Showing posts with label Blacklist. Show all posts
Showing posts with label Blacklist. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Tawaran Pengurangan Saman Polis

Surat Saman Polis


Baru-baru ini pasti semua rakan-rakan pembaca ada mendengar tentang tawaran pengurangan saman oleh PDRM berikutan usaha untuk menggalakkan Orang Kena Saman (OKS) membayar saman mereka dan sekaligus mengurangkan bebanan kadar kompaun saman yang tinggi.

Berikut adalah kadar saman baru bagi setiap kesalahan selepas pengurangan dibuat :

Kadar Kompaun Yang Ditawarkan.
(Klik Gambar Tuk Tumbesaran)


Kadar ini akan kekal 15 hari dari tarikh pengeluaran saman iaitu kadar tawaran 50% diskaun. Kemudian tawaran akan menurun untuk hari ke-16 hingga ke-30 ke 30% diskaun. Dan tiada tawaran untuk saman yang tidak dijelaskan selepas dari jangka masa tersebut.

Jadi inilah masa untuk OKS menyetelkan saman-saman anda. Elakkan dari diblacklist.. Tarikh untuk semua OKS yang tidak membayar saman diblacklist adalah pada 28 Februari 2011.

SPG : Memang mendapat sambutan yang hangat pasal isu pengurangan saman ni. Kaunter pembayaran di Bukit Aman penuh sesak orang bayar saman..huhuhuh.

Tuesday, October 5, 2010

Saman PBT Disenarai hitam JPJ : Setuju Ke?

Saman PBT : Wajarkah ianya di'blacklist'kan?


Baru-baru ini Garuda ada terlihat dikaca televisyen tentang cadangan pihak kerajaan untuk melaksanakan tindakan menyenarai hitam pesalah yang menerima saman dari pihak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), macam DBKL,MPKj,MBPJ dan sebagainya.

Untuk makluman, saman kesalahan lalulintas yang biasa dikeluarkan oleh PBT adalah kesalahan meletak kenderaan (parking) ditempat yang tidak sewajarnya. Contoh ditepi parit, kaki lima jalan dan sebagainya.

Jadi tindakan menyenarai hitam pesalah-pesalah ini dengan JPJ akan menyebabkan mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan permit kenderaan.

Belum pun sempat kita menerima berita baik penangguhan senarai hitam pesalah tangkap laju PDRM hingga Februari 2011, timbul pula isu cadangan senarai hitam saman PBT. Adakah perkara ini wajar dilaksanakan kerana matlamatnya adalah untuk mendisiplinkan rakyat Malaysia dalam penggunaan lalulintas?Adakah tindakan ini akan mengatasi masalah letak kenderaan terutama dibandar-bandar besar?Atau bakal membebankan lagi rakyat?

Manakan tidak Garuda bercakap perkara ini, sedangkan saman PDRM yang hendak disenarai hitamkan JPJ pun mendapat rungutan rakyat inikan pula nak wujudkan satu lagi mekanisma senarai hitam JPJ saman PBT.

Pada hemat Garuda, Pihak PBT harus memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah ini dengan menambahkan kawasan letak kenderaan dan menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam bukan menghukum rakyat dengan cara sebegini.

SPG : Dari PBT blacklist JPJ ada lebih baik tunda jer kenderaan yang buat salah tu. Paling kurang pun kalau pas diorang bayar kompaun dapat balik kenderaan diorg taklah payah-payah nak blacklist. Macam ni --> Klik

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP