Tuesday, October 12, 2010

Akta Jenayah Sihir : Hukuman Terbaik Kepada Bomoh Terlampau

Jenayah Sihir : Amalan Kurafat

Bagi membanteras gejala jenayah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh di Malaysia yang menggunakan ilmu sihir untuk tujuan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan undang-undang, pihak berkuasa di Malaysia sememangnya berhadapan masalah untuk sabitkan kesalahan tersebut mengikut mana-mana undang-undang di negara ini.

Justeru, Akta Jenayah Sihir dicadangkan supaya si pelaku tidak terlepas dari hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Sebenarnya bukan hanya di Malaysia saja, tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. Mengikut fakta, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil tetapi memerlukan bukti-bukti yang kukuh dan disokong oleh akta-akta kesalahan tertentu.

Cadangan untuk menubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja Malaysia, yang berkuasa menyiasat dan menjalankan segala prosedur berkaitan untuk membanteras kegiatan jenayah membabitkan ilmu sihir diangkat bagi membolehkan kuasa menyiasat kes-kes sihir berjaya diheret dan seterusnya dibuktikan di mahkamah.

Diharap dengan wujudnya cadangan akta ini, ianya dapat direalisasikan seterusnya dilaksanakan segera supaya kes-kes yang melibatkan unsur-unsur sihir yang terbengkalai tanpa penghujung ini dapat diheret ke mahkamah semula dan menemui jalan penyelesaian.

SPG : Cadangan yang bernas. Ajar sikit tok bomoh ni. Jangan senang-senang nak sihir orang!! Alamak terlebih lak..kang kena sihir lak kang...huhuhuh...

14 comments:

paan said...

kena dapatkan sokongan dari alim ulama la kot.. nak membanteras ilmu hitam nie...
xterlawan plak dgn pistol kang..

Entri terbaru ->Uninstall Software Dengan Bijak

Rimau Sakti said...

betul tu paan. cadanga yang bernas..Jabatan Siasatan Jenayah Sihir PDRM Nti ramai pak imam la kot...baru leh lawan balik..huhuhu

one2paii said...

x...x..gua xbuat sihir nie..bukan gua..

n@jwamz said...

agreed:) n sgt setuju dgn komen paan..
mog2 hukuman yg berat ni dapat memberi pngajaran pad bomoh yg mngamalkn perkara khurafat ni drpd terus menyesatkn ank adam..

cintatehO said...

sy stuju memandangkn dh smakin ramai mengamalkn amalan khurafat ni...tp tkt disihir plak peguam, polis or spe2 ble dh dikenakn tindakan undang2..ngee3x

nazirulhazwan~ said...

harry poter and the gang pon kene haramkan gak kot:P

Rimau Sakti said...

hehehe, tul gak tu kobejordan. kang ramai lak bebudak tiru aksi ery poter tu. jenayah gak tu..hehehe.

Afiq Din said...

bgos ni...
xla nti org yg xbersalah teraniaya dek dengki sesame sendiri

toyolkiut said...

bagus klau dpt d laksanakan..
bnyk bomoh uru-ara keadaan dngn ilmu itam, ilmu pukau, santau depa..

Fello Ariza said...

bukit aman kene tmbah cawangan baru mcm nih :P

mrnoble said...

well its about time!

Gayahspears said...

salam garuda...
sokong2~~~ patot kena hukum bg bomoh yg menipu nih.. bkn hebat sgt pon.. action movie je lebey konon ley ubat n sembuhkan org.. cet!!!

blog-tips-kurus said...

anta je bomoh durjana tu ke Palestin-bagi khidmat masyarakat kat rakyat Palestin & lawan Zionis tu!!

Si PeNCaRi KeBeNaRaN... said...

mn bleh polis smata2 tp ni kn pkai ustaz2 n imam @ sapa sj yg mmpunyai ilmu agama yg tinggi, mesti bbs dr perkara2 x baik

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP