Tuesday, June 1, 2010

Balai Polis Diserang Pontianak


Bila saya terbaca dari akbar hari ini terkejut saya apabila Ibu Pejabat Polis Daerah Betong Sarawak yang baru dikatakan didatangi mahluk yang tidak diundang. IPD Betong yang baru tersebut dipindahkan setelah bangunan baru yang terletak kira-kira 150 km dari bandar Kuching siap dibina pada awal tahun 2010.

Difahamkan oleh pegawai dan anggota yang bertugas di situ mereka kerap menjumpai lembaga yang seakan-akan pontianak berambut panjang dan memakai kain putih seperti hantu macam dalam movie tu.

OCPD IPD Betong mengesahkan perkara tersebut memang berlaku dan dalam usaha 'memulihkan' kawasan tersebut dengan bantuan seorang ustaz di situ. Dimaklumkan oleh ustaz tersebut memang tempat tersebut pernah berlaku kejadian pembunuhan dan rogol. Mungkin roh mayat tersebut tidak disempurnakan jadi berlakulah perkara seperti ini.

Bagi saya memang banyak IPD dan balai-balai polis di seluruh Malaysia ni 'keras' sebab biasalah barang-barang kes banyak disimpan di situ contoh kes bunuh, rogol dan macam-macam lagi. Mungkin Tuan punya barang kes tu nak tengok-tengok barang-barang dia yang disimpan dekat balai-balai ni. Apa-apa pun percayakah anda tentang perkara sebegini? Percayalah...

p/s : Amalan baik dibalas baik, Kalau buruk di dunia pun tuhan dah balas..Moga tuhan cucuri rahmat ke atas rohnya..amin..

5 comments:

akuvision said...

huhuhuu...balai ngko ada tak bende camni bro?

Rimau Sakti said...

ade jugak dulu masa baru aku masuk keje..cuma tahan je la..yang penting kita tak kacau dia..

akuvision said...

hehehe..betul2 jangan buat pedajla dah la rimau

Berto said...

meremang bulu roma..

Aidi-Safuan said...

salah pandang tu kot. :)

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP