Friday, June 11, 2010

Kes Oh Kes !!!


Lama aku tak buat post baru ni..hari ni aku duduk kat pejabat lepas tu terfikir pasal nasib anggota aku yang kena dakwa kes tembak mati Arwah Aminul Rasyid tu. Mesti korang dah dengar macam-macam versi cerita pasal kes ni kan. Cuma bagi aku bukan nak menangkan sesiapa kita tunggu je lah keputusan mahkamah. Ni menurut cerita la, pada malam kejadian tu memang arwah keluar dengan kawan dia tu. Tapi tak tahu apa tujuan sebenar. Cuma yang kita tahu dia cakap nak keluar minum. Tu dia kata. Tak tahu lagi betul ke tak.

Kesian jugak kepada anggota polis ni sebab dia cuma suspek pemandu kereta penjenayah pasal tak berhenti kereta selepas merempuh 6 buah trafik light di Shah Alam semasa dikejar. Tentu-tentu punya anggota yang kejar ni agak penjenayah punyer. Cuma kalau nak jadi bukti dia langgar penunggang motor skuter tu dan kereta yang kena langgar dengan arwah tu dapat tampil memberi penjelasan apa yang sebenarnya berlaku. Sebab Polis ni bukan tuhan nak tahu semua. Kena dapat maklumat dari saksi gak. Jadi ni la saksi yang paling rapat dengan kejadian.

Saksi yang juga sahabat mangsa yang berada di dalam kereta ketika kejadian tersebut mengatakan yang beliau telah dipukul beberapa org polis selepas keluar dari kereta yang terbabas. Selepas itu beliau berjaya meloloskan diri dari pihak polis dan lari ke sekolah dan kemudian ke rumahnya untuk bersembunyi. Disinilah timbulnya persoalan di minda aku. Bagaimana seseorang suspek utama yang juga seorang remaja bawah umur yang telah diberkas dan "dibelasah" oleh BEBERAPA org polis (menurut beliau di dalam sidang akhbar) boleh meloloskan diri dgn mudah tanpa dapat dikejar oleh seorang pihak polis pun yang didakwa RAMAI ketika kejadian. Dan selepas itu dia boleh pula bersembunyi di sekolahnya pada awal pagi ketika kejadian sebelum menuju ke rumahnya. Pelik-pelik...Kalau betul kena pukul dengan Polis tak lepas punye lah..

Polis cuma jalankan tugas, setahu aku tembakan amaran pun dah dilepaskan. Bukan mudah Polis nak melepaskan tembakan tau..banyak prosedur dan situasi kritikal yang perlu dipertimbangkan sebelum melepaskan tembakan. Biasanya kalau tembak pun tak berhenti, polis akan suspek penjenayah la ni. Ala Untuk pengetahuan korang kalau memandu  takde lesen pun apa sangat hukuman. Paling kuat pun kena saman pastu bayar saman. Tu je.. Lagi pun cuba korang fikir-fikirkan kalaulah yang dikejar oleh anggota polis tu betul-betul penjenayah dan polis tak melepaskan tembakan? Mesti korang akan baca "2 Orang Anggota Polis Ditembak Mati Oleh Penjenayah" di dada-dada akhbar. Banyak dah polis mati kena tembak sebab mempertahankan keamanan tapi tak kecoh pun macam ni.

Lagi satu yang peliknya Arwah ni bawak kereta macam F1. So maknanye bukan sekali dia bawak kereta tu..banyak kali. kalau tak takkan expert macam tu..

So aku taknak komen lebih-lebih. Korang mesti ada pendapat masing-masing. Inilah yang aku katakan Jenayah Itu Padah...Negara kita ada undang-undang. Kalau kita semua ikut undang-undang tak kan berlaku kes-kes macam ini. Ok.. jumpa lagi.. Ingat!! Jenayah Itu Padah. Kita hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan..

p/s : Moral Of The Story...Kalau kena tahan dengan Polis rilek jer...Polis bukan Tuhan pun nak kena takut..tapi kalau korang takut tu mesti korang ada buat salah...huhuhuhuh...pastu kalau nak keluar minum ajak2 la kengkawan..heheheh...

9 comments:

Aidi-Safuan said...

so lepas nih famili kepada penjenayah yang ditembak mati pon boleh amek tindakan undang2 kat polis yang tembak penjenayah tersebut? haihhh

paskal_garuda said...

Tu la pasal...kalau macam tu payah la polis nak tangkap penjenayah. Sebab polis balik yang kena tangkap...hai...kes oh kes!!

akuvision said...

Salam...tunggu jelah keputusan mahkamah, nak cakap banyak kang takut salah la pulok!

hosney said...

Kes ni disensasikan oleh orang2 politik sahaja untuk kepentingan mereka bukan untuk negara keseluruhan. Cuba berfikiran terbuka..

Nanti ada yang mengambil kesempatan, setiap kali tindakan anggota polis didalam menjalankan tugas , polis akan di saman balik. Adakah kita benar2 simpati keatas anggota PDRM yang terbunuh didalam menjalanan tugas?

Anak adalah fitrah, jagalah..jangan sampai jam 2 pagipun masih berkeliaran. Sayangi anak anda, jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu perkara.

Untuk anggota PDRM, jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, mungkin ada segelintir anggota yang bermasaalah, tapi secara keseluruhannya rakyat masih menaruh harapan penuh kepada anggota PDRM untuk menjaga keselamatan negara bersama anggota keselamatan yang lain.

::A.Z.M.I.R.A:: said...

hati saya terpanggil untuk memberi komen.. saya menyebelahi anggota polis tersebut sbb dia hanya menjalankan tugas.. kesian gak kat anggota polis ni, bila tahan "penjenayah" tampil lak mak bapak yg cakap anak diorang BAIK padahal dah sampai ke tahap SAMSENG.. mak bapak tu pun terima je lah kesalahan yg dah dibuat anak-anak tu.. n terima je lah qada dan qadar Allah S.W.T kalu dah meninggal kena tembak or time kena tangkap.. ajal maut dah ditentukan cuma keadaan n cara dia meninggal je yg kita tak tau... Al-fatihah kepada arwah dan moga anggota polis yg didakwa tu mendapat keadilan yg secukupnya. =)

nrshasha said...

aku kuciwaaa..
wawawawa ;(

jerung darat said...

polis cma m'jln kn tugas je. . .klu blaku byk k'jadian jenayah ckp polis x buat keje. . .klu kte kt tmpt polis 2 msti kte lepaskn tembak kn gak drpd kte kna tembak. . .klu x slh buat pe nk lari dr polis. . .myerah jela. . .saman brape sgt la klu nk dibanding kn ng nyawa. . .

yastro said...

Pada aku senang jee...Dh tentu makbapak bdk tu ngan budak tu bersalah...citer bebanyak pn x de guna...

#Buat panduan pada budak2 yg x de lesen...n pada makbapak yg biarkan anak2 merayau memalam tanpa tujuan!!!

abah_izz said...

bagi aku dua-dua pihak pun salah...susah nk tentukan yang nyata akan kebenaran masing2..even sekali pun mahkamah dah tetapkan...keputusan mahkamah, yg bebas bukan semestinya benar dan yang sangkut bukan semestinya salah....cuma yg kita harapkan 'kejadian'sebegini tak akan berulang kembali...sama2 ade kelemahan...dan sama2 kita perbaiki.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP