Friday, December 24, 2010

Gulliver's Travels Movie : Penuh Fantasi

Di Pawagam Bermula 23 Disember 2010


Garuda dah layan citer ni, so far ok lah coz banyak bermain dengan imaginasi pengarah filem ini iaitu Rob Letterman. Lama tak tengok cerita orang-orang kerdil ni. Layan jugak bila sekali sekala tengok citer macam nie.

Sedikit mengenai sinopsis cerita ini, Si Gulliver ni kerja sebagai tukang agih surat je di salah sebuah syarikat. Namun secara tak sengaja masa nak usya awek kat pejabat tu dia teroffer diri dia sendiri untuk misi penjelajahan ke segitiga Bermuda. Dalam perjalanannya ke pusat segitiga Bermuda tersebut dia telah tersesat ke satu pusaran tinggi dan sedar-sedar dia telah diikat oleh ribuan orang kerdil di sebuah pulau yang dikenali sebagai Lilliput.

Di dunia baru tersebut, Gulliver adalah raksasa - baik ukuran tubuh maupun ego - terutama setelah dia dilantik menjadi general perang dikerajaan tersebut. Kedudukan Gulliver makin penting apabila dia memimpin teman-teman barunya dalam pertempuran melawan musuh-musuh lama mereka ditengah lautan yang baginya hanyalah sedalam paras dadanya.

Tiket Wayang Gulliver's Travels

Apa akhirnya kisah Gulliver ini, berjayakah dia kembali ke dunianya semula? Yang tu korang sume kena pergi tengok sendirilah kesudahan cerita ni yang pada Garuda menariklah sebab banyak bermain dengan grafik dan mitos orang-orang kerdil. Selamat menonton...


Trailer Filem Gulliver's Travels

15 comments:

Anonymous said...

nak g tgk esok. hehe ^^

baincardin said...

nnt nk gi tgk.

**Jom 'belasah Part 5' plak! ^_^

akuvision said...

aku minat jack black

||aLeaSaRa|| said...

huhu..kite mnt jack black..ngape tgk tak bw kite cenderawasih ni huhu.Nk tgklah ahad ni.Erm kite tgu kungfu panda 2 jack black juga..he3..

.::: Princess MOMOY :::. said...

hehe...tgk kat alamanda lagi tu
MY RECENT POST : Comic-Fiesta 2010 Hangat !!

Bidadari Syurga said...

arghhh tak sabar nak tgk movie nie... huhuhu. comelnya

Cikgu Armiza said...

yup..eja akan tngok nanti..=p

cikcahya said...

ouchh . jeles ye dia dah tgk dulu. sok grenti tgk. haha;D

RynieNas * KyuRyn said...

tader sape nak ajak stakat ne...nampaknyer kene pergi tgk sendiri la...huhuhuuuuu

dabuldahi said...

esok la aku g tengok!!!! yeah!!

caliph shuriken said...

klau jack black blakon mmg lawak laaa, hukk...

Seizer said...

aku anti jack-black... die hina islam.. tengok filem year one.. truk sampai aku x tengok abis

toyolkiut said...

bila terengganu ni nk ada panggung..
tnggu vcd kuar la..

Unknown said...

WOoot! Bez! Take note! xD

Abu said...

nampak cam menarik jer tu..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP