutamanya automatik =)

teringin nak beli lah

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP