Tuesday, December 31, 2013
Selamat Tinggal 2013
Tinggal beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2013 dan akan menjengah tahun 2014. Tahun 2013 adalah tahun yang penuh dengan kenangan pahit manis yang seharusnya kita jadikan sebagai panduan kita bagi membentuk tahun yang lebih gemilang pada 2014.
Semoga tahun baru memberikan sinar harapan yang lebih gemerlap untuk kita semua...Ikhlas dari Admin.
Wednesday, December 11, 2013
Tarikh Keramat Ke 11.12.13 Ni?
Hari ni adalah 11 Disember 2013 yang ramai mengatakan tarikh keramat yang hanya akan kita temui lagi 800 tahun akan datang. Namun sejauh manakah tarikh keramat ini benar-benar memberi impak kepada kehidupan kita pada hari ini?
Apa pun persepsi anda janganlah kita terlalu taksub dengan nombor semata-mata. Apa yang penting kehidupan kita seharian akan menjadi hari yang terbaik buat kita sekiranya kita sentiasa berusaha untuk menjadikan setiap hari adalah hari yang paling cemerlang untuk kita. Tidak kiralah apa juga yang bakal, sedang atau akan kita lakukan. Paling penting adalah setiap hari kita mendapat keredhaan dari yang Maha Pencipta. Renung-renungkan dan selamat beramal..
Subscribe to:
Posts (Atom)