Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan Singapura apabila pertembungan diantara Harimau Malaya dengan Sang Singa yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Jam 8.45 malam bakal menentukan siapa diantara kedua-dua pasukan ini yang akan layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil Zon Asia. Adakah Malaysia dapat memadamkan kelebihan 2 gol Singapura Sabtu lepas dan sekaligus layak ke pusingan seterusnya atau Singapura ampuh mempertahankan kelebihan. Apa ramalan korang semua untuk perlawanan yang dijangka menarik ini? Siapa yang bakal layak?
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Thursday, July 28, 2011
Ramalan Keputusan Perlawanan Malaysia VS Singapura
Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan Singapura apabila pertembungan diantara Harimau Malaya dengan Sang Singa yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Jam 8.45 malam bakal menentukan siapa diantara kedua-dua pasukan ini yang akan layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil Zon Asia. Adakah Malaysia dapat memadamkan kelebihan 2 gol Singapura Sabtu lepas dan sekaligus layak ke pusingan seterusnya atau Singapura ampuh mempertahankan kelebihan. Apa ramalan korang semua untuk perlawanan yang dijangka menarik ini? Siapa yang bakal layak?Thursday, July 7, 2011
Keputusan Undian Pusingan ke-3 Kelayakan Zon Asia Olimpik 2012
Keputusan undian menyaksikan Malaysia diundi bersama-sama jagoan Asia iaitu Japan, Bahrian dan Syria di dalam kumpulan 'C'. Menjadi kebanggan adalah kerana Malaysia merupakan satu-satunya wakil tunggal Asia Tenggara yang tertera bendera dikelompok 12 pasukan terbaik Asia. Tahniah Malaysia dan kejayaanmu kami nanti untuk mencabar pasukan elit Asia ini... Teruskan Mengaum Harimau Malaya......
Labels:
Bahrain,
Japan,
Kelayakan Olimpik 2012,
Malaysia,
Syria
Friday, June 24, 2011
Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Zon Asia 23 JUN 2011
Malaysia sekali lagi mencipta sejarah untuk menempah tempat ke kelompok 12 pasukan terbaik Asia apabila semalam skuad Olimpik negara berjaya membenam ego pasukan Lubnan 2-1 untuk melangkah bergaya ke pusingan ketiga iaitu pusingan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan yang juga pusingan akhir peringkat Zon Asia.Kejayaan bermakna ini hasil kerja kuat jurulatih dan semua pemain yang bermain sebagai satu unit untuk mempertahankan kubu dari dibolosi biarpun bermain dengan 10 pemain apabila Gary Steven Robbat di buang padang pada awal babak kedua perlawanan.
Apapun kemenagan ini akan sekaligus menyuntik semangat pasukan senior kebangsaan yang dijadualkan akan bertembung dengan pasukan Taiwan pada satu lagi siri perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 29 Jun nanti.
Rimau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan negara kerana sekali lagi mengangkat nama negara sebaris dengan nama-nama besar bola sepak Asia dan kini antara 12 pasukan terbaik asia. Tahniah diucapkan...Teruskan usaha dan tingkatkan lagi prestasi permaian kerana lawan selepas ini adalah gergasi Asia..
SPR : Lain-lain pasukan yang layak ke pusingan ketiga, Korea Selatan, Jepun, Australia, UAE, Arab Saudi, Oman, Qatar, Uzbekistan, Syria, Bahrain, Iraq dan Malaysia selaku wakil tunggal Asia Tenggara.
Labels:
Kelayakan Olimpik 2012,
Lebanon,
Malaysia
Thursday, December 30, 2010
Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 : PM Umum Cuti Jumaat (31.12.2010)
Malaysia kembali disegani dirantau ini apabila menjuarai menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dengan membanam cabaran Indonesia malam tadi biarpun tewas 1-2 dalam aksi Final Ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. Bekalan kemenangan 3-0 pada aksi Final pertama di Kuala Lumpur sememangnya menjadi bekalan selesa buat anak buah K.Rajagobal dengan aggregat 4-2.
Gol-gol pada malam ini terhasil melalui Mohd Safee Sali (Malaysia), Mohd Nasuha, Mohd Muslim(o.g)(Indonesia). Dengan gol tersebut maka Safee Sali lantas dinobat selaku peledak terbanyak pada edisi kali ini dengan 5 Gol.
Pemenang Kasut Emas Piala Suzuki 2010 : Safee Sali (Malaysia)Sementara itu penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan Akhir malam ini dengan aksi cemerlangnya terutama menyelamatkan sepakan penalti dari kepten Indonesia Firman Utina pada minit ke-17 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu di dalam kotak penalti.
Pemain Terbaik Perlawanan : Khairul Fahmi Che Mat ( Malaysia )
Pemain Terbaik Perlawanan : Khairul Fahmi Che Mat ( Malaysia )Setelah 90 minit Indonesia menemui jalan buntu untuk merobek gawang Malaysia dan tiupan wisel penamat menoktahkan Malaysia Selaku Juara Baru Piala Suzuki 2010 buat julung-julung kalinya...Pesta ini akan berterusan apabila wira-wira negara ini dijangka pulang ke tanah air esok. Paling Manis apabila Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pada Jumaat (31.12.2010) sebagai cuti umum di atas merai kejayaan Skuad Harimau Malaya membaham Sang Garuda.
Kejayaan mereka kebanggan kita seluruh rakyat Malaysia
Dedicate Lagu Ni Buat Wira-wira Malaysia...Mereka layak dinobat selaku Wira Malaysia

Standing In The Eyes Of The World - Ella
Kejayaan mereka kebanggan kita seluruh rakyat MalaysiaDedicate Lagu Ni Buat Wira-wira Malaysia...Mereka layak dinobat selaku Wira Malaysia
SPG : Garuda rasa bangga jadi anak Malaysia sebab Malaysia kini selangkah kembali disegani paling tidak pun dirantau ini.. Sure ranking Bola Sepak FIFA Malaysia naik pas ni...
Labels:
Final Piala AFF Suzuki 2010,
Malaysia
Wednesday, December 29, 2010
FINAL KE-2 PIALA AFF SUZUKI : Garuda VS Harimau Malaya
Malam ini bakal terukirnya juara baru Piala Suzuki AFF 2010 di mana pertembungan menyaksikan dua buah pasukan terbaik rantau Asia Tenggara dikala ini iaitu Malaysia menentang Indonesia dalam pertemuan panas dengan kelebihan lebih terarah kepada pasukan Harimau Malaya setelah menyakar ego sang garuda dipentas akhir pertama Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan bekalan selesa 3 gol tanpa balas.
Dengan reputasi gah Sang Garuda di stadium keramat mereka itu yang pernah meratah Harimau Malaya 5-1 pada saingan peringkat kumpulan pasti mengundang sikap waspada dibenak mental pemain-pemain Malaysia malam ini. Lautan penyokong fanatik Timnas Indonesia pasti memenuhi setiap pelusuk penjuru stadium malam ini yang pastinya tidak mahu melihat pasukan kesayangan mereka tumbang dihadapan mata mereka. Dengan penyokong Garuda yang dianggara akan membanjiri stadium sekitar lebih 83,000 orang sudah tentu menjadi pemain ke-12 yang akan menyemarakkan api perjuangan pasukan mereka.
Namum begitu, jika dilihat kepada tekanan pasukan Harimau Malaya tampak lebih selesa dengan hanya seri pun sudah memadai untuk memeterai nama selaku juara pada edisi kali ini. Pengalaman beraksi di 3 stadium luar sebelum ini iaitu di Jakarta, Palembang dan Hanoi pasti menjadi kelebihan buat anak didik K. Rajagobal yang tampak hadir pada edisi kali ini dengan dahaga kemenangan.
Apa-apa pun sama-sama kita berdoa agar skuad Harimau Malaya terus mengaum di Kota Jakarta sekaligus menyepikan lauatan sorakan penyokong Sang Garuda. Ayuh anak-anak muda Harimau Malaya, Teruskan prestasi unggul kalian..kami amat berbangga dengan persembahan anda...Malaysia Boleh!!!!
Barisan Kemungkinan Skuad Harimau Malaya Malam Ini :
1. Penjaga Gol Kebal Malaysia : Khairul Fahmi Che Mat.
2. Bek Kiri Kubu Berlian Malaysia : Mohd Asraruddin Putra Omar.
3. Bek Tengah Kereta Kebal Malaysia : Mohd Fadhli Shas.
4. Bek Tengah Perisai Sakti Malaysia : Mohd Muslim Ahmad.
5. Bek Kanan Seladang Malaysia : Mohd Sabre Mat Abu.
6. Tengah Bertahan Tembok Malaysia : Amar Rohidan.
7. Tengah Menyerang Cakaran Berbisa Malaysia : Mohd Syafiq Rahim (Captain)
8. Sayap Kanan Harimau Terbang : S Kunalan.
9. Sayap Kiri Sambaran Helang : Mohd Ashaari Samsuddin.
10.Penyerang Gempuran Harimau Benggal : Norshahrul Idlan Talaha.
11.Penyerang Pemusnah Ngauman Harimau Malaya : Mohd Safee Sali.

Indonesia,
Malaysia
Wednesday, December 15, 2010
Keputusan Piala Suzuki AFF : Malaysia 2 - 0 Vietnam

Tahniah pasukan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia setelah sama-sama kita disajikan dengan pemainan bermutu oleh anak didik K. Rajagopal dengan membenam pasukan juara bertahan Piala Suzuki AFF 2008 Vietnam 2-0.
Tahniah dan terima kasih kepada penjaring kedua-dua gol Malaysia Mohd Safie Sali yang berjaya menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Vietnam pada Sabtu (18/12/2010) ini.
Diharap dengan berbekalkan 2 gol ini memberikan bekalan yang selesa kepada pasukan Malaysia untuk melakar sejarah melangkah ke akhir Piala AFF ini yang kali terakhir Malaysia ke Final Pada tahun 1996. Sekali lagi tahniah dan syabas pasukan Malaysia dari Garuda.
SPG : Fuhh!! memang mentop game Malaysia pada 2nd half...good2...
Labels:
Malaysia,
Piala AFF Suzuki,
Vietnam
Tuesday, December 7, 2010
Keputusan Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Laos

Akhirnya Malaysia ke separuh akhir pertandingan Piala AFF Suzuki selepas membelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Palembang, Indonesia. Kemaraan Malaysia juga turut dibantu oleh keputusan perlawanan di antara Indonesia menentang Thailand di mana perlawanan tersebut berkesudahan dengan Tuan Rumah Indonesia menewaskan Thailand dengan 2-1.
Dengan Keputusan tersebut membolehkan Malaysia menghuni tangga ke-2 kumpulan di belakang Indonesia dengan 4 mata untuk ke separuh akhir yang bakal dilangsungkan pada 15hb Disember 2010.
Perlawanan dalam keadaan hujan lebat di Palembang namun para pemain Malaysia tidak berputus asa untuk memastikan tiket ke separuh akhir biarpun tahu keputusan ke separuh akhir terpaksa menumpang tuah Indonesia yang diharap-harap dapat menewaskan Thailand. Untuk rekod Malaysia belum pernah memenangi Piala AFF ini. Terbaik pencapai Malaysia adalah Naib Juara.
Berbekalkan keputusan yang memberangsangkan ini, diharap pemain Malaysia dapat mengekalkan momentum kemenangan biar siapa pun lawan di separuh akhir nanti. Syabas kepada para pemain dan jurulatih Malaysia. Pemergian kalian ke separuh akhir diiringi doa jutaan rakyat Malaysia.
SPG : Inilah yang dikatakan hadiah Awal Muharram...Alhamdulillah...
Labels:
Laos,
Malaysia,
Piala AFF Suzuki
Subscribe to:
Posts (Atom)