Hari ini saya nak mengajak pembaca blog saya untuk mengingati tentang kes yang pada saya senyap terus hingga ke hari ini iaitu tentang kes kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar yang dilaporkan hilang sejak Januari 2008. Jika adik Sharlinie masih hidup usianya kini mencecah 7 tahun dimana ketika ini rakan-rakan seusianya seronok memasuki alam persekolahan darjah satu. Namun takdir yang menimpa adik Sharlinie mungkin menjadi tanda tanya semua pihak ke mana menghilangnya dia.
Saya pernah terdengar cerita-cerita orang yang kata dia kena buatan orang yang nak menguji ilmu hitam. Tapi sejauh mana kebenaran tu saya pun tak pasti. Apa yang pasti kini ceritanya akan berlalu dibawa masa. Tiada lagi saya dengar di dada akhbar, media elektronik. kalau ada pun yang membincangkan pun melalui forum blog seperti ini saja. Itulah lumrah di Malaysia ni. Cerita yang panas itu akan disensasikan apabila boleh mendatangkan keuntungan dan publisiti yang banyak saja.
Semoga akan ada usaha dari pihak tertentu untuk meneruskan pencarian ini. Jika tidak adik Sharlinie ni akan pergi sebagai satu mitos yang tidak ada cerita penghujungnya. Kita sama-sama doakan jika benar adik Sharlinie dah kembali menghadapNya, moga dicucuri rahmat ke atas rohnya..Amin....Al-Fatihah.
p/s : Kalau cerita dia ni macam mitos so setaraf la macam mahsuri.. hebat-hebat.
6 comments:
"Cerita yang panas itu akan disensasikan apabila boleh mendatangkan keuntungan dan publisiti yang banyak saja" - ayat ni aku paling suka.
Cerita mengenai hal ini aku, yang aku tahu dua orang suspek yang dituduh dulu dah dapat pampasan dari pihak kerajaan sebab tersalah tangkap bukan?
Pada pandangan kau sendiri yang polis, kemana arah tuju kes ini?, masih dalam siasatan atau dah dilupakan?
aku pun tak ikuti sangat kes ni.cuma siasatan yang dijalankan tidak cukup bukti dan maklumat. Polis pun harap bantuan orang2 yang ade maklumat untuk tampil membantu.
Cuma kesian la kat mak bapak dia.Kebanyak kes yang disensasikan oleh media biasanya senang polis nak settlekan coz akan ramai orang akan tampil memberi maklumat..
Tu cuma pandangan peribadi aku la..
benar kalau berita itu disensasikan boleh membantu dalam siasatan, tapi ia juga memberi amaran awal penjenayah menyelinap keluar dari negara. Biasalah tu semua perkara ada pro dan kontra.
betul tu...
setiap benda ada pro dan contra.
byk benda yg kita tak tahu & lebih baik kita xtahu drpd tahu..
kasihan pada keluarga yang menangung
Post a Comment