Tuesday, December 28, 2010

Selepas Laser, Dukun Pula Alasan Mereka

Laser menjadi bualan dikala ini


Selepas skuad kebanggaan kita Malaysia membenam Indonesia cabaran Final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Bukit Jalil, jutaan peminat Sang Garuda menuding jari kepada sikap penyokong Malaysia yang menggunakan pancaran laser sebagai alasan mengganggu kosentrasi pemainan Indonesia malam tersebut.

Setelah diakui jurulatih import Indonesia Alfred Riedl bahawa kesilapan pertahanan yang menyebabkan 3 gol terhasil dan tiada kena mengena dengan ganguan pancaran laser, kini penyokong fanatik Indonesia mengubah topik bahawa kekalahan mereka tempoh hari ada kaitan dengan aktiviti paranomal (Dukun) di Malaysia yang menyantet pemain-pemain mereka supaya beraksi tidak bermaya pada malam tersebut.

Inilah yang dikatakan penyokong mereka tak boleh terima kekalahan. Biasalah, Malaysia pun kalah juga pada perlawanan pertama tempoh hari. Kalah teruk lagi 1-5. Tapi kita tak timbulkan sebarang provokasi pun kepada rakyat mereka. Kita terima kekalahan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Memang adat pertandingan menang kalah tu.

Seperti yang kita tahu pergaduhan maya juga telah berlaku di twitter sampaikan macam nak berperang dengan Malaysia dek hanya kekalahan bola sepak. Tiada sporting spirit langsung. Namun apa yang Garuda dapat simpulkan pada sepanjang perlawanan malam Ahad (27.12.2010) yang lalu, memang rata-rata pemain Malaysia bermain pada aksi seperti biasa pada babak pertama dengan menyaksikan Indonesia juga mempunyai percubaan yang berbahaya pada separuh masa pertama.

Namun seperti disuntik semangat Harimau Malaya oleh pakar taktikal Malaysia K.Rajagobal pada babak kedua permainan Malaysia benar-benar memukau 85,000 penyokong Malaysia dengan permainan pantas yang tidak dapat diikut rentak tersebut oleh pemain-pemain Indonesia. Mereka bermain pada kelas yang tersendiri yang benar-benar menakjubkan dengan hantaran-hantaran tepat.

Disitulah sebenarnya punca kekalahan skuad Sang Garuda dan bukan masalah Laser mahupun Dukun. Kepada penyokong Indonesia patut kita sama-sama rasa bangga kerana kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia sebagai bangsa serumpun berjaya menakluk pentas Asia Tenggara yang sebelum ini dikuasai kuasa-kuasa dari tanah Indochina. Ini yang sepatutnya kita bangga dengan kejayaan kedua-dua negara ini dan bukan kita bercakaran sesama kita.

Menang dan kalah adalah bonus bagi mana-mana pasukan yang berada dipentas final, namun janganlah kita menggadaikan semangat setia kawan yang terbina diantara kita negara serantau. Di malaysia juga ramai bangsa Indonesia mencari rezeki dan kami rakyat Malaysia tak kisah tentang perkara tersebut. Jangan hanya disebabkan sebutir bola yang nilainya cuma RM100 kita nak berbalah sesama kita. Fikir-fikirkan sejenak apa yang Garuda bingkiskan ini.

Memang macam kebetulan nickname Garuda adalah Garuda yang menjadi simbol Kebanggaan lambang Sepak Bola Indonesia dan RimauSakti (Harimau) merujuk kepada simbol Kebanggaan lambang Bola Sepak Malaysia Harimau Malaya. Kedua-duanya ini lambang penyatuan dalam blog Garuda yang meyeru semua penyokong kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi pada pertembungan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno esok (29.12.2010). Jangan ada insiden yang tidak diingini berlaku di sana nanti. Sama-sama kita menyokong dengan semangat sporting kesukanan yang tinggi setanding semangat yang ditunjukan oleh kedua-dua pasukan di atas padang nanti.


SPG : Apapun yang terjadi garuda tetap bersama Rimau Malaya membakar semangat menjelang pertemuan esok. Tak sabar rasanya tak tunggu game esok...hehehehe..Go Malaysia!!!

16 comments:

Mat Pian said...

uwaaaaaa..
tak leh tgk final ke dua esok..
ada dinner la pula..
uwaaaaaaa..

Rimau Sakti said...

heheheh...sabau jelah pian...tgk ulangan yek...heheheh

Unknown said...

macam2 lah diorang ni..geram laks aku..

kiz said...

garuda ..mana ada dia pakai satu je bola ..kan banyak tu yang budak kutip bola kutip..huhuhuhu
apa apa pun semoga perpaduan kita kat nusantara tak terjejas sebab laser..haha

Afuan Shah said...

tb kat rumah plak rusak...haishhh...

cAmca Dan GArpu said...

lepak kat mamak tgk bola..

Mat Pintu said...

gilo. berat nanang.

Hanif said...

Biasalah bola sepak....

Robot | Sakti said...

orang dah kalah, macam-macam cerita diorang reka.

kita kalah ritu, kita cool jer.

loser tul.

hahahaha

Jericho said...

Hahha.. macam mana pulak laser boleh terpesong macam tu? lawak gambar tu

syukri said...

xsabar nak tgk bola sok. julia perez nk pakai coli de lazer.yuhuu.

sud@is said...

adakah pemain kita kat sana nnt juga dilaser lagi hebat...minta dijauhkan

burnkelana said...

aku harap Malaysia dpt benam Indonesia mase game ke 2 nanti.. baru depa tahu sape hebat..

the bert said...

indon mmg byk alasan..x bole terima kekalahan..

fyna ahmad said...

byk alasan diorg tue...da kalah wat cara kalah....menchi btol ngn diorg...


jom singgah belog sy...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Idalara said...

dah nama org indon...
tamat dah separuh masa pertama..
yezz!!...
mudah2an harimau muda bawak balik piala..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP