Baru-baru ini Garuda ada terlihat dikaca televisyen tentang cadangan pihak kerajaan untuk melaksanakan tindakan menyenarai hitam pesalah yang menerima saman dari pihak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), macam DBKL,MPKj,MBPJ dan sebagainya.
Untuk makluman, saman kesalahan lalulintas yang biasa dikeluarkan oleh PBT adalah kesalahan meletak kenderaan (parking) ditempat yang tidak sewajarnya. Contoh ditepi parit, kaki lima jalan dan sebagainya.
Jadi tindakan menyenarai hitam pesalah-pesalah ini dengan JPJ akan menyebabkan mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan permit kenderaan.
Untuk makluman, saman kesalahan lalulintas yang biasa dikeluarkan oleh PBT adalah kesalahan meletak kenderaan (parking) ditempat yang tidak sewajarnya. Contoh ditepi parit, kaki lima jalan dan sebagainya.
Jadi tindakan menyenarai hitam pesalah-pesalah ini dengan JPJ akan menyebabkan mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan permit kenderaan.
Manakan tidak Garuda bercakap perkara ini, sedangkan saman PDRM yang hendak disenarai hitamkan JPJ pun mendapat rungutan rakyat inikan pula nak wujudkan satu lagi mekanisma senarai hitam JPJ saman PBT.
Pada hemat Garuda, Pihak PBT harus memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah ini dengan menambahkan kawasan letak kenderaan dan menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam bukan menghukum rakyat dengan cara sebegini.
SPG : Dari PBT blacklist JPJ ada lebih baik tunda jer kenderaan yang buat salah tu. Paling kurang pun kalau pas diorang bayar kompaun dapat balik kenderaan diorg taklah payah-payah nak blacklist. Macam ni --> Klik
27 comments:
kalau terlaksana.. ramai yg sangkut nih..
skrg nih ramai yg x kesah sgt dgn saman PBT :)
aku slalu kene saman x bayar parking
heheh
xkan bule black list gak kot..
xpatot la
Kalau laksana ni kes naya lah...banyak yang Garuda rasa dah buang saman dorg nie..abislah..tapi leh cek kat PBT..cuma x tau la PBT mana kita kena...heheheh
Blacklist??? Kan menyusahkan tu, rasanya bukan menyelesaikan masalah malah menambahkan. Ok juga cadangan tunda kenderaan tu...
Parking lot pun kena tambah, nie sibuk nak besarkan bangunan sampai tempat parking pun susah nak dapat...
bagus cdgn tunda kereta tu..
mmg dorg kena tambah parking lot. aefa aritu kena saman sbb parking la. berkali2 pusing cari mana nak letak kereta tak jugak jumpa. tu baru kat bandar kecik. kalau yg katbandar kuching lagi haru nak cari parking terutamanya weekends..
nak naik kenderaan awam lagi hampeh. xda kualiti langsung. Jadual perjalanan tak tentu. bas pun buruk [sapa pernah g cni tau la]. kalo nak tingkatkan pengguna kenderaan awam, kualiti perkhidmatan kena naik taraf dulu..
...alamak..! Nk blacklist pulak..lecehlah kalau PBT pun bleh blacklistedkan org. Mana konsep 1 M'sia rakyat didahulukan..bla.bla.bla..tu..? Udah le rakyat kita nie bukan semuanya kaya raya saman leh byr on the spot jer. Dgn kata lain BUDU TAK SETUJU BEBENOR LAA PASAL HAL PBT TU..!!
kalau boleh dijamin benda ni boleh dibuat dengan telus, adil dan saksama baru saya akan setuju. kalau tak, baik tak payah.
makin teruk lar macam nie..Malaysia nie bukan luas sgt pon.dah lar owg berlumba2 beli keta.sesak dan saman sama meyesakan nafas ku.
naik motor lagi senang..
oh tidak!jgn lah dilaksanakan.
blacklist ni cam tak selesaikan masalah, sebab saman still masih lagi tertunggak
huhuhuh...saman ni dah pun dilakukan di MBKT..aku sokong menda ni..saper suruh parking merata-rata kalau tak menyusahkan orang lain takpa ni suka-suka parking tepijalan atau tempat yang tidak sepatuntnya menyusahkan orang lain yang nak lalu..sokong 500%..perkara ni harus di lakukan untuk mengajar etika letak kenderaan...
Wah!! ade yang menyokong...good2...pendapat masing-masing...mungkin ade pro dan con nya..ape2 pun teruskan memberi pendapat anda di sini...mungkin suara kita didengar oleh mereka diluar sana..
membebankan la...
jgn takut kalau x buat salah kan bro...park lagi merata2 nyusahkan org
kalau nak ikutkan tak setuju sebab kadang2 bukan salah kita park luar kawasan tapi sebab kekurangan parking.Takkan kerja kat Uptown Damansara Utama parking kat SS2...
tidak...mana aci..
Rilek-rilek...jangan emosi sangat...kita sama-sama nantikan keputusan kabinet mengenai perkara ni...harap-harap keputusannya memuaskan hati kita semua samaada dilaksanakan atau pun tidak..
hak2..hani pun ada 1
alamak terasa la pulak aku... harap aa diskaun ehhe
Kuman "ekor.." Entry
tak berapa setuju kalau saman kena bayar duit tu ok la jgn samapi blacklist pulak.
melihat 'garuda', teringat padang jarak padang terkukur....
habeh le kalo ghope ni .....
banyak saman parking
aku banyak gak kena saman ngan PBT ni saman coz x letak kupon masa parking...aku belum bayar sampai sekarang...PBT kat tempat aku xderlink ngan JPJ..huhuh
wallawey, semua nk saman, dh r org bandaraya asal nmpk je kete parking,laju je nk dtg saman..payahnye..kalau blacklist? hohoho.. ramai2 pakat nek basikal sudeh!! :(
btol tu! xyah la nk blcklist. sbbkan xbyr 50 sen smpai nk blcklstt. TAKSETUJUU. *ehh, terlebih emo plak* huu
pulak dah..cam tak brape patut je
sometimes,org park kete sepah2 bukan suke2
tp terpakse sebab parking lot x mencukupi.
b4 kenekan tindakan,PBT kene kaji dulu sebab musababnye.tapi if park kete sampai menyusahkan org lain atas alasan pentingkan diri sendiri tu,memang patutlah kene saman.huhu
Post a Comment