Tuesday, June 29, 2010

Lagi-Lagi Kes

Seorang lelaki yang baru selesai menikmati minum petang di sebuah restoran mamak di sini, maut selepas terkena dua das tembakan dilepaskan seorang lelaki dari jarak dekat.


MAUT  ...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang ditembak mati di Seri  Kembangan, malam tadi.
MAUT ...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang ditembak mati di Seri Kembangan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa, Lee Fah, 51, mati serta-merta di tempat kejadian sebelum sempat masuk ke dalam kereta mewah miliknya yang diletakkan berhampiran.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, seorang anggota polis yang kebetulan berada berhampiran segera ke tempat kejadian sebaik terdengar bunyi tembakan itu.

Anggota berkenaan ternampak seorang lelaki melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa ke arah sebuah kereta yang diletakkan berhampiran manakala mangsa terbaring berlumuran darah di sebelah keretanya.
Anggota terbabit kemudian mengejar suspek sebelum dia sempat memasuki kereta dan memecut laju. Bagaimanapun, kesesakan jalan raya memaksa suspek keluar dari kereta dan terus melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis yang mengejarnya.


Bagi mempertahankan diri, anggota terbabit terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki kanan suspek.
Suspek yang berusia 55 tahun kemudian ditahan sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Polis turut menemui sepucuk pistol dan beberapa butir peluru daripada suspek.

Siasatan awal mendapati suspek memiliki 12 rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah, curi dan tersenarai antara paling dikehendaki polis.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditembak dua kali iaitu di bahagian rusuk kanan menembusi bahu kanan dan satu das lagi mengenai telinga kanan menembusi mata kanannya.
Setakat ini, polis belum dapat memastikan motif kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


P/s : Penjenayah sekarang dah makin berani. Tak takut mati punye..so, hati-hati..

9 comments:

akuvision said...

tak takut mati tu satu sifat yang baik namun niat tidak menghalalkan cara, hehehe. singgah dengan internet yang akan tamat dalam 5 minit lagi, huhuhu

Nur Suaidah Bachok said...

makin ramai orang berani jadi penjahat. sebab lupa mungkin dia tu hamba. makin lama besar kepala. tengok kat akhirat macam mana nanti

Cik Bucken said...

cik bucken ade pengalaman pegi crime scene.emmm..tapi polis strict sikit nk bg pegi tgk kes under 302 ni..criminal skang mmg horror2...

rhapsody LiN said...

ish2... diorg ni memang.. tp x boleh salahakn pembunuh tu je.. mesti ade sebab kan..

semua yg berlaku mesti ade sebab. so, tggu je siasatan polis. :)

intaneqashut said...

berleluasa sugguh kes2 mcm ni...nk kiamat...seram, minta d jauhkan dri bnda2 buruk cmni..

Rimau Sakti said...

Berita terbaru, si pembunuh baru di tahan Polis untuk bantu siasatan...

Ms. Qhayal said...

mana ntah penjenayah tu dpt pistol..sng nk dpt ke ek?

RastaMat said...

Takot btol hidup sekarang ni..
Same2lah kite berdoa agar mendapat lindungan dariNYA...
Amin...

Anonymous said...

Hi semua pada rimausakti.blogspot.com . Apa yang Anda pikirkan tentang resep ayam?rncontoh:rnApel brendi ayam , dibuat dengan bagian dada ayam , apel brendi , krim , bawang , dan mentega , bersama dengan jamur .rn    4 dada ayam bagianrn  rn    garam dan mericarn    8 ons irisan jamurrn    2 sendok teh minyak zaitunrn    2 sendok teh mentegarn    1 / 3 cangkir apel brendi, seperti Apple Jack atau Calvadosrn    4 hijau bawang, cincangrn    1 / 2 cangkir krim dijahit atau krim kentalrn    1 sendok teh daun thyme segar atau daun thyme 1 / 4 sendok teh keringrn  rnpersiapan :rnRatakan ayam; tempat bagian dada ayam antara potongan bungkus plastik dan lembut pon sampai menipis dan seragam dalam ukuran . Taburi dengan garam dan merica. Dalam sebuah wajan besar minyak berat , zaitun panas dan mentega di atas api sedang . Tambahkan dada ayam . Masak selama sekitar 5 menit , sampai kecoklatan , kemudian hidupkan . Tambahkan jamur dan masak selama sekitar 5 menit lagi . Tambahkan bawang hijau dan brendi apel dan masak satu menit lagi, sampai ayam matang dan jamur lunak. Tambahkan krim dan thyme ; didihkan sampai mengental . Cicipi dan tambahkan garam dan merica jika dibutuhkan .rnApakah Anda lagi ide ? [url=http://freerecipesforchicken.info/]recipes for chicken[/url]

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP