Thursday, April 26, 2012

Monday, April 23, 2012

Perbezaan Lebah Dan Lalat, Dengan Orang Mukmin Dan Munafik...

Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah! tiada perbezaan antara kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya terdapat pada sifat-sifat; sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama
Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Kedua
Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga
Lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat
Lebah mempunyai wala’ kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala’ kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima
Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam
Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam.

Monday, April 16, 2012

Kunjungan Hormat Mr. Gerald Howarth Ke Bukit Aman


Telah berlangsung satu kunjung hormat daripada Mr. Gerald Howarth, Minister For International Security Strategy dan Security Organization dari United Kingdom di bilik Tetamu Ketua Polis Negara pada hari ini.

Turut hadir, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan rombongan delegasi.

Sunday, April 15, 2012

Crime Alert Dari Bukit Aman

Awasi Aktiviti Memproses Dadah di kawasan perumahan anda. Anda sedang masak di rumah? Sudah tentunya bau yang menyelerakan. Untuk makluman, semasa memproses dadah, ia juga akan hasilkan bau, tetapi bau yang kuat, hanyir, pedas dan tidak selesa (pungent smell), juga pada masa yang sama mendatangkan gatal atau ketidakselesaan pada bahagian tekak. Ambil perhatian, jika anak-anak sering mengadu gatal atau sakit tekak akibat bau yang tidak selesa tersebut. Kanak-kanak lebih sensitif terhadap kesan ini.

Sila lapor kepada pihak polis SEGERA melalui email mcc@rmp.gov.my atau talian 03-22663333 supaya siasatan awal dapat dijalankan ke atas aktiviti dadah di kawasan anda.
Bersama-sama kita jadikan kawasan rumah anda selamat dan bersih dari aktiviti yang tidak sihat.
Polis dan Masyarakat bersama memerangi dadah.

Wednesday, April 11, 2012

Banduan Melarikan Diri

Pihak polis menyeru orang ramai yang mengenali atau terjumpa dengan suspek ini yang berjaya meloloskan diri daripada Lokap Mahkamah Jalan Duta, Sentul, Kuala Lumpur tampil segera memberikan maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran.

Butiran peribadi suspek adalah seperti berikut :

Nama : Mohd. Redzuan bin Abd. Rahman
K/P : 801213-05-5591
Umur : 32 Tahun
Alamat terakhir : 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterprenurs Park
58000 Kuala Lumpur.

Untuk tampil memberikan maklumat atau menghubungi
Rakan Cop melalui telefon no: 03-21159999

Pihak polis juga ingin mengingatkan sesiapa yang mengenali suspek agar tidak sesekali melindungi beliau, kerana perbuatan ini merupakan suatu kesalahan di bawah sek. 216 Kanun Keseksaan, suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara ¼ tahun daripada hukuman berhubung pertuduhan kerana merompak serta boleh juga didenda.

Istiadat Pertabalan Agong Ke-14

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

Saturday, April 7, 2012

Apabila 07 April Hari Lahir Rimau..Selamat Hari Lahir

Best kalau hari-hari hari jadi...hahahaha

Friday, April 6, 2012

Bila Lelaki dan Wanita Bersatu...

Adil ke? Macam Tak adil jer...hahahaha

Thursday, April 5, 2012

Awas Gelatin Babi Dalam Coklat


Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat. Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!

Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian. Jadi berhati-hati apabila anda ternampak tanda ini di produk makanan kegemaran anda.

Monday, April 2, 2012

Safee Sali jaring 4 gol (Pelita Jaya vs Gresik United)

Gol- gol Safee Sali sewaktu membantu Pelita Jaya menewaskan Gresik United 6-1 Pada 24 Mac 2012

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP