Sunday, February 24, 2013

Suami Saman Isteri Sebab Lahirkan Anak Hodoh


Lelaki China Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Berwajah Hodoh.

Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu. Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh". Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.

Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu. Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.

Saturday, February 23, 2013

Awas Dengan Miss Call



Perhatian Utk Semua Rakan-Rakan Blog...

Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. 

Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut. 

Beringat sebelum terkena...

Thursday, February 21, 2013

Kenaikkan ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) Dan COLA (Elaun Sara Hidup) Kakitangan Kerajaan 2013



Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Dan Elaun Sara Hidup (COLA) – PM Dijangka Umum Sebelum PRU13 | Cuepacs diberitakan sudah menghantar tuntutannya kepada Ketua Setiausahana Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa berhubungan kenaikan elaun penjawat awam. Tuntutan itu akan dikaji oleh kerajaan dan jika diluluskan ianya dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13.

Antara yang dipohon oleh Cuepacs kepada Kerajaan adalah :

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
  • Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
  • Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
  • Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
  • Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
Semua perkara yang dituntut oleh Cuepacs ini akan dikaji semula oleh Kerajaan dan ianya tidak semestinya akan diluluskan. Apapun harap ada sesuatu yang istemewa buat penjawat awam sebelum pilihanraya ke-13 nanti.

Kredit : Berita Semasa

Wednesday, February 20, 2013

Kelebihan Minum Susu Bapa


Antara Kelebihan Susu Bapa

1. Tak Perlu Nak Cover Line.
2. Tak Perlu Risau Stok Abis Sebab Boleh Topup Kalau Abis.
3. Puting Boleh Ditukar Kalau Koyak Digigit Anak Yang Ganas.
4. Tak Perlu Pakai Bra.
5. Tak Perlu Risau Risiko Kanser Payudara...

Selamat Mencuba... ;P 

Tuesday, February 19, 2013

Ujian Mata Siri 5

Jom Peningkan Kepala..Mana satu gambar sebenar?

Monday, February 18, 2013

Ujian Mata Siri 4

Apa yang anda nampak dalam gambar di atas? Komen sikit kalau korang nampak something dalam gambar tu..


p/s : Kalau nak bagi clear tgk la dari setiap sudut..pasti korang akan nampak sesuatu..paling jelas dari sudut atas..selamat mencuba.. ;P

Sunday, February 17, 2013

Aksi Curi Motor : Peringatan Kepada Pemilik Motor


Kepada semua pemilik motorsikal beringat sebelum terkena. Sila kunci betul-betul motor anda tak cukup sekadar kunci tengkuk saje..Jom tengok aksi di bawah..

Apa korang nak buat kalau jumpa mamat ni?

Saturday, February 16, 2013

Ujian Mata Siri 3

Siapa dalam gambar di atas???
Sekarang cuba kecik kan mata (macam nak sepet) sambil tengok gambar tu..
Siapa pulak yang anda nampak???

Friday, February 15, 2013

Hari Yang Memenatkan..

Masa Untuk Rehat...

Thursday, February 14, 2013

Kehebatan Kalimah Syahadah

Maha Suci Allah..Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana..Subhanallah...

Wednesday, February 13, 2013

Bahana Bila Call Free


Mamat ni sanggup call awek dia walaupun terpaksa bersantai atas jalan. Agak-agak korang sanggup buat macam ni demi kekasih tersayang?huhuhuh

Tuesday, February 12, 2013

Confirm Selamat Ke?

Selamat ke kunci macam ni?

Monday, February 11, 2013

Kesalahan Yang Kerap Dilakukan Semasa Ops Selamat II


OPS SELAMAT II: MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU.
KAEDAH 17A DALAM KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS JALAN 1959 (LN166/1959)

Setiap pemandu semasa memandu kenderaan bermotor di atas jalan raya tidak boleh menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa alat lain melainkan ia digunakan melalui suatu alat tanpa perlu dipegang.

Saturday, February 9, 2013

Cara Buat Trick Masukkan Telur Dalam Botol

Magik yang simple yang kita tak pernah tahu..jom layan kat bawah ni..  

Thursday, February 7, 2013

Zizan Keluar Dating Dengan Neelofa

Gosip pengacara MELODI (Zizan) dengan pengacara MELETOP (Neelofa) semakin menjadi kenyataan apabila mereka berdua keluar dating bersama bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan..Jom layan gambar di bawah.






Wednesday, February 6, 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) 17 FEBRUARI 2013


Terdapat 3,646 kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada FEBRUARI 2013. Jawatan perkidmatan awam yang dibuka untuk permohonan bulan februari 2013.
1. Penolong Pegawai Pendaftar - 13 kekosongan.
2. juruteknik Langskap - 4 kekosongan.
3. Latihan Separa Perubatan -3, 390 kekosongan.
4. Penguasa Penjara - 27 kekosongan.
5. Penolong Penguasa Penjara - 156 kekosongan.
6. Pembantu Laut - 39 kekosongan.
Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2013
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi SPA di SINI

Tuesday, February 5, 2013

Semakan Status Permohonan BR1M 2.0


Baru-baru ini kerajaan telah mula memberikan BR1M 2.0 kepada pemohon-pemohon yang layak. Pemohon-pemohon BR1M 2.0 boleh membuat semakan status permohonan mereka dengan menghubungi talian hotline 1800-22-2500 atau 1300-88-3010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang pada hari bekerja untuk memeriksa status permohonan.

Ataupun menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Email akan dibalas secepat mungkin. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.
Setelah mendapatkan baucar berkenaan, bolehlah ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai. Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, anda perlu mengisi borang rayuan dengan segera dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my. Tempoh penyerahan borang BR1M 2.0 itu dilanjutkan sehingga 10 Februari 2013.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan sehingga 15 Mac 2012 mengikut jadual. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.

Monday, February 4, 2013

Hina Rasulullah: Mc Donald Tarik Balik Power Rangers



Syarikat makanan segera Mc Donald Arab Saudi menarik mainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama pakej menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut. Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah paham akibat munculnya aktivis islam dari pelbagai kalangan atas mainan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

Tulisan nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) tampak jelas terlihat di tapak mainan tempat pijakan kaki Power Rangers tersebut. Ketika dimainkan, maka sambil berputar kaki super hero itu akan bersentuh nama Nabi Muhammad SAW sehingga kelihatan nama Nabi Muhammad SAW diinjak oleh super hero tersebut.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP