Vokalis rock Indonesia, Nazril Ariel hari ini menyerah diri kepada polis berhubung penyebaran dua video seks membabitkannya dengan dua artis wanita yang juga teman wanitanya.
Penyanyi utama Peterpan itu dikaitkan dengan skandal "Peterporn” itu menjadi bualan ramai sejak klip video seksnya bersama dua artis wanita tersebar di laman sosial internet
Ariel menyerah diri hari ini jam 3 pagi (waktu Indonesia) selepas polis menjadikannya suspek bagi penyebaran video yang menyalahi undang-undang antipornografi.
"Kalau dia tidak menyerah diri, kami tetap akan menahannya," kata jurucakap polis, Zainuri Lubis.
Mengikut undang-undang Indonesia, polis mempunyai kuasa untuk menahannya sehingga tempoh 24 jam.
Video itu menunjukkan Ariel sedang mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari dalam dua kejadian berlainan.
p/s: macam-macam artis zaman sekarang...huhuhuh..
3 comments:
Ish macam2 je..
Akhirnye menyerah diri pon :)
bukan senang nak mengaku salah. tahniah buat ariel sebab berani mengaku kesalahan sendiri. :)
Adesss...
Kantoila plak..
Post a Comment