Friday, October 29, 2010

Petua Orang Melayu : Tips Kesihatan Tradisional

Kali ini Garuda nak keluar Skop Jenayah sikit. Bukan apa, sekadar untuk berkongsi maklumat yang Garuda ada. Cerita kali ini Garuda nak kongsi dengan rakan pembaca menganai petua orang-orang lama yang berkisar banyak dengan ubat-ubatan tradisional ni.

Halia

Pertama (Halia) : Tahukah anda, bahawa halia mampu mengubat penyakit Panau. Caranya, tembuk hingga lumat halia tersebut dan sapukan ditempat yang berpanau. Insyallah berkesan.

Belimbing Buluh

Kedua (Belimbing Buluh) : Bagi mereka yang berhadapan masalah tumit kaki merekah/pecah, belimbing buluh mampu menyelesai masalah anda. Caranya, gosok tumit yang merekah/pecah dengan belimbing buluh, kemudian berus dengan secara perlahan-lahan. Lebih berkesan jika diamalkan sebelum mandi.

Kunyit

Ketiga (Kunyit) : Bagi mereka yang mempunyai bayi, tahukah anda kunyit boleh menyelesaikan masalah sekiranya bayi anda mengidap selsema. Caranya, potong/tumbuk kunyit hingga kecil/lumat, dan letakkan dihidung bayi anda. Insyallah berkesan.

Selamat mencuba.. (^^)


SPG : Kalau ada lagi petua nanti Garuda share lagi...huhuhuhu..

20 comments:

cik hani said...

wahhh..info yang sangat membantu~ :D

East Boy said...

Salam. Bagus2..negara kita nie banyak tumbuh-tumbuhan yg boleh dijadikan penawar. Jangan kita harapkan sangat ubat-ubat orang putih nie, banyak bahan kimia yang kita tk tahu asal usul dan kesan-kesan sampingannya. Syabas Bro garuda di atas pendedahan anda yang berguna ini. Hidup Red Warriors..

one2paii said...

nice info bai..akhirnya..perisik dan penyiasat sudah menceburi bidang perubatan tradisional lak erk..hehe..

Kalamhati said...

refresh balik petua yg lama ditinggalkan..=)

CheNk RahMan said...

Keren sob...
Salam kenal, From: Chenk Rahman

ASSOYFINGER67 said...

salam..betullah petua si garuda nih..nak tambah..tumit kalau merekah teruk..amalkan pakai kasut kulit bila berkerja...pakai penuh (kasut tutup penuh) tanpa stokin...seminggu pasti rata macam anak dara....safety shoes lagi baik...huhu..trylah...

KM7 said...

bagus petua2 ni..
Km7 link blog ini
dlm catatan terkini pengembara
blog KM7

Bain n Adi said...

Bagus la petua yang diberi oleh garuda nii..

nadey said...

wahhh bgus2,....nnnti buat la entri pasai ini lg ek huhuh

HASRUL NIZAM said...

salam ziarah :)

thanks sudi kongsi info bermanfaat ni :)

Encik MamaT said...

terliuq aku tgk belimbing buluh tu....

reyyudhistira said...

memang lebih bagus meminum obat tradisional, terhindar dari pengaruh zat kimia

S..U..D..@..I..S said...

bagus petua yang mudah dan murah lagi selamat, jauh dari bahan kimia tq 4 sharing

maCy said...

xpernah try.. huhu

Cik Esah said...

xtw pon itu kegunaan blmbing buluh...
yg tw mkn mentah mcm tu aje...

si biskut said...

sharing is caring..bagus petua nih..

Hanis Azla said...

petua yg bagus ni.. thanks yer..

Leelee said...

info yang baik. thanks. :D

aima in luv said...

thnx 4 da info....
ada masa nnt kita try k

Anonymous said...

Thank you for posting this, it was quite helpful and told a lot.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP