Sunday, October 10, 2010

P Ramlee : Seniman Lagenda Sepanjang Zaman

P.Ramlee : Lagenda Yang Tiada Pengganti

"Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi." Itulah katanya kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah dikatakan itu secara gurauan, kini beransur-ansur berubah menjadi realiti.

Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Nama sebenar kepada seniman agung ini ialah Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau yang lebih dikenali dengan nama P.Ramlee iaitu P untuk Putih bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman.

Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?

Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. Biarpun dari seniman seangkatan dengannya atau pun dari generasi baru seniman yang lebih dikenali sebagai artis pada masa kini.

Dan Astro Baru-baru ini melancarkan program mengingati Seniman itu dengan menyiarkan Filem-filem terbaik lakonan Beliau di Astro RIA (104), Astro PRIMA (105), Astro CITRA (131), Astro WARNA (132) dan Astro HISTORY (555). Untuk Lebih lanjut LAYARI DISINI.


SPG (Sudut Pandang Garuda) : Filem P. Ramlee paling Garuda suka "Seniman Bujang Lapok". Dialog dalam filem tu banyak keluar spontan, tu yang lawak. Contoh : Sudin kata "Bapak Wak jangan sebut yee!! Main-main kasar...Sekali aku cekik..eh!!gigi wak mana?..Pergi bikin la.."..hahahah..memang lawak.Spontan jer tu Sudin cakap. Ape lagi dialog dalam filem P.Ramlee yang anda rasa lawak dihati kalian..share la kat sini..

17 comments:

Nisa said...

waa...mini projek avd
tajuk video = muzikal p.ramlee

akuvision said...

ni yang aku terkenang zaman blajaq dulu ni, lain kali pakai ekzos buloh

penaberkala said...

dari filem, lagu dan segala hasil senip ramlee, susah untuk dicari ganti
lagenda seni paling diingati
disanjung serata pelosok negeri

one2paii said...

gua teringat masa zaman sekolah cikgu disiplin pggil gua n the gang 6 jahanam..adoisshh..teringat citer2 arwah yg mengimbas segala kenangan lalu..

Jemanberagas said...

tgk gambar frofil aku...ada p.ramleee heee

yott said...

sgt suka filem p.ramlee seniman bujang lapok..

gnesop.com said...

mmg tiada pengganti..

mrnoble said...

iklan nuffnang pon ada pasal cite p ramlee kat astro

Rimau Sakti said...

banyak filem lawak yang buatkan kita tak jemu2 nak tengok walau pun sebenarnya dah diulang2 oleh TV rasanya beribu kali...tapi nape kita masih tak jemu2 atau bosan jugak tgk citer P Ramlee ni...hebat2 dia nie..Kalau filem sekarang tgk sekali je rasa dah cukup dah...huhuhuh

eZmALiZa said...

xbosan menonton filem P Ramlee...hebat! al-fatihah buat Allahyarham.....

the bert said...

seniman bujanng lapok..paart sudin repair motot..superb..tgok byk kali pon still gelak..hahaha

AzianKhalil said...

palingggg suka pendekar bujang lapok..kedua seniman bujang lapok...

mynameisYAT said...

cte p.ramlee ulang byk kali kt astro xpe. tp klu sifu tongga, sepi, senario, tokseh.. hehe

Mr. Asada said...

hahaha.. seniman bujang lapok best!

"pak mat tempe d langgar motokar.." part ni memang best habes..

membesar dengan movie2 P.Ramlee.. sampai sekarang pun masih minat. hehe..

paan said...

gurauang yg menjadi satu kenyataan.. karya2 beliau terus mekar di hati rakyat Malaysia..

Entri terbaru ->Uninstall Software Dengan Bijak

Scarlett O'Hara said...

I like P.Ramlee sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
much!!!

Anonymous said...

Hey thank you for the wonderful article it had been genuinely useful , I hope you will just publish additional about this ! This topic rocks

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP