Saturday, December 31, 2011

Os Dan Abon (Osbon) - Juara Maharaja Lawak Mega

Lawak Osbon Pada Final Maharaja Lawak Mega 2011

Benarlah sangkaan orang ramai yang Kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abd Hamid (Mr Os), 50 tahun dan Abon atau nama sebenar Sharizan Ahmad 51 menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM). Tahniah kepada Kumpulan Osbon akhirnya dinobatkan sebagai juara. Setelah 10 minggu mereka mempersembahkan sketsa lawak yang begitu menghiburkan, wang tunai sejumlah RM350,000.00 beserta trofi kemenangan menjadi milik mereka.

sememangnya lawak mereka begitu bersahaja, tidak keterlaluan dan tidak perlu kontrovesi murahan atau 'Double Meaning'. MLM akhir telah dibawakan secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui saluran 132 Astro Warna dan diadili panel juri tetap yang terdiri daripada Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza dan juri jemputan, Aaron Aziz.

Berikut adalah keputusan penuh MLM 2011;

Juara = Osbon (RM350,000 + Trofi)
Naib Juara = Boboi (RM250,00 + Trofi)
Tempat Ke-3 = Saehu (RM150,000 + Trofi)
Tempat Ke-4 = Syok (RM50,000 + Trofi)

Menurut Osbon, mereka tidak mengharap kemenanganini. Mereka hanya mahu menbuat 'Comeback' demi mencari lebih rezeki. Lebih-lebih lagi Os yang katanya secara berseloroh jika menang RM350,000 mahu 'upgrade' teksinya untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya.

Sudut Pandang Rimau : Tahniah Osbon...Osbonnnnn...Peace YOOOOOOO!!!!! (Trademark AC)

Wednesday, December 28, 2011

Pegawai Polis Kena Tetak Ketika Serah Saman


Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan Selasa. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka. “Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd Firdaus. Ahmad berkata suspek berjaya ditahan di tempat kejadian untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 atau Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Mangsa (Mohd Firdaus) telah tiga tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia. Suspek dikatakan ada masalah mental tetapi kita akan rujuk kepada hospital untuk pengesahan,” katanya sambil menambah nilai kerosakan yang dialami kenderaan polis itu dianggarkan RM2,500. Di YAN, Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abu berkata suspek yang turut cedera dalam pergelutan itu kini dirawat di Hospital Yan. Sementara itu, ibu suspek yang enggan dikenali berkata ketika kejadian beliau melarikan diri ke rumah jiran berhampiran.

Beliau berkata anak lelakinya itu, yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik, kurang waras sejak empat tahun lalu namun tidak pernah dirawat. Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata pegawai polis itu dimasukkan ke hospital itu pada 3.24 petang dan kini stabil.

Saturday, December 24, 2011

Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Februari 2012

Lisa Surihani Memilih Yusry Sebagai Teman Hidupnya

Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah pada 23 Februari tahun depan. Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah filem mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.

“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya. Yusry yang sebelum itu pernah berkahwin dengan Erra Fazira tetapi bercerai selepas beberapa tahun hidup bersama manakala ia perkahwinan pertama buat Lisa.


Sudut Pandang Rimau : Harap Yusry dapat kekalkan perkahwinan ini sebab sian kat Lisa tu..Dia patut pilih lelaki yang bujang dan sepadan dengan status dia 'bujang'. Apa pun kalau jodoh tak k mana. Hope kekal ke anak cucu...

Friday, December 23, 2011

Juara Dunia Onani – 9 Jam 58 Minit!

Masanobu Sato Masanobu Pemegang Rekod Beronani Paling Lama

Anda tahukah ada satu pertandingan yang dinamakan “Masturbate-a-thon” yang disertai peserta lelaki dan wanita yang beronani secara terbuka di khalayak umum! Ia diadakan di Amerika Syarikat dan Denmark sejak lebih 10 tahun lalu dengan alasan untuk mengumpul dana bagi aktiviti seks yang sihat. Dan pemenang rekod sehingga kini ialah lelaki Jepun bernama Masanobu Sato Masanobu yang melakukan onani selama hampir 10 jam di 9th Annual Masturbate-a-thon yang diselenggarakan oleh Center for Sex & Culture. Rekod itu dicipta pada tahun 2009.

Sebelumnya di acara yang sama pada tahun 2008, dia menciptakan rekor melakukan masturbasi atau onani selama 9 jam 33 minit. Manakala pada 2009 dia memecahkan rekor baru dengan melakukan onani selama 9 jam 58 menit atau hampir mencapai 10 jam. Sehingga kini belum ada sesiapa yang mampu memecahkan rekod Masanobu. Rekod terdahulu yakni sebelum Masanobu ialah 5 jam 33 minit. Masanobu bukanlah seorang yang pemalu.

Juara dua kali itu mula beronani selama dua jam setiap pagi ketika teman wanitanya melakukan aktiviti harian. Tetapi wanita itu sedikit pun tidak terganggu dengan perilaku Sato. Malah kadang-kadang wanita itu membantunya menjaga masa prestasi. “Dia banyak berusaha, dan saya pula mempunyai hobi saya sendiri,” jelasnya dalam satu klip video. Mementingkan kepuasan sendiri bukanlah perkara mudah. Rupanya, terdapat beberapa latihan sebenar yang diperlukan semasa bersedia untuk pergi lebih jauh.

“Saya berenang dua kali seminggu dan berusaha menambah 5 kilogram otot badan,” dia memberitahu San Francisco Weekly melalui emel. “Ia banyak membantu saya juga, dalam bentuk stamina.”

“The Masturbate-a-thon” ialah satu acara tahunan yang ditaja oleh Center For Sex and Culture di San Francisco, di mana acara tersebut diadakan di satu tempat yang dinamakan “masturbatorium”. Jika seseorang lelaki mengambil bahagian dalam pertandingan, dia mesti kekal terangsang tanpa memancut untuk seberapa lama yang boleh, jelas satu artikel 2010 dalam akhbar San Francisco Weekly. Ada kalanya, acara tersebut menarik lebih banyak lelaki daripada wanita, yang boleh membuatkan sesetengah peserta hilang minat.

Sudut Pandang Rimau : Pelik2 Pertandingan dorg ni...Dunia...Dunia...

Thursday, December 22, 2011

Gempar!!! Kelahiran Bayi Berkepala 2 Di Brazil

Bayi Berkepala Dua, Emanoel dan Jesus

Bayi berkepala dua yang berkongsi jantung, paru-paru dan hati yang dilahirkan di Brazil, kini dilaporkan sihat. Bayi berkenaan diberi nama Emanoel dan Jesus oleh ibunya, Maria de Nazare. Mereka yang mempunyai dua otak itu dilahirkan melalui pembedahan. Menurut pengarah hospital Santa Casa, Neila Dahas, pihaknya mencadangkan kaedah pembedahan selepas imbasan yang dilakukan mengesan kandungan itu adalah kembar namun mempunyai dua kepala.

Ia juga bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi berkenaan. Di sebalik masalah yang dihadapi terutama kelengkapan yang kurang di hospital ini, mereka berjaya menyelamatkan ibu dan bayi tersebut. Ini merupakan satu kejutan besar apabila mendapati bayi berkenaan dilahirkan sihat. Kelahiran bayi kembas siam sering berlaku namun kelahiran melibatkan bayi yang mempunyai dua kepala amat jarang berlaku di dunia.

Ia merupakan kelahiran kedua seumpama ini di Brazil, namun dalam kes pertama, bayi tersebut meninggal dunia selepas satu kepala mengalami kekurangan oksigen apabila satu lagi kepala meninggal dunia. Dalam sesetengah kes, apabila bayi mempunyai kepala, otak di salah satu kepala akan mengalami proses perkembangan yang perlahan bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan. Namun dalam kes ini, Emanoel dan Jesus mempunyai dua otak, sekali gus menyukarkan doktor untuk membuat keputusan sama ada akan membuang kepala itu atau tidak.

Menurut beliau jika kedua-dua kepala bayi itu mempunyai otak, bagaimana hendak memilih kepala mana yang akan dibuang. Mereka tidak mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan dan pada masa dan memilih untuk melihat perkembangan serta pertumbuhan bayi itu terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya 14 kes yang sama berlaku dalam kelahiran bagi tempoh 200 tahun.

Tuesday, December 20, 2011

Perkahwinan Gay Ariff Alfian…Bukan Salah Ibu Mengandung

Baru-baru ini seorang bapa meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu. Anaknya itu adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland. Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian. Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan. Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi. Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin. Tetapi yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana.

Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com. Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas. Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung. Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.

Sudut Pandang Rimau : Moga Berbahagia Sampai Ke "Anak Cucu"

Monday, December 19, 2011

Benarkah Gambar Wanita Boleh Dibogelkan?

Jika Benar Wujud Aplikasi Sebegini, Semua Wanita Di Laur Sana Perlu Lebih Berhati-Hati Bila Post Gambar Di Internet.

Rimau terbaca satu entri di sebuah blog yang mengatakan wujud aplikasi yang dikenali editor x-ray yang kononnya boleh membogelkan orang dalam gambar (klik blog Paaduu). Dalam erti kata lain, jika seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, menggunakan aplikasi itu, maka gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula. Ia kononnya lebih berkesan jika dilakukan ke atas orang yang memakai baju berwarna cerah atau putih.

Lihat gambar di atas sebagai contoh akan apa yang dimaksudkan. Namun, harus diingati bahawa gambar itu walaupun memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya dibogelkan, ia sebenarnya belum tentu sahih lagi. Mungkin ia hasil teknik pertindihan pula. Ini kerana, tidak tahu sama ada aplikasi itu benar-benar berfungsi seperti yang didakwa atau hanya satu jenaka.



Persoalan ini mengingatkan Rimau kepada cermin mata x-ray yang kononnya membolehkan pemakainya melihat wanita dalam keadaan bogel yang popular tahun 1980-an dahulu. Namun, cermin mata itu terbukti satu penipuan. Entah berapa ramai yang termakan penipuan seumpama itu dan rugi duit beli cermin mata berkenaan. Mungkin sejajar dengan perkembangan zaman, kini wujud pula dakwaan yang kononnya gambar boleh di x-ray sehingga orang dalam gambar berkenaan berada dalam keadaan bogel.

Meniliti beberapa klip dan penerangan di internet, Rimau mendapati memang ada aplikasi seperti yang dinyatakan, namun ia tidak berkemampuan untuk membogelkan gambar seseorang itu. Ia lebih kepada menjadikan pakaian dalam seperti coli kelihatan lebih menyerlah daripada biasa. Apalikasi itu juga tidak mampu tembus jika wanita memakai pakaian dalam. Jika tidak pakai…maka ia boleh menampakan susuk tubuh seseorang wanita di bahagian tertentu.

Tidaklah jelas 100 peratus, namun cukup untuk memalukan seseorang itu. Apa pun, yang Rimau turut tertarik dalam entri blog berkenaan ialah peringatan kepada wanita jangan semena-mena memuat naik gambar diri mereka di laman-laman sosial seperti Facebook. Ada benarnya nasihat itu. Kalau pun gambar anda tidak boleh dibogelkan sepenuhnya, namun ia masih mampu dimanipulasi dan disalah gunakan ke satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray. Jadi berhati-hatilah sedikit dengan gambar yang ingin anda letakkan.

Rimau bukan seorang yang arif mengenai hal-hal seperti itu, dan amat menghargai jika ada di kalangan pembaca yang arif dapat berkongsi maklumat lanjut mengenai isu ini melalui ruangan komen di bawah. Pandangan yang positif dan membantu amat dialu-alukan. Terima Kasih

Thursday, December 15, 2011

Baitul Ateeq: Keajaiban Dunia Yang Terunggul Sepanjang Zaman

Kaabah Kiblat Umat Islam

Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia. Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim. Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.

Aktress Sun FeiFei Terdedah Coli Di Karpet Merah

Sun FeiFei Yang Panik

SEORANG aktress wanita di China, Sun FeiFei berdepan saat yang paling memalukan di Anugerah “Men of the Year 2011″ apabila gaun labuh yang dipakainya terlucut akibat dipijak selepas bergambar di karpet merah ahad lalu. Ketika kejadian itu, Pelakon cina itu sedang berjalan di karpet merah bersama seorang Pengacara Televisyen yang dikenali sebagai Fang Ling. Mereka kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas di karpet merah itu.

Selepas bergambar,Sun terus berjalan dan tanpa disedari ketika bergambar beriringan, Fang Ling telah terpijak pakaiannya menyebabkan pakaiannya terlucut sehingga menampakkan colinya. Sun terkejut dan dengan serta-merta menarik pakaian manakala pembantu beliau bergegas ke arah Sun dan membawa kot untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah. Sun dikatakan meninggalkan majlis itu sejurus selepas itu tanpa menanti majlis penganugerahan berlangsung.

Keadaan Tali BajuNya Dipijak

Daripada keadaan ketika kejadian, ada yang mengesyaki sesuatu tentang gerak tubuh dan riak wajah Sun apabila bahagian dadanya yang telah dibedah untuk menambah cantikannya separuh terdedah di hadapan kamera wartawan. Ia seakan-akan komedi di mana Sun menunjukkan wajah terkejut dan seakan-akan tidak berpuas hati manakala Fang yang terpijak mengambarkan mimik wajah terkejut. Ia seolah-olah dirancang untuk mendapatkan publisiti murahan untuk menaikkan nama apabila tahap popularitinya dikatakan semakin merosot.

Tindakan Pantasnya Menutup Bahagian Yang Sensitif

Ketika sesuatu majlis anugerah berlangsung, kebanyanyakkan artis gemar menayangkan bentuk tubuh dan dada selagi tiada pengharaman keras ke atas isu ini dilaksanakan oleh kerajaan dan Sun dikatakan mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk meraih populariti. Terdapat beberapa pihak yang bersimpati dengan keadaan di mana artis seperti Sun begitu terdesak untuk meraih perhatian dengan mencipta publisiti murahan untuk meraih populariti ketika karier mereka di ambang kejatuhan.

Wednesday, December 14, 2011

Lelaki Dihukum Sebat 2,080 Kali Kerana Rogol Anak Sendiri Di Arab Saudi

Hukuman Sebat Kepada Perogol Di Arab Saudi

Seorang bapa dari Arab Saudi dijatuhkan hukuman sebat 2,080 kali oleh mahkamah Arab Saudi kerana didapati bersalah merogol anak perempuannya, mengikut undang-undang syariah di sana. Walaupun si bapa mengatakan beliau melakukan sedemikian atas pengaruh dadah dan tidak sedar semasa melakukannya, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman tersebut sebagai pengajaran buat rakyat negara itu. Menurut sumber polis, tertuduh ditangkap oleh seorang bapa saudara kepada anak gadis tersebut. Bagaimanapun tidak dinyatakan identiti bapa berkenaan. Sekiranya hukuman sebegitu dilaksanakan di negara ini, jumlah kes rogol pasti akan menurun dengan drastiknya.

Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 di Malaysia ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes. Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang. Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).

Mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya didapati menghidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi. Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Dan dikalangan masyarakat yang memegang adat yang kuat, umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap sebagai seorang yang ‘rosak’.

Mangsa-mangsa akan menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa ‘kotor’ ataupun berasa bahawa dia yang bersalah hingga sampai ke peringkat hendak membunuh diri! Begitulah teruknya kesan psikologi terhadap mangsa rogol, apatah lagi jika yang merogol itu darah dagingnya sendiri. Atas faktor itu, agak-agaknya memang patut tak mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 2,080 ke atas pesalah di atas?

Monday, December 12, 2011

Datin Ghairah Yang Mengghairahkan

Tajuknya saja sudah mendebarkan dada. Apatah lagi bila dinobatkan yang pelakon utamanya ialah Maria Farida, pelakon yang sering dikaitkan dengan imej seksinya. Nak tahu tagline filem ini: ” Hidup mesti seksi tapi jangan seksa “

Tak mahu komen banyak sebab belum tengok filem ini tetapi berdasarkan trailer filem itu di Youtube, nampaknya imej seksi Maria dan elemen ghairahnya memang ada. Adakah sudah menjadi trend dalam filem Melayu ketika ini untuk memasukkan elemen berbau seks dalam karya mereka? Dalam filem Ombak Rindu sebagai contoh, elemen sebegini agak ‘kuat’ dipaparkan…dan nampaknya ia diteruskan dalam Datin Ghairah. Bezanya Datin Ghairah lebih berbentuk komedi romantik berbanding Ombak Rindu yang sarat dengan kisah cinta yang melankolik.

Difahamkan, walaupun filem itu belum lagi ditayangkan, Maria Farida sudah pun bersedia dengan kritikan yang mungkin akan dilemparkan kepadanya kelak gara-gara imej seksi dan menggoda yang ditonjolkannya di dalam filem tersebut. Mari kita dengar apa kata Maria Farida mengenai filem berkenaan;

“Saya rasa, penonton mungkin akan mengkritik cara pemakaian saya dalam filem tersebut. Tapi, saya tidak rasa ia terlalu ‘over’. Nak kata saya seksi sangat pun, tidak lah juga. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan.

“Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja. Tengoklah pula jalan ceritanya macam mana. Lagipun, ini adalah filem komedi dan sejujurnya, saya tidak rasa ia melampau,” katanya.

Namun berdasarkan sinopsis filem ini, tak nampak pula yang ia mengenai filem seorang Datin yang penuh berahi. Namun, ia sebenarnya merujuk kepada seorang wanita berstatus Datin yang bernama Ghairieyah. Mengikut sinopsisnya, Datin Ghairieyah atau lebih dikenali sebagai Datin Ghairah adalah balu kepada arwah Datuk Mahfuz, seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia.

Emelia dan Emelda ialah dua orang anak hasil perkongsian hidup mereka selama hampir 20 tahun bersama. Setelah hampir dua tahun Datin Ghairieyah berstatus janda, dia bangkit untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya. Dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayar perniagaannya. Sufian yang merupakan rakan karib arwah Datuk Mahfuz sedaya upaya cuba untuk memikat Datin Ghairieyah demi kepenti­ngan perniagaannya.

Akhirnya hubungan antara Datin Ghairieyah dengan Sufian semakin intim. Perbuatan dan sikap Sufian yang licik tidak sedikit pun menimbulkan curiga di hati Datin Ghairieyah. Apa-apa ajalahkan…kalau berdasarkan tajuk, rasa mudah saja filem ni nak pecah panggung. Namun harus diingat, penonton kita makin makin bijak, letaklah tajuk apapun…Mona Gersang ke, Bohsia Oh! Bohsia ke…kalau dah hampeh tu, hampeh jugaklah kan.

Thursday, December 8, 2011

Gerhana Bulan Penuh Akan Berlaku 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh Akan Berlaku 10 Disember 2011

Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini. Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana. Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid.

Kejadian itu amat besar hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik. Melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam. Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit. Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah. Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Sudut Pandang Rimau : Mesti tengok ni...macam mane meriahnyer tengok bola...Maha Suci Allah yang berkuasa menjadikan sesuatu sebagai peringatan kepada sesiapa yang berfikir...

Wednesday, December 7, 2011

Safee Sali Jaringkan Gol Bantu Pelita Jaya Tewaskan Persiram 07-12-2011

Keputusan Penuh Pelita Jaya vs Persiram 07-12-2011

Pelita Jaya 2 - 1 Persiram

Safee Sali (Kapten Pasukan Pelita Jaya)

Gol Pelita Jaya dijaringkan oleh Mohd Safee Sali pada minit ke-45 dan Joko Sasongko pada minit ke-60. Gol saguhati Persiram dijaringkan pada minit ke-89 oleh Nehemia Bill Solossa. Pasukan Persiram sebenarnya dibarisi bintang-bintang yang antaranya OKTOVIANUS MANIANI yang menjadi tunggak Indonesia pada Timnas mereka. Dengan kemenangan itu Pelita Jaya melonjak ke tangga ke-10 dengan mengumpul 3 mata. Tahniah Safee Sali dengan jaringan sulungnya dalam kancah Liga Super Indonesia 2011/2012. Harap dapat mengharumkan lagi nama negara dinegara Indonesia...

Gempar Bila Pendakwah Terkenal Boleh Terbang!

Ustaz Amin

Orang dulu-dulu kalau boleh terbang dan jalan atas air, ‘confirm’ akan digelar mahaguru. Namun pendakwah terkenal yang juga hos program Tanyalah Ustaz di TV9 , Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin mengejutkan ramai pihak apabila berjaya membuktikan kemampuannya terbang dan mengapungkan diri di udara baru-baru ini. Lebih mengejutkan lagi, beliau yang sering muncul di kaca TV dan ceramah-ceramah agama di seluruh negara bukanlah seorang pengamal ilmu batin atau persilatan yang sering dikaitkan dengan perkara-perkara berkenaan

Sebenarnya kemampuan-kemampuan sebegini bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya jika tanpa ilmu di dada. Namun Ustaz Amin membuktikan bahawa beliau boleh melakukannya. Lebih menakjubkan beliau melakukannya tanpa menggunakan sebarang jampi serapah yang menyesatkan.

Sebenarnya yang dimaksudkan ialah Ustaz Amin berjaya menamatkan kursus asas payung terjun dan berjaya dalam penerjunan solonya setinggi 3,000 kaki baru-baru ini. Ini merupakan satu sejarah kerana, tak pernah dengar seorang ahli agama macam Ustaz Amin yang menceburi sukan lasak payung terjun ini.

Ustaz Amin Membacakan Doa Sebelum "Terbang"

Ini kata Ustaz Amin mengenai sukan payung terjun yang disertainya itu; ” Memang, secara peribadi, sukan ini sangat bagus untuk melatih hubungan kita dengan Allah.” Ia juga sangat bagus untuk melatih kita mengawal emosi takut kita kerana dalam diri manusia ada tiga emosi yang kalau kita matang di dalam mengendalikannya, maka separuh ketenangan telah Allah berikan pada kita.

” Ia adalah perasaan marah, takut dan sedih. Sebab itu banyak dalam al-Quran Allah menyatakan orang beriman, tidak dia merasa takut dan bersedih.”

Ustaz Amin Melakukan Pendaratan Yang Sempurna

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah adalah sebahagian amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian. Ini bertepatan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani. Katanya: “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini jelas membuktikan Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.

Monday, December 5, 2011

Pepsi, Coca Cola & 7Up Dicemari Virus AIDS?


Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV. Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut. Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.

“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.

(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.

Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),” katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008. Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.

“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.

(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),” kata laman web CDC tersebut.

Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari SINI

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP