Friday, July 19, 2013

Pilihlah Baju Yang Sesuai Untuk Bersolat

Bersolat itu satu tuntutan dalam Islam, tetapi pilihlah baju yang sesuai untuk solat..jadikan gambar dibawah sebagai pengajaran..


Apa komen anda?...Selamat beramal..

Tuesday, July 16, 2013

BATU NERAKA : BATU DARI BURUNG ABABIL BERNILAI RM12 JUTA


Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 Juta USD atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.





Bagaimana batu itu ditemui..? Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik. Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.



Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta) untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil. Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

P/S : Sejauh mana kebenaran..Hanya Maha Pencipta Sahaja Yang Maha Mengetahui..Wallahualam..

Thursday, July 11, 2013

Lokasi Cadangan Berbuka Puasa Buffet Ramadhan 2013 | Menu Berbuka Puasa Pilihan

Buffet Ramadhan 2012 

Berikut adalah senarai pakej Buffet Ramadhan 2013 yang menarik dan murah untuk berbuka puasa yang mungkin boleh membantu anda membuat pilihan lokasi berbuka puasa hari ini..


1. The Window Restaurant & The Terrace, The Royale Bintang Damansara
Harga : RM60++
Tempahan : 03-78431111 ext 1405
Website : royale-bintang-hotel.com.my

2. Serena Brasserie, Hotel Nikko Kuala Lumpur
Harga : RM90++
Tempahan : 03-27826128
Website : hotelnikko.com.my

3. Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur
Harga : RM50++
Tempahan : 03-21439898
Website : royale-bintang-hotel.com.my

4. Oceania Cafe Summit Hotel Subang Jaya
Harga : RM66 nett (Dewasa), RM33 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-80233000
Website : summithotelusj.com

5. Verandah Restaurant, Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya
Harga : RM70++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-83127015
Website : cyberview-lodge.com

6. Brasserie, Legend Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM85++
Tempahan : 03-40429888/27719888 ext 9032
Website : legendsgroup.com

7. Flavors Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM65++ (Dewasa), RM33++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21413333 ext 506
Website : swissgarden.com

8. Utara Coffee House, Hotel Armada PJ
Harga : RM62++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-79546888 ext 4557
Website : armada.com.my

9. The Mill, Grand Millennium Kuala Lumpur
Harga : RM88++ (Dewasa), RM42++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21174163
Website : millenniumhotels.com.my

10. Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Resorts Kuala Lumpur
Harga : RM49++ (Dewasa), RM40++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-20266060 ext 7703
Website : ancasa-hotel.com/

11. Sime Darby Convention Centre
Tempoh Diskaun : Ahad, 1 May 2011 – Ahad, 31 Jul 2011
May Voucher – RM50 Nett
Jun Voucher – RM60 Nett dan Julai Voucher – RM70 Nett
Tempahan : 03 2089 3688

12. Raintree Cafe, Hotel Maluri
Harga : RM 58.00 net (Dewasa) dan RM 32.00 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-92878833 ext 630

13. Restoran Chakri Express
Harga : RM39.00
Tempahan : 03-8890 1616 or 016-2277 357 (Affandy)

14. Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Tempahan : (603)-7956 2100
Website : hspj.com.my

15. Restoran Cerana, Cheras
Harga : Rm49.50 (Dewasa) dan RM27.50 (kanak-kanak)
Tempahan : MOHD ALI (ASST MANAGER) : 017-3096511, 019-2953450
Website : Cerana.com.my

16. Paya Serai, Hotel Hilton, Petaling Jaya
Harga : RM109++ Dewasa, RM69++ Kanak-kanak
Tempahan : (03) 7955 9122 extn. 4260/1
Website: zestpj.com

17. Chatz Brasserie, Parkroyal Kuala Lumpur
Harga : RM75++ Dewasa, RM39++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-27828301
Website : parkroyalhotels.com

18. Hotel Grand Continental, KL
Harga : RM52++ Dewasa, RM26++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-26939333
Website : ghihotels.com.my

19. Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Harga : RM85++ Dewasa, RM50++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-55118811 ext 2612
Website : bluewavehotels.com

20. Nipah Coffeeshop, Hotel Equatorial, KL
Harga : RM92++ Dewasa, RM46++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-21617777 ext 8220
Website : equatorial.com/kul

21. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Harga : RM80++ Adult, RM40++ Child
Tempahan : 03-83127091
Website : cyberview-lodge.com

22. Dorsett Regency Hotel, KL
Harga : RM69++ Dewasa, 50% Diskaun untuk Kanak-kanak
Tempahan 03-27151000 ext 188
Website : dorsettregency.com.my

23. PNB Darby Park Cafe
Tempahan: 03-7490 3838
Harga: RM65++ Dewasa, RM35++ Kanak-kanak

24. Quality Hotel Shah Alam
Tempahan : 03 55103696
Harga : RM68 ++ Dewasa, RM38 ++ Kanak-kanak
Website : quality.com.my

25. Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL
Tempahan : 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga : RM135 ++ Dewasa ,RM75 ++ Kanak-kanak

26. Restoran Sri Melayu
Tempahan: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga: RM70++ Dewasa, RM40++ Kanak-kanak, 15% Warga tua

27. Hotel Century, Johor Bahru
Harga : RM46 ++ dewasa,RM25 ++ kanak-kanak
Tempahan : 07-333 3300.

28. Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru
Harga : RM55++ Dewasa, RM35++ kanak-kanak
Tempahan : 07-221 6666

29. Hotel Mutiara, Johor Bahru
Harga : RM68++ dewasa, RM40++ kanak-kanak
Tempahan : 07-330 0300

30. The Puteri Pacific, Johor Bahru
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-2199999
Website : puteripacific.com

31. Hotel Equatorial Bangi
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-82102222/03-89251111
Website : equatorial.com

32. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Harga : RM88 ++ Dewasa, RM50 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03- 78025245/78025200 ext 2915
Website : eatanddrink-hiklg.blogspot.com

33.  Cruise d’ tasik Putrajaya
Harga : RM88NETT Dewasa, RM58NETT Kanak-kanak
Tempahan : 03-8888 3769

34. Bazar Ramadhan 1 Malaysia (PICC Putrajaya)
Harga Bersih: RM60 Dewasa, RM29 kanak-kanak, PERCUMA bawah 6 tahun

35. Puri Pujangga UKM
Harga : RM45nett Dewasam, off 50% kanak-kanak
Tempahan : 03-89213361/3362
Website : puripujangga.com.my/deals.html


  P/S : Apa pun berbukalah sekadar yang kita mampu..kalau sekali-sekala ok lah tu..

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2013M/1434H

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita menambahkan amalan yang mulia semoga mendapat ganjaran yang berganda dari Yang Esa..Amin

Saturday, July 6, 2013

Gempar : Penemuan Naga Di China


Naga adalah haiwan mitos yang sering dikaitkan dengan Kaum Cina. Malah di dalam kalender lunar cina juga terdapat tahun naga. Namun kewujudan haiwan mitos itu semakin dikesan apabila baru-baru terdapat foto yang menunjukkan seorang lelaki cina sedang memegang dan membelah perut seekor naga tanpa dia sedari. Apa yang difahamkan gambar tersebut diambil secara rahsia dengan lokasi sebenar tidak dimaklumkan.
Naga merupakan makhluk mitos atau khayalan sahaja, yang bererti tidak mungkin ada di dunia nyata, tetapi di China ada seorang pemuda yang sedang membelah perut seekor Naga. Mungkin untuk dijadikan ubat kuat. Tidak banyak maklumat yang didapati disebalik gambar ini, juga tiada sebarang maklumat tentang pemuda ini dan dimana dia menangkap Naga ini. Segalanya di rahsiakan.
Mungkin binatang berbentuk Naga ini wujud di negara China. Cuma tidak di dedahkan oleh media sahaja atas sebab-sebab tertentu. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau pun tidak.

Friday, July 5, 2013

Senarai Artis-Artis Malaysia Yang Memiliki Pendidikan Yang Tinggi

Kadang-kadang ada yang memperkecilkan artis atau golongan selebriti tempatan dengan mengatakan mereka tidak berpelajaran atau gagal dalam pelajaran. Namun jangan lupa, ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang mungkin lebih baik daripada kita. Dibawah adalah senaraikan 12 artis-artis tempatan yang bukan sahaja mempunyai bakat lakonan atau bakat seni yang baik malah cemerlang dalam akademik.

 
Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

Dato Dr. Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

Wednesday, July 3, 2013

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bulan Ramadhan Bagi Tahun 2013M/1434H Semua Negeri Di Malaysia

Memandangkan Bulan Ramadhan semakin dekat, saya nak kongsi beberapa info sebagai panduan kita sesama umat Islam sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa.
Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik tajuk pautan url mengikut negeri masing-masing seperti yang tertera dibawah :

Lafaz Niat Puasa Sebulan Ramadhan / Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan


Lafaz Doa Berbuka Puasa 



P/S : Semoga info ini berguna untuk kalian semua..wassalam..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP