Friday, December 31, 2010

Perutusan Terakhir 2010 Dari Blog Rimausakti @ Garuda

Selamat Tinggal ZOIO Selamat Datang ZOII

Bersempena jam-jam terakhir kita di tahun ZOIO (2010) Garuda suka untuk menyampaikan perutusan kepada semua rakan-rakan pembaca Blog rimausakti.blogspot.com ni. Alhamdulillah sejak berkecimpung di arena dunia blogger ni (Mei 2010) banyak ilmu telah Garuda kongsi bersama semua rakan pembaca. Memang tidak dinafikan dunia blogger ni menyeronokan.

Ok, berbalik kepada perutusan ZOIO, tahun ini banyak peristiwa-peristiwa yang telah Garuda lalui yang suka dan duka. Sebut pasal azam ZOIO, rasanya 80% azam Garuda tercapai. Lagi 20% tu kena topup pada ZOII (2011) nanti...heheheh.

Antara peristiwa duka yang melanda Garuda sepanjuang ZOIO ini adalah perginya bapa mertua kesayangan Garuda pada tanggal 06hb April 2010 buat selama-lamanya..dan baru-baru ini ibu mertua Garuda diragut dihadapan rumah.

Diharap tiada peristiwa sedih yang berlaku sepanjang ZOII nanti. Apa juga yang diazamkan moga tercapai dan terlaksana. Sememangnya ZOIO yang kita tinggalkan tidak akan kembali buat selama-lamanya. Ianya akan pergi meninggalkan kita. ZOII yang mendatang harap ditempuh dengan jayanya. Buat semua rakan-rakan yang selalu mengunjung ke laman Garuda ni teruskan kunjungan anda dan Garuda amat hargai kesetiaan anda semua.

Akhir kata dari Garuda buat semua pembaca Blog Rimausakti ini untuk edisi entry terakhir ZOIO ini, Selamat Menyambut Tahun Baru ZOII... Terima Kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.


SPG : Ada request dari pelawat blog garuda ni mintak Garuda tukar Nickname coz cam org Indon lak coz Sang Garuda tu nick bagi Skuad Bolasepak Indonesia. So next entry Garuda akan umum Nickname baru. Tunggu...huhuhuhu

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 : PM Umum Cuti Jumaat (31.12.2010)

Keputusan Penuh Final AFF Suzuki 2010

Malaysia kembali disegani dirantau ini apabila menjuarai menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dengan membanam cabaran Indonesia malam tadi biarpun tewas 1-2 dalam aksi Final Ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. Bekalan kemenangan 3-0 pada aksi Final pertama di Kuala Lumpur sememangnya menjadi bekalan selesa buat anak buah K.Rajagobal dengan aggregat 4-2.

Gol-gol pada malam ini terhasil melalui Mohd Safee Sali (Malaysia), Mohd Nasuha, Mohd Muslim(o.g)(Indonesia). Dengan gol tersebut maka Safee Sali lantas dinobat selaku peledak terbanyak pada edisi kali ini dengan 5 Gol.

Pemenang Kasut Emas Piala Suzuki 2010 : Safee Sali (Malaysia)

Sementara itu penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan Akhir malam ini dengan aksi cemerlangnya terutama menyelamatkan sepakan penalti dari kepten Indonesia Firman Utina pada minit ke-17 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu di dalam kotak penalti.

Pemain Terbaik Perlawanan : Khairul Fahmi Che Mat ( Malaysia )

Setelah 90 minit Indonesia menemui jalan buntu untuk merobek gawang Malaysia dan tiupan wisel penamat menoktahkan Malaysia Selaku Juara Baru Piala Suzuki 2010 buat julung-julung kalinya...Pesta ini akan berterusan apabila wira-wira negara ini dijangka pulang ke tanah air esok. Paling Manis apabila Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pada Jumaat (31.12.2010) sebagai cuti umum di atas merai kejayaan Skuad Harimau Malaya membaham Sang Garuda.

Kejayaan mereka kebanggan kita seluruh rakyat Malaysia

Dedicate Lagu Ni Buat Wira-wira Malaysia...Mereka layak dinobat selaku Wira Malaysia



Standing In The Eyes Of The World - Ella

SPG : Garuda rasa bangga jadi anak Malaysia sebab Malaysia kini selangkah kembali disegani paling tidak pun dirantau ini.. Sure ranking Bola Sepak FIFA Malaysia naik pas ni...

Wednesday, December 29, 2010

FINAL KE-2 PIALA AFF SUZUKI : Garuda VS Harimau Malaya

Bekalan Selesa Skuad Harimau Malaya Ke Jakarta


Malam ini bakal terukirnya juara baru Piala Suzuki AFF 2010 di mana pertembungan menyaksikan dua buah pasukan terbaik rantau Asia Tenggara dikala ini iaitu Malaysia menentang Indonesia dalam pertemuan panas dengan kelebihan lebih terarah kepada pasukan Harimau Malaya setelah menyakar ego sang garuda dipentas akhir pertama Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan bekalan selesa 3 gol tanpa balas.

Dengan reputasi gah Sang Garuda di stadium keramat mereka itu yang pernah meratah Harimau Malaya 5-1 pada saingan peringkat kumpulan pasti mengundang sikap waspada dibenak mental pemain-pemain Malaysia malam ini. Lautan penyokong fanatik Timnas Indonesia pasti memenuhi setiap pelusuk penjuru stadium malam ini yang pastinya tidak mahu melihat pasukan kesayangan mereka tumbang dihadapan mata mereka. Dengan penyokong Garuda yang dianggara akan membanjiri stadium sekitar lebih 83,000 orang sudah tentu menjadi pemain ke-12 yang akan menyemarakkan api perjuangan pasukan mereka.

Namum begitu, jika dilihat kepada tekanan pasukan Harimau Malaya tampak lebih selesa dengan hanya seri pun sudah memadai untuk memeterai nama selaku juara pada edisi kali ini. Pengalaman beraksi di 3 stadium luar sebelum ini iaitu di Jakarta, Palembang dan Hanoi pasti menjadi kelebihan buat anak didik K. Rajagobal yang tampak hadir pada edisi kali ini dengan dahaga kemenangan.

Apa-apa pun sama-sama kita berdoa agar skuad Harimau Malaya terus mengaum di Kota Jakarta sekaligus menyepikan lauatan sorakan penyokong Sang Garuda. Ayuh anak-anak muda Harimau Malaya, Teruskan prestasi unggul kalian..kami amat berbangga dengan persembahan anda...Malaysia Boleh!!!!

Barisan Kemungkinan Skuad Harimau Malaya Malam Ini :
1. Penjaga Gol Kebal Malaysia : Khairul Fahmi Che Mat.
2. Bek Kiri Kubu Berlian Malaysia : Mohd Asraruddin Putra Omar.

3. Bek Tengah Kereta Kebal Malaysia : Mohd Fadhli Shas.

4. Bek Tengah Perisai Sakti Malaysia : Mohd Muslim Ahmad.

5. Bek Kanan Seladang Malaysia : Mohd Sabre Mat Abu.

6. Tengah Bertahan Tembok Malaysia : Amar Rohidan.

7. Tengah Menyerang Cakaran Berbisa Malaysia : Mohd Syafiq Rahim (Captain)

8. Sayap Kanan Harimau Terbang : S Kunalan.

9. Sayap Kiri Sambaran Helang : Mohd Ashaari Samsuddin.

10.Penyerang Gempuran Harimau Benggal : Norshahrul Idlan Talaha.

11.Penyerang Pemusnah Ngauman Harimau Malaya : Mohd Safee Sali.



Tuesday, December 28, 2010

Selepas Laser, Dukun Pula Alasan Mereka

Laser menjadi bualan dikala ini


Selepas skuad kebanggaan kita Malaysia membenam Indonesia cabaran Final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Bukit Jalil, jutaan peminat Sang Garuda menuding jari kepada sikap penyokong Malaysia yang menggunakan pancaran laser sebagai alasan mengganggu kosentrasi pemainan Indonesia malam tersebut.

Setelah diakui jurulatih import Indonesia Alfred Riedl bahawa kesilapan pertahanan yang menyebabkan 3 gol terhasil dan tiada kena mengena dengan ganguan pancaran laser, kini penyokong fanatik Indonesia mengubah topik bahawa kekalahan mereka tempoh hari ada kaitan dengan aktiviti paranomal (Dukun) di Malaysia yang menyantet pemain-pemain mereka supaya beraksi tidak bermaya pada malam tersebut.

Inilah yang dikatakan penyokong mereka tak boleh terima kekalahan. Biasalah, Malaysia pun kalah juga pada perlawanan pertama tempoh hari. Kalah teruk lagi 1-5. Tapi kita tak timbulkan sebarang provokasi pun kepada rakyat mereka. Kita terima kekalahan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Memang adat pertandingan menang kalah tu.

Seperti yang kita tahu pergaduhan maya juga telah berlaku di twitter sampaikan macam nak berperang dengan Malaysia dek hanya kekalahan bola sepak. Tiada sporting spirit langsung. Namun apa yang Garuda dapat simpulkan pada sepanjang perlawanan malam Ahad (27.12.2010) yang lalu, memang rata-rata pemain Malaysia bermain pada aksi seperti biasa pada babak pertama dengan menyaksikan Indonesia juga mempunyai percubaan yang berbahaya pada separuh masa pertama.

Namun seperti disuntik semangat Harimau Malaya oleh pakar taktikal Malaysia K.Rajagobal pada babak kedua permainan Malaysia benar-benar memukau 85,000 penyokong Malaysia dengan permainan pantas yang tidak dapat diikut rentak tersebut oleh pemain-pemain Indonesia. Mereka bermain pada kelas yang tersendiri yang benar-benar menakjubkan dengan hantaran-hantaran tepat.

Disitulah sebenarnya punca kekalahan skuad Sang Garuda dan bukan masalah Laser mahupun Dukun. Kepada penyokong Indonesia patut kita sama-sama rasa bangga kerana kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia sebagai bangsa serumpun berjaya menakluk pentas Asia Tenggara yang sebelum ini dikuasai kuasa-kuasa dari tanah Indochina. Ini yang sepatutnya kita bangga dengan kejayaan kedua-dua negara ini dan bukan kita bercakaran sesama kita.

Menang dan kalah adalah bonus bagi mana-mana pasukan yang berada dipentas final, namun janganlah kita menggadaikan semangat setia kawan yang terbina diantara kita negara serantau. Di malaysia juga ramai bangsa Indonesia mencari rezeki dan kami rakyat Malaysia tak kisah tentang perkara tersebut. Jangan hanya disebabkan sebutir bola yang nilainya cuma RM100 kita nak berbalah sesama kita. Fikir-fikirkan sejenak apa yang Garuda bingkiskan ini.

Memang macam kebetulan nickname Garuda adalah Garuda yang menjadi simbol Kebanggaan lambang Sepak Bola Indonesia dan RimauSakti (Harimau) merujuk kepada simbol Kebanggaan lambang Bola Sepak Malaysia Harimau Malaya. Kedua-duanya ini lambang penyatuan dalam blog Garuda yang meyeru semua penyokong kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi pada pertembungan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno esok (29.12.2010). Jangan ada insiden yang tidak diingini berlaku di sana nanti. Sama-sama kita menyokong dengan semangat sporting kesukanan yang tinggi setanding semangat yang ditunjukan oleh kedua-dua pasukan di atas padang nanti.


SPG : Apapun yang terjadi garuda tetap bersama Rimau Malaya membakar semangat menjelang pertemuan esok. Tak sabar rasanya tak tunggu game esok...hehehehe..Go Malaysia!!!

Friday, December 24, 2010

Ramalan Sotong Paul : Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

Ramalan Paul Malaysia Juara


Patutlah malam tadi rasa nak tidur awal jer. rupa-rupanya Garuda dapat alamat mimpi dari sedara Paul yang dah arwah ni Malaysia bakal dinobat Juara baru Piala AFF Suzuki 2010 pada edisi kali ini.

Betul atau tidak sama-sama kita tunggu aksi sebenar Malaysia dengan Indonesia dalam pertembungan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010 Ahad nie. Garuda ada2 set baju Malaysia yang biru+ kuning tapi tak tahu lagi nak pakai yang mane satu. Hope Malaysia pakai yang Biru ni.. biasanya ade 'ong' bila Malaysia pakai baju biru.

Tapi biar ape pun yang mereka akan pakai hope player Malaysia dapat berjuang bermati-matian hingga titisan keringat terakhir demi mengembalikan maruah bola sepak negara yang semakin tampak sinar kebangkitannya.

Garuda dan jutaan rakyat Malaysia yang lain akan menjadi pemain ke-12 yang akan menggamatkan stadium untuk sama-sama kita mencipta sejarah bola sepak negara melakar kejuaraan pertama piala kejohanan rantau asia tenggara itu. Nantikan ngauman Harimau Malaya...Argguuummm!!!! Jom sama-sama kita turun pakat-pakat kita sokong Malaysia... Bukan selalu dapat rasa macam ni...


SPG : Thanks to bro Paul di atas ramalannya yang memihak Malaysia...Nak sedekahkan Al-fatihah payah lak sebab dia sotong....huhuh..makan sotong goreng tepung jer lah...heheheh

Gulliver's Travels Movie : Penuh Fantasi

Di Pawagam Bermula 23 Disember 2010


Garuda dah layan citer ni, so far ok lah coz banyak bermain dengan imaginasi pengarah filem ini iaitu Rob Letterman. Lama tak tengok cerita orang-orang kerdil ni. Layan jugak bila sekali sekala tengok citer macam nie.

Sedikit mengenai sinopsis cerita ini, Si Gulliver ni kerja sebagai tukang agih surat je di salah sebuah syarikat. Namun secara tak sengaja masa nak usya awek kat pejabat tu dia teroffer diri dia sendiri untuk misi penjelajahan ke segitiga Bermuda. Dalam perjalanannya ke pusat segitiga Bermuda tersebut dia telah tersesat ke satu pusaran tinggi dan sedar-sedar dia telah diikat oleh ribuan orang kerdil di sebuah pulau yang dikenali sebagai Lilliput.

Di dunia baru tersebut, Gulliver adalah raksasa - baik ukuran tubuh maupun ego - terutama setelah dia dilantik menjadi general perang dikerajaan tersebut. Kedudukan Gulliver makin penting apabila dia memimpin teman-teman barunya dalam pertempuran melawan musuh-musuh lama mereka ditengah lautan yang baginya hanyalah sedalam paras dadanya.

Tiket Wayang Gulliver's Travels

Apa akhirnya kisah Gulliver ini, berjayakah dia kembali ke dunianya semula? Yang tu korang sume kena pergi tengok sendirilah kesudahan cerita ni yang pada Garuda menariklah sebab banyak bermain dengan grafik dan mitos orang-orang kerdil. Selamat menonton...


Trailer Filem Gulliver's Travels

Thursday, December 23, 2010

PNB Umum 8.75 Sen Dividen ASB 2010

Pengumuman 7.50 Agihan Pendapatan dan 1.25 Bonus


Alhamdulillah, pengumuman Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bakal mengukirkan senyuman kepada lebih 7 juta pelaburnya setalah mengumumkan pemberian dividen 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 kepada semua pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Agihan tersebut adalah lebih baik berbanding agihan yang diumum PNB pada kewangan berakhir 2009 di mana pemberian dividen 7.3 sen seunit iaitu meningkat 0.2 sen seunit.

Buku ASB

Semua pelabur boleh mengemaskini buku pelaburan anda bermula 3 Januari depan untuk mengetahui jumlah dividen yang bakal diberi oleh PNB. Cuma Garuda rasa kita semua pasti dah buat kira-kira sendiri berapa yang bakal diperoleh nanti.


SPG : Kalau dapat banyak tu belanja2 lah kengkawan...heheheh...

Tuesday, December 21, 2010

Rasuah : Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Dipenjara 56 Tahun

Yusof, Bekas Timbalan Pengarah I Imigresesn


Hari ini Garuda terbaca di dada akhbar tentang hukuman penjara 56 tahun yang dijatuhkan ke atas Bekas Timbalan Pengarah I Jabatan Imigresen Malaysia, Yusof Abu Bakar atas 14 tuduhan rasuah membabitkan RM121,500, dua tahun lalu.

Selain hukuman penjara, beliau juga dikenakan hukuman denda RM620,000 di mana hakim Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan Yusof, 56, hanya perlu menjalankan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh dia didapati bersalah pada 16 November lalu.

Beliau dituduh menerima rasuah antara RM500 hingga RM18,500 daripada pengurus jualan bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warga China, dua tahun lalu. Yusof dituduh melakukan semua kesalahan itu di pejabatnya di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara paling rendah di antara dua tahun dan denda RM10,000, serta maksimum enam tahun dan denda RM92,000 bagi setiap tuduhan.


SPG : Katakan tidak kepada rasuah...Sumber Berita Harian.

Monday, December 20, 2010

Santau Katak Puru : 5 Orang Anggota Polis Menjadi Mangsa

Katak Puru: Menjadi 'Alat' mainan santau


Risiko sebagai anggota polis bukan sekadar ancaman maut melalui senjata moden, tetapi turut diserang melalui cara mistik oleh penjenayah yang menyimpan dendam kesumat apabila kegiatan mereka ditumpaskan.

Itu terpaksa ditempuhi seorang anggota polis hanya mahu dikenali sebagai Hafis dan empat rakan sekerjanya yang kini menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.


Dia dan tiga rakan lain mengalami nasib sama, namun cara santau yang digunakan berbeza. Kata pengamal perubatan tradisional, mereka berempat ditujukan santau angin yang menyebabkan mereka sakit perut. Menurut beliau orang yang menghantar santau itu menggunakan objek seperti paku, jarum, rambut dan tulang babi hutan sebagai ramuan racun yang dimasukkan ke dalam makanan mereka.


Mereka dinasihatkan supaya tidak makan di restoran kegemaran kerana racun santau itu ditujukan terus ke situ. Bukan sekadar melalui makanan, malah racun santau juga akan ‘melekat’ pada badan mereka setiap kali mereka datang ke restoran berkenaan.

Menurut Hafis, 23, akibat perbuatan itu seorang daripada rakannya paling teruk menderita apabila ditujukan santau katak puru hingga menyebabkan perutnya membesar seperti wanita mengandung dan keras seolah-olah diisi pasir dan batu.

Menurutnya, kejadian itu mula mereka sedari awal bulan lalu apabila seorang rakan terbabit memberitahu dia menerima SMS amaran berbunyi ‘siaplah korang, salah satu jarum akan kena pada kau dan kawan-kawan kau yang lain...tunggu je lah hari mati korang’.SMS itu dihantar seorang daripada suspek sindiket mencuri motosikal yang mereka tumpaskan Mei lalu dan dia kini masih dalam proses pengadilan.

Namun, mereka tak ambil berat sangat mengenai SMS itu kerana hal ugut-mengugut dan amaran sudah lumrah dalam kerjaya mereka. Bagaimanapun, kata Hafis, telahannya meleset apabila selang seminggu kemudian, dia menerima khabar seorang rakannya yang terbabit dalam usaha melumpuhkan sindiket mencuri motosikal itu sakit teruk akibat penyakit misteri.


Pengamal perubatan tersebut mengatakan penyakit itu ada kaitan dengan seekor katak puru yang diletakkan dalam kawasan rumahnya dan haiwan itu digunakan sebagai ‘alat’ untuk memastikan ilmu hitam yang ditujukan kepada mangsa lebih berkesan.Lebih menakutkan, pengamal perubatan berkenaan memberitahu jika katak itu tidak ditemui, kawannya itu sukar dipulihkan dan akan menemui ajal perlahan-lahan, katanya.

Hafis berkata, bimbang keadaan rakannya itu, mereka mencari katak dimaksudkan sepanjang malam sehingga ia ditemui di bawah tangga rumah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Dia mendakwa, mereka bernasib baik kerana katak puru itu ditemui awal kerana keadaannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan menandakan rakannya mungkin menemui ajal pada bila-bila masa.


SPG : Dunia sekarang dah maju pun ada lagi benda-benda jahat guna santau nie...



Friday, December 17, 2010

Harga Getah Cecah RM14.13 Sekilogram

Lonjakan harga dijangka kekal hingga Jun 2011


Harga getah yang kini melambung sehingga RM14.13 sekilogram (kg), iaitu paling tinggi dalam sejarah dijangka berkekalan sehingga pertengahan tahun depan berikutan kekurangan bekalan getah akibat perubahan cuaca di negara pengeluar utamanya.

Menurut Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), peningkatan harga getah juga memperlihatkan kecekapan pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam menguruskan sektor komoditi seperti getah dan kelapa sawit. Peningkatan itu secara tidak langsung memberi manfaat kepada 350,000 keluarga pekebun kecil getah di seluruh negara.

Garuda difahamkan, dengan harga sekarang, pekebun kecil getah kini boleh memperoleh pendapatan di antara RM1,500 hingga RM2,000 sehektar sebulan. satu angka yang lumayan yang menjadi durian runtuh buat mereka semua. Rezeki tahun baru..

SPG : Lumayanlah penoreh-penoreh kita..jangan boros berbelanja sudahlah.. ;)

Wednesday, December 15, 2010

Keputusan Piala Suzuki AFF : Malaysia 2 - 0 Vietnam



Tahniah pasukan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia setelah sama-sama kita disajikan dengan pemainan bermutu oleh anak didik K. Rajagopal dengan membenam pasukan juara bertahan Piala Suzuki AFF 2008 Vietnam 2-0.

Tahniah dan terima kasih kepada penjaring kedua-dua gol Malaysia Mohd Safie Sali yang berjaya menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Vietnam pada Sabtu (18/12/2010) ini.

Mohd Safie Sali : 2 gol

Diharap dengan berbekalkan 2 gol ini memberikan bekalan yang selesa kepada pasukan Malaysia untuk melakar sejarah melangkah ke akhir Piala AFF ini yang kali terakhir Malaysia ke Final Pada tahun 1996. Sekali lagi tahniah dan syabas pasukan Malaysia dari Garuda.


SPG : Fuhh!! memang mentop game Malaysia pada 2nd half...good2...

Tuesday, December 14, 2010

Nahas Helikopter : Perginya Inspektor Shukri

Nahas Helikopter jenis Robinson 44 (R-44)

Petang tadi Garuda dikejutkan dengan panggilan dari sahabat Garuda tentang nahas helikopter yang dipandu oleh sahabat Garuda, Allahyarham Insp Shukri Othman di Malim Nawar. Malah nahas kemalangan itu mendapat liputan meluas TV dan akhbar elektronik.

Arwaryarham adalah scuadmate Garuda yang sedang menjalani latihan dibawah Bahagian Latihan Unit Udara PDRM berpangkalan di Perak. Arwah mengikuti kursus latihan penerbangan di Integrated Training And Services berpusat di Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, maut apabila helikopter yang dipandunya terhempas sebelum terbakar di sebuah kawasan lombong di Malim Nawar jam 3 petang (14 Disember 2010).

Helikopter tersebut dikhabarkan mengalami masalah teknikal kerana Insp Shukri sempat menghubungi menara kawalan sebelum kejadian. Namun helikopter berkenaan terhampas juga berdekat lombong lama lalu terbakar. Arwah meninggal ditempat kejadian.

Arwah seorang yang peramah, suka berjenaka dan sangat menghargai nilai persahabatan. Garuda berasa senang semasa bersama Arwah. Inilah adat hidup seorang yang berkorban untuk negara demi mempertahankan keamanan negara. Garuda amat terasa dengan kehilangan sahabat Garuda ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihi olehNya. Al-Fatihah...


SPG : Sama-sama kawan-kawanku kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah...Al-fatihah

Friday, December 10, 2010

Tawaran Pengurangan Saman Polis

Surat Saman Polis


Baru-baru ini pasti semua rakan-rakan pembaca ada mendengar tentang tawaran pengurangan saman oleh PDRM berikutan usaha untuk menggalakkan Orang Kena Saman (OKS) membayar saman mereka dan sekaligus mengurangkan bebanan kadar kompaun saman yang tinggi.

Berikut adalah kadar saman baru bagi setiap kesalahan selepas pengurangan dibuat :

Kadar Kompaun Yang Ditawarkan.
(Klik Gambar Tuk Tumbesaran)


Kadar ini akan kekal 15 hari dari tarikh pengeluaran saman iaitu kadar tawaran 50% diskaun. Kemudian tawaran akan menurun untuk hari ke-16 hingga ke-30 ke 30% diskaun. Dan tiada tawaran untuk saman yang tidak dijelaskan selepas dari jangka masa tersebut.

Jadi inilah masa untuk OKS menyetelkan saman-saman anda. Elakkan dari diblacklist.. Tarikh untuk semua OKS yang tidak membayar saman diblacklist adalah pada 28 Februari 2011.

SPG : Memang mendapat sambutan yang hangat pasal isu pengurangan saman ni. Kaunter pembayaran di Bukit Aman penuh sesak orang bayar saman..huhuhuh.

Tuesday, December 7, 2010

Keputusan Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Laos


Akhirnya Malaysia ke separuh akhir pertandingan Piala AFF Suzuki selepas membelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Palembang, Indonesia. Kemaraan Malaysia juga turut dibantu oleh keputusan perlawanan di antara Indonesia menentang Thailand di mana perlawanan tersebut berkesudahan dengan Tuan Rumah Indonesia menewaskan Thailand dengan 2-1.

Dengan Keputusan tersebut membolehkan Malaysia menghuni tangga ke-2 kumpulan di belakang Indonesia dengan 4 mata untuk ke separuh akhir yang bakal dilangsungkan pada 15hb Disember 2010.

Perlawanan dalam keadaan hujan lebat di Palembang namun para pemain Malaysia tidak berputus asa untuk memastikan tiket ke separuh akhir biarpun tahu keputusan ke separuh akhir terpaksa menumpang tuah Indonesia yang diharap-harap dapat menewaskan Thailand. Untuk rekod Malaysia belum pernah memenangi Piala AFF ini. Terbaik pencapai Malaysia adalah Naib Juara.

Piala AFF Suzuki menjadi rebutan

Berbekalkan keputusan yang memberangsangkan ini, diharap pemain Malaysia dapat mengekalkan momentum kemenangan biar siapa pun lawan di separuh akhir nanti. Syabas kepada para pemain dan jurulatih Malaysia. Pemergian kalian ke separuh akhir diiringi doa jutaan rakyat Malaysia.

SPG : Inilah yang dikatakan hadiah Awal Muharram...Alhamdulillah...

Salam Ma'al Hijrah 1432

Salam 1 Muharram 1432H

Garuda mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru Ma'al Hijrah 1432. Suka untuk garuda kongsi-kongsi pengertian yang anda faham apa itu sambutan Ma'al Hijrah.

Kebiasaannya kita akan dengar dari mulut kebanyakan orang apabila tibanya sambutan Ma'al Hijrah adalah :

1. "Eh! esok Ma'al Hijrah yek?Perg!! cuti la siot. Best-best boleh lepak2 main bowling".

2. "Eh! esok Ma'al Hijrah yek?Wah!! makan free lah kita kat masjid. Menu tahun ni ape yek?".

3. "Eh! esok Ma'al Hijrah yek?Eh!! tahun 1431 ke 1432 yek?".

Walau apapun yang dikatakan kita pasti ada pengertian yang berbeza tentang maksud dan pemahaman kita mengenai sambutan Ma'al hijrah ini. Biarlah pengertian itu memberikan kebaikan dan motivasi yang positif kepada kita sempena membuka lembaran tahun baru.
Apa-apa pun selamat menyambut tahun baru 1432H dari Garuda buat semua rakan-rakan yang sudi mengunjung laman Garuda ini.


SPG : Apa yang korang buat time2 Ma'al Hijrah ni yek?

Friday, December 3, 2010

Perodua Bezza : Kereta Futuristik Pertama Malaysia

Perodua Bezza


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA itu masih pada fasa pertama, bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan.

Jom Layan Wajah Kereta Ni...Hebat-hebat..










SPG : Agak-agak boleh beat Inspira tak?huhuhuh..

Thursday, December 2, 2010

Samuel T Cohen : Perginya Pencipta Bom Neutron

Samuel T Cohen

Los Angeles melaporkan pencipta bom neutron tersohor pada era sekitar tahun 1958 Samuel T Cohen meninggal dunia akibat barah perut pada umur beliau 89 tahun. Beliau yang terkenal sejurus mencipta rangkaian bom neutron iaitu sejenis senjata nuklear taktikal yang membunuh manusia tetapi menyebabkan hanya sedikit kerosakan pada harta benda.

Cohen menyokong bom neutron sebagai pilihan lebih baik dari segi moral kepada senjata nuklear lain. Bom neutron menggunakan partikel halus yang boleh menembusi objek dengan kerosakan kecil tetapi membunuh manusia.

Imej Ledakan Bom Neutron

Amerika Syarikat membangunkan senjata itu pada 1980-an dan beberapa negara lain dipercayai turut memilikinya tetapi bom neutron tidak begitu diterima. Cohen yang berasal dari New York mempelajari fizik di Institut Teknologi Massachusetts dan membantu membina bom atom yang digugurkan di Nagasaki, Jepun.

SPG : Hebat fizik dia nie..

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP