Suka hati
Garuda mlm ni sebab pasukan
UnderDog pilihan
berjaya menumbangkan juara bertahan
TM Piala Malaysia 2009 Negeri Sembilan 1-0 dengan perlawanan yang dikuasai penuh oleh pasukan NS disepanjang perlawanan.
Apa yang lebih menarik aksi separuh akhir
Piala Malaysia pertama ini berlangsung dihadapan ribuan penyokong setia Sang Rusa di Stadium Pario Seremban, NS. Namun semangat kental bertahan yang ditunjukkan oleh anak buah Azuan Zain membuahkan hasil selepas kesilapan penjaga gol NS membolehkan penyerang upahan
Mohd Ezaidy Mohd Khadar meledak gol pada
minit ke-89 melebur impian NS untuk membawa bekalan selesa ke Pasir Gudang sabtu ini untuk perlawanan timbal balik.
Sebaliknya NS kini berhadapan tugas sukar untuk mempertahankan Piala Malaysia dengan kelebihan 1 gol
ditempat lawan. Harus diingat diperingkat suku akhir
layak ke separuh akhir selepas kelebihan gol ditempat lawan mengatasi Pahang miskipun seri 2-2.
Skuad Ampuh Apa pun sejarah bakal ditempa
sekiranya dapat mengekalkan kelebihan 1 gol untuk kali pertama ke pentas Final Piala Malaysia untuk menjadi kelab kedua ke final selepas MPPJ Selangor melakukannya sebelum ini. Itu pun MPPJ dibarisi bintang import. Kali ni
hadir dengan barisan anak tempatan.
Garuda selaku anak jati Johor tetap dibelakang
menjadi pemain ke-12 yang akan turut menyumbang kemantapan skuad Si Lebah ini. Lain-lain keputusan separuh akhir pertama,
Kedah 0 - 0 Kelantan. Perlawanan berlangsung di Stadium Darul Aman Kedah. Teruskan aksi hebatmu
...Chayok-chayok...
SPG : Lama rasanya Garuda tak tengok team Johor dipentas Final Piala Malaysia. Last kalau tak silap tahun 1991 Johor kalahkan Selangor 3-0. Tu Masa zaman ade Ervin Boban..dia skor hatrik final..Harap-harap kali ni buat lak..