Tuesday, December 14, 2010

Nahas Helikopter : Perginya Inspektor Shukri

Nahas Helikopter jenis Robinson 44 (R-44)

Petang tadi Garuda dikejutkan dengan panggilan dari sahabat Garuda tentang nahas helikopter yang dipandu oleh sahabat Garuda, Allahyarham Insp Shukri Othman di Malim Nawar. Malah nahas kemalangan itu mendapat liputan meluas TV dan akhbar elektronik.

Arwaryarham adalah scuadmate Garuda yang sedang menjalani latihan dibawah Bahagian Latihan Unit Udara PDRM berpangkalan di Perak. Arwah mengikuti kursus latihan penerbangan di Integrated Training And Services berpusat di Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, maut apabila helikopter yang dipandunya terhempas sebelum terbakar di sebuah kawasan lombong di Malim Nawar jam 3 petang (14 Disember 2010).

Helikopter tersebut dikhabarkan mengalami masalah teknikal kerana Insp Shukri sempat menghubungi menara kawalan sebelum kejadian. Namun helikopter berkenaan terhampas juga berdekat lombong lama lalu terbakar. Arwah meninggal ditempat kejadian.

Arwah seorang yang peramah, suka berjenaka dan sangat menghargai nilai persahabatan. Garuda berasa senang semasa bersama Arwah. Inilah adat hidup seorang yang berkorban untuk negara demi mempertahankan keamanan negara. Garuda amat terasa dengan kehilangan sahabat Garuda ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihi olehNya. Al-Fatihah...


SPG : Sama-sama kawan-kawanku kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah...Al-fatihah

19 comments:

ABOTFAIRUZ said...

mati itu pasti,hidup belum tentu.semoga keluarga arwah tabah menghadapinya.al-fatihah.

Lagenda said...

al fatihah utk sahabat garuda.

Takziah utk garuda juga

Ustaz Love said...

Salam..

Innalillah.. semoga Allah menempatkan arwah di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..

p[A]n[A]d[O]L said...

salam takziah untuk keluarga arwah...
Al-Fatihah untuk arwah..

mamawana said...

Takziah. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 solleh. Amin.

ASSOYFINGER67 said...

Takziah..al Fatihah....

Anonymous said...

takziah..

Kalamhati said...

innalillah..Al-Fatihah

sekamar rindu said...

salam..

alfatihah buat awrah...moga roh beliau dicucri rahmat oleh Allah swt..

ijatnuar87 said...

setiap yg hidup pasti akan mati,kita yg hidup ni harus teruskan kehidupan kita...smoga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman...
al-fatihah...

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

al fatihah untuk mangsa nahas..incik garuda dalam bidang penerbangan?..pilot?..teruja nie..hehe

Seri Bahasa said...

Al-Fatihah, salam takziah untuk keluarga allahyarham dari seri.

zazaw said...

al-fatihah
takziah

Ellen said...

Takziah

sud@is said...

alfatihah untuk arwah, takziah untuk keluarga

Aefa Aerisya said...

Salam takziah untuk keluarga arwah..

Sri Ayu said...

Al-Fatihah utk arwah.ajal dan maut telah ditentukan Allah swt.diharapkan keluarga arwah lebih tabah menjalani kehidupan selepas ini..

atien said...

Alfatihah untuk beliau ... moga Allah rahmati beliau ..
btw salam perkenalan ..

Anonymous said...

Looks like you are an expert in this field, you really got some great points there, thanks.

- Robson

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP