Thursday, June 3, 2010

Aku, Kerja Dan Pengawaman


Minggu ni adalah minggu paling mental bagi aku sebab dah ramai kakitangan awam dah mula memenuhi ruang pejabat aku. Ini gara-gara proses pengawaman berperingkat secara menyeluruh yang dilaksanakan ke atas semua pegawai dan anggota PDRM yang sebelum ini menjalankan tugas-tugas berbentuk pentadbiran dan aku tidak terkecuali dalam proses ini.

Kesian aku tengok anggota aku terpaksa dikeluarkan seramai 112 orang gara-gara kehadiran penjawat awam FT17 yang akan mengisi kekosongan yang anggota aku tinggalkan. Pada aku tak jadi masalah untuk orang awam membuat tugas-tugas pentadbiran PDRM, cuma mentaliti orang awam ni tak sama macam Polis. Aku kerja tak tentu masa pagi, petang, malam walaupun subuh aku tetap bertugas. Jadi orang awam kebiasaannya dah set pukul 5 petang adalah waktu habis kerja dan apa-apa kerja yang masuk selepas itu adalah tugas untuk keesokkan harinya sedangkan aku kalau kerja tu tak siap kena disiapkan walaupun terpaksa tidur di dalam pejabat.

Apa yang aku nampak setiap orang awam yang mengisi kekosongan jawatan di PDRM nanti harus lebih 'menjaga mulut' mereka sebab setiap yang akan mereka lalui adalah sulit dan tidak boleh dihebahkan kepada umum. Diorang akan diwajibkan menandatangani borang OSA (Official secret Act) yang akan memaksa menyimpan apa-apa juga rahsia yang mereka tahu.

Itulah hakikat yang terpaksa aku dan warga PDRM terima kerana kuasa yang dibarikan kepada PDRM untuk menguatkuasakan undang-undang dan memerangi jenayah perlu dipikul untuk kesejahteraan rakyat. Apa pun selamat bertugas kepada semua anggota dan pegawai yang akan memulakan tugas ditempat baru pada 01.07.2010 nanti. Dan aku tengah tunggu turn pulak menanti tempat untuk ditugaskan ke kawasan 'hotspot' jenayah diserata Malaysia macam diorang tu sume.



p/s : Awam Kena Kuat mental kalau nak keje dengan polis nie..Harap-harap korang tahan..Agi Idup Agi Ngelaban..

5 comments:

akuvision said...

wah kata - kata renjer tu, Agi Idup Agi Ngelaban. lagi parah kalau diorang terbocor rahsia kerajaan nanti. Yang penting buat kerja kena amanah la bro

Rimau Sakti said...

kalau bocor rahsia..bocor la kepala diorg..

akuvision said...

hehehe..bocor kepala, ayat tutttt tu

A.Z Boutique said...

saya tgk polis ni byk rehat je..mentang2 la org awam dah masuk..walaupun polis dah dapat arahan keluar dari tugas pentadbiran, tapi diorang bukan keluar pun.sekarang ni yang banyak keje kat pentadbiran, orang awam.pois duduk je...

sab said...

kalu org awam dah masuk di mana2 IPD..dia still boleh apply keluar ke? ke semua step sama cam polis jugak? closed dept??

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP