Friday, June 4, 2010

Ape Cerita Lagenda Budak Setan?


Fuh!! aku baru saja sampai rumah balik dari tawangan filem terbaru melayu yang baru ditayangkan hari ni (03.06.2010) LBS (Lagenda Budak Setan). Aku penah dengar pasal novel Lagenda Budak Setan ni cuma aku tak penah baca novel tu. So aku tak taulah samada jalan citer dia same atau tak dengan dalam filem ni. Cuma dia ade tulis la pada permulaan filem ni 'Diadaptasi Dari Novel Lagenda Budak Setan'.

Plot cerita aku tengok macam cerita cinta melayu yang biasa tu, so separuh dari jalan cerita tu agak mendatar je la. Sampai aku rasa impress skit lepas Ayu tu bertukar wajah selepas xcident. So kat situ ade trill skit. Lain dari yang penah aku tgk la citer2 cinta melayu sebelum ni.



Kekurang ada aku 'detact' sebab aku tertanya-tanya mana pergi kengkawan si Kasha (Lakonan Farid Kamil) tu lepas dia balik dari buat research, dah la research setahun. At least ada la satu atau dua babak yang menjumpakan diorang balik. Kan kata geng anti pempuan masa kat kolej so mesti kamcing la. Lagi satu pasal Si Azmi (lakonan Que Haidar) yang wataknya agak agresif tak memasal. Jap baik jap jahat pun buat aku tak paham fungsi dia dalam filem tu. Hanya jadi pengacau je.

Namun secara keseluruhannya 'not bad' la. Ada juga babak yang sedih. Kalau orang pempuan tgk tu meleleh la air mata (sebab aku tgk bini aku bergenang je air mata dia). Lagi satu, masa nak 'ending' tu dia ada tulis 'Tamat Bahagian Satu' so aku ingat ada bahagian dua kot nanti (LBS 2). kita sama-sama la tunggu.. So sesiapa yang nak layan citer nie tengok sendiri la apa kesudahannya. Good la bagi mereka yang sedang bercinta.. Tangkap lentok beb..


p/s : Tiket tu aku beli dah lewat. So terpaksa tgk Midnight show la..sejuk...sejuk....fuuuhhh!!!

9 comments:

akuvision said...

Ceh pergi jugak ko tgk citer tu ye?, gi ngan atah ke?, hehehe...tunggu keluar DVD la gamaknya kalau dok kat segamat ni. Apa - apa hal novel dia aku dah baca, kalau tgk movie mesti lari dari imaginasi aku yang sebenarnya nanti

M a W a D D a H said...

bestnye die g tengok wayang...

paskal_garuda said...

hehehe..saje rileks.. layan movie..

PUPUT said...

best ke?mmg nampak cam best pon..tp nak tahu..last2 dia ayu mati ek?

paskal_garuda said...

yap..last tu ayu mati puput.tu pun selepas beberapa kali serang ganas dari Azmi..Aku pun pelik, azmi tu cinta kat dia ke nak khianat dia.Macam sakit mental pun ade..Funcition dia tu je dalam filem ni.

RaMa2UnGU said...

ni review ketiga dlm hari ni..
aiyak..
potong line btol nak tgk.
takpe la..tgk nnt2 la...mesti show penuh kot nk tgk esok pun..

akuvision said...

azmi tu psiko punye manusia, dari zaman sekolah lagi anti dengan kasyah tu, ahadiat akasyah=kasyah, hehehehe

k.i.w.i said...

tak penah dga pn actually novel tu.but i heard from my friend, she read that novel sincehigh skoll.hoho

RastaMat said...

Aku dah tengok cerita tu..
tapi jalan cerita die agak rushing..
ada penin2 sketla..
ape2 pon,satu cubaan yang baek..
sokonglah industri filem tanah air sebab kebelakangan ni,cerita2 melayu dah berani buat kelainan walaupon masih lagi "kureng"..
Ayuh semua menyokong!!!

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP