Thursday, August 26, 2010

Bila Jalur Gemilang Dipijak Dan Dibakar!!!

Ape Perasaan Dia Kalau Kita Pulak Bakar Bendera Dia?


Post kali ini Garuda agak emosi sedikit maklumlah dengan apa yang telah berlaku di Indonesia yang amat menyentap perasaan seluruh rakyat Malaysia apabila Jalur Gemilang yang menjadi tunggak kebanggaan dan identiti masyarakat negara ini dipijak-pijak malah dibakar oleh mereka yang tidak bertamadun dan berfikiran kebinatangan.

Simbolik perbuatan mereka itu seperti membakar jiwa dan hati seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyanjung tinggi bendera kebanggaan kita ini. Peristiwa ini pula kebetulan berlaku hampir dengan hari bersejarah kemerdekaan kita yang bakal disambut beberapa hari lagi.

Dari apa yang Garuda tahu, Jalur Gemilang tersebut dibakar kerana Malaysia kononnya sudah mencuri kebudayaan mereka bilamana tarian pendet yang kononnya kepunyaan Indonesia diselitkan dalam promo Enigmatik Malaysia. Selain itu, mereka juga mengatakan yang protes tersebut dilakukan akibat sikap Malaysia yang dinilai terus melecehkan bangsa Indonesia.

Walau apa pun alasan mereka, perbuatan membakar bendera saling tak tumpah seperti situasi satu ketika dunia memprotes tindakan Israel dengan membakar bendera Israel. Sedih bila kali ini kita sendiri dapat saksikan di kaca-kaca TV Jalur Gemilang pula mengalami nasib yang serupa. Memang tidak pernah Garuda bayangkan perkara ini boleh berlaku.

Sebagai Anggota Keselamatan Negara, Garuda memang diajar menyanjung tinggi panji-panji negara, sekiranya rebah panji-panji ini maka rebahlah kedaulatan negara. Oleh sebab itu yang kejadian sebegini memang tidak dapat diterima terutama kepada warga keselamatan negara.

Moga jalan pintas segera dicapai bagi memulihkan semula imej negara dan Jalur Gemilang khususnya dimata dunia.






SPG : Belajarlah bersyukur, sebab ramai orang mereka cari rezeki kat negara ni...

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara Aidilfitri Ini

Duit Raya Untuk Kaki Tangan Kerajaan 1000 Bahagi 2 = 500


Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

SPG : Alhamdullilah...adalah nafas sikit nak raya ni...

Friday, August 20, 2010

Isu Harga Ayam Naik Mendadak

Lepas ni nak makan ayam kena bela sendiri la nampaknya...


Macam dah jadi satu 'trend' bila menjelang Raya Aidilfitri terutamanya mesti berlaku sindrom harga ayam naik. Bebaru ni dikatakan harga ayam melambung sampai ke RM 7.20/kg di Kedah. Macam mane org-org yang berpendapatan rendah nak makan ayam. Dan org-org yang mampu pun mengeluh panjang jugak.

Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran. Itu jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meredakan kemelut harga runcit ayam di seluruh negara yang dilaporkan naik mendadak kini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada persatuan tersebut berhubung perkara itu disamping cadangan untuk menjadikan ayam sebagai barang kawalan dan mempunyai harga syiling menjelang Aidilfitri.

Manakan tidaknya, sampaikan harga ayam yang dijual dipasaran bazar (Ayam Percik, Ayam Goreng, Lauk Pauk) juga melambung. Ialah, kalau tak macam mana peniaga nak untung.

Apa pun pepandailah kita memilih menu yang sesuai di sepanjang bulan Ramadhan ini. Ingat Kuasa Membeli Di Tangan Kita. Kita yang berkuasa menentukan harga ayam ini.


SPG : Harap-harap raya ni dapat makan ayam. Bukan ape, takut-takut ayam lak kena sorok macam gula hari tu....heheheh..

Friday, August 13, 2010

Buang Bayi : Hukuman Bunuh Bagi Pesalah

Jangan Hukum Mereka Yang Tidak Bersalah Ini.


Menteri yang bertanggungjawab mengumumkan langkah-langkah mengatasi masalah buang bayi antaranya adalah menjatuhkan hukuman bunuh kepada pesalah buang bayi sekiranya didapati bersalah. Selepas ini kes sebegini akan diklasifikasi di bawah seksyen 302 @ 304 Kanun Keseksaan kerana Bunuh atau cubaan membunuh.

Ini ekoran daripada semakin banyaknya kes pembuangan bayi yang berlaku sepanjang 2 bulan kebelakangan ini di negara Malaysia yang bertamadun ini. Kaedah mengenalpasti pesalah yang membuang bayi dengan menggunakan spesimen DNA bagi menjejaki kedua ibu bapa si bayi malang tersebut bakal mengheret kedua-duanya ke tali gantung sebagai balasan berperangai kebinatangan.

Namun apa yang Garuda sedih, tidak sampai 24 jam pengumuman bekenaan, berlaku lagi kes 4 kes buang bayi yang berlaku di 4 tempat yang berlainan. Timbul tanda tanya adakah hukuman bunuh yang diumumkan tidak cukup untuk mendatangkan kegerunan kepada mereka yang mempunyai hobi membuang bayi ini? Pelik diorang nie. Apa nak jadi dengan generasi Malaysia abad ke-21 ni.

Moga Ramadahan yang mulia ini, sama-sama lah kita berdoa supaya Tuhan mengampunkan dosa-dosa mereka dan kembalikan mereka ke pangkal jalan. Amin..



SPG : Apa hukuman yang boleh sedarkan mereka ni semua yek? Dan apa langkah yang sesuai bagi menangani masalah pembuangan bayi di kalangan remaja pada masa ni?

Tuesday, August 10, 2010

Fadilat Solat Tarawih

Solat Tarawih Banyak Fadilatnya


Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh.
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan.
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan.
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Malam kesepuluh.
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas.
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas.
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas.
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas.
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas.
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas.
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas.
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas.
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas.
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh.
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu.
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua.
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga.
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat.
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima.
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam.
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh.
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan.
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan.
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh.
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Bersama-samalah kita merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah ini..

Wednesday, August 4, 2010

Adun Mati Ditembak Atau Menembak Diri Sendiri?

Kedua-dua mangsa terkulai ditempat duduk memasing


Kejadian mesteri yang digembar gemburkan di dada akhbar hari ini berikutan kes bunuh seorang bekas Adun BN di Sungai Buloh semalam (03.04.2010). Namun menjadi tanda tanya bagaimana perkara itu boleh berlaku?Dua das kesan tembakan terkena pada Siti Rohana dan satu das terkena pada Datuk Abdul Aziz Mohd Noor. Ketiga-tiga tembakan tepat seperti tembakan jarak dekat. Pelik, tembakan terlalu tepat.

Lebih memungkinkan ada diantara mereka yang membunuh antara satu sama lain sebelum membunuh diri sendiri kerena tiada kesan tembakan yang terkena pada body kereta. Kalau ada orang tembak dari luar mesti ade kesan tembakan.

Nak dijadikan cerita jumpa pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN tu.

Banyak spekulasi boleh bermain difikiran kita mengenai kes ini. Jika benar perkara ini berlaku tak susah pun sebab si pembunuhnya dah pun membunuh diri.Dia dah jatuhkan hukuman pada diri sendiri. Tapi apakah motifnya...sama-sama lah kita tunggu hasil siasatan PDRM dalam masa terdekat ini..

Kesian garuda tengok nasib diorang berdua tu...org dah nak dekat sambut ramadhan yang mulia tak lama lagi, diorang sanggup bunuh diri tak nak jumpa ramadhan...ape2 pun tu spekulasi garuda la...takde kena mengena dengan hasil siasatan polis...

SPG : Nasib baik bekas Adun, Kalau tak kena pilihan raya kecil lagi...huhuhuhu.Malas betul nak jaga pilihan raya... ;)

Monday, August 2, 2010

Nikmat Seks (18SX) Bagi Perogol Kanak-Kanak Dan Hukuman

Hukuman bunuh bagi perogol di negara-negara Islam lain.


Rentetan daripada beberapa kes rogol yang melibatkan kanak yang berlaku baru-baru ini, timbulnya cadangan supaya dijatuhkan hukuman bunuh kepada perogol kanak-kanak ini memandangkan gejala ini dilihat akan mengancam perkembangan generasi muda akan datang.

Apa pun cadangan, hukuman tersebut dilihat oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri sebagai tidak releven kerana hukum bunuh telah dilaksanakan pun bagi kes pengedaran dadah, namun kesalahan pengedaran dadah tetap berlaku dinegara kita. Jadi keberkesanan hukuman bunuh tersebut tidak menjanjikan berkurangnya kes rogol kanak-kanak dinegara ini.

Hukuman dan kesesuaian jenis hukuman perlu diperhalusi semua pihak supaya setiap hukuman dapat mendatangkan rasa gentar pada si pelaku jenayah ini dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya.

Bagi Garuda, hukuman bunuh memang wajar kerana agama islam juga melaksanakan hukuman rejam kepada pesalah-pesalah seks ini. Jadi mengapa perlu fikir payah-payah. Tepuk dada tanya iman..

Dan kepada si Perogol kanak-kanak ni ape nikmatnya merogol kanak-kanak? Otak mereka ni dah tak boleh berfikir secara rasional sebagai seorang manusia..lebih teruk dari binatang. Untuk nikmat yang tak sampai 15 minit tetapi berhadapan merana sepanjang hayat..Fikir-fikirkanlah wahai perogol-perogol diluar sana...

SPG : Kalau tak bunuh nak jatuhkan hukuman ape pada diorang nie?

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP