Friday, November 25, 2011

Laman Web 1Malaysia Digodam Fanatik Indonesia!

Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai telah digodam pagi ini. Tinjauan ke laman tersebut hanya menemukan paparan yang memberitahu ia sedang dikemas-kini. Laman tersebut digodam dengan penggodam meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.

Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat ‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan. Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu. Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar.

Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Bagaimanapun, perkara ini dijangkakan akibat dari sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan mengodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan. Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu.

Thursday, November 24, 2011

Wanita Yahudi Sokong Aliaa Bogel

40 wanita Israel Berbogel Dengan Hanya Menutup Kemaluan Mereka Dengan Sehelai Kain Rentang.


Diilhamkan oleh tindakan berani Aliaa Elmahdy, seramai 40 wanita Israel berposing bogel untuk satu gambar – dengan memegang kain rentang untuk menutup kemaluan. Kain rentang tersebut tertulis ‘Homage to Aliaa El Mahdi. Sisters in Israel (Penghormatan kepada Aliaa El Mahdi. Saudari dari Israel) dan slogan ‘Love without Limits’ (Sayang tanpa Batasan), dalam bahasa Arab dan bahasa Ibrani. Kumpulan berkenaan diketuai oleh Or Templar, 28, yang menubuhkan sebuah kumpulan di laman sesawang rangkaian sosial mengajak wanita menyertainya dengan menepikan perbezaan politik mereka untuk meluahkan sokongan.

Dalam Facebook, Templar menulis: “Mari kita beri dunia satu alasan baik untuk melihat kecantikan unik wanita Israel. “Tanpa mengira sama ada mereka orang Yahudi, Arab atau lesbian – kerana di sini, mulai sekarang, ia tidak penting. “Mari kita tunjukkan kepada orang yang ragu-ragu yang wacana antarabangsa kita tidak bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Rancangan Templar adalah respon kepada Aliaa yang memuat naik gambar bogelnya dengan hanya memakai stoking dan kasut merah di blognya minggu lepas. Mesir kini sedang bersiap sedia untuk pilihan raya berikutan pengusiran Presiden Hosni Mubarak. Aliaa, yang mendakwa dirinya seorang ateis (tiada agama) baru-baru ini berhenti belajar di universiti dan berkeras bahawa dia akan terus berjuang untuk kebebasannya. Dia memberitahu CNN: ‘Wanita Islam akan sentiasa menjadi objek untuk digunakan di rumah. ‘Seksisme menentang wanita di Mesir adalah penuh khayalan, tetapi saya tidak akan pergi ke mana-mana dan akan berperang sehingga penghujung. ‘Ramai wanita memakai tudung hanya untuk melepaskan diri daripada gangguan dan dapat berjalan-jalan di jalanan.

‘Saya seorang yang percaya kepada setiap perkataan yang saya tuturkan dan saya sanggup untuk hidup dalam bahaya dengan ancaman yang saya terima untuk mendapatkan kemerdekaan sebenar yang semua rakyat Mesir sedang berjuang untuk dan hampir mati untuknya setiap hari,” kata Aliaa mempertahankan tindakannya berbogel.

Sudut Pandang Rimau : Dunia diakhir zaman....Bersegeralah kita mempertingkatkan amalan..

Tuesday, November 22, 2011

Video Penuh Sepakan Penalti Malaysia vs Indonesia Final Bola Sepak Sukan SEA 2011

Aksi Penuh Sepakan Penalti Perlawanan Akhir Acara Bola Sepak
Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 2011

Keputusan Penuh Malaysia vs Indonesia Final Bola Sepak | Sukan SEA 2011

Akhirnya selepas kita tidak selesa bernafas sepanjang tempoh perlawanan 120 minit perlawanan penuh, akhirnya penantian dan jeritan kita sepanjang malam ini berbaloi apabila Skuad Harimau Muda negara dengan ganas membaham Sang Garuda menerusi penentuan sepakan penalti dengan kemenanagan 4-3 pada aksi yang penuh dramatik dalam perlawanan akhir penentuan pingat emas acara Bola Sepak SUkan SEA ke-26 2011 Jakarta.

Terdahulu Indonesia dihadapan seawal minit ke-5 apabila bola yang berpunca dari sepakan sudut Oktavianus disambar pemaian pertahanan Gunawan Dwi Cahyo untuk meletakkan Indonesia dihadapan sekaligus menggamatkan Stadium Gelora Bung Karno yang dihadiri lebih 80,000 sorakan peminat fanatik Indonesia yang sekali lagi menenggelamkan lagu Negaraku di awal perlawanan bermula.

Harimau Muda Membahan Sang Garuda Muda

Namun Rimau melihat permainan pemain-pemain muda negara tidak sedikit pun patah semangat apabila selepas gol tersebut Malaysia bangkit dengan aksi yang lebih tersusun dan yang terbaik setakat ini Rimau lihat sepanjang mereka di Sukan SEA. Hantaran tepat, tidak mudah hilang bola dan tenang mengawal perlawanan untuk memberi tekanan kepada Indonesia dan hasilnya Asraruddin Putra Omar menanduk cantik bola hantaran Baddrol Bahtiar untuk meletakkan Malaysia menyamakan kedudukan 1-1.

Selepas aksi diseparuh masa kedua kekal dengan kedudukan 1-1, perlawanan diheret ke masa tambahan 30 minit bagi mencari 'silver goal'. Namun setelah selesai 120 minit perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti dan berikut adalah senarai pemain Malaysia yang melakukan sepakan penalti tersebut :

1. Mahali Jasuli - Gol
2. Fandi Othman - Gol
3. Fakri Saarani - Tidak Gol
4. Fadhli Shas - Gol
5. Baddrol Bakthiar - Gol

Aksi Khairul Fahmi selepas menyelamatkan sepakan penalti.

Tidak dilupakan wira Harimau Malaya pada malam ini sudah pasti Khairul Fahmi Che Mat selepas menidakkan 2 penalti Indonesia sekaligus membawa Malaysia membutirkan pingat emas bola sepak Malaysia untuk 2 kali berturut-turut selepas memenanginya pada 2009 di Vietnam. Ape pun di Stadium Bung Karno Jakarta...Sang Garuda Patah Sayap Dibaham Harimau Malaya...AUUUMMMM!!!!!

Sudut Pandang Rimau : Tahniah dan terima kasih buat seluruh pemain-pemain Malaysia yang menunjukkan permainan terpuji pada Sukan SEA pada kali ini... Harimau Malaya...Terus mengaum!!! AUMMM!!!!

Sunday, November 20, 2011

Keputusan Penuh Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 | 19 November 2011

Memang sudah diramal sejak dari awal lagi perlawanan ulangan Malaysia vs Indonesia akan berlangsung dipentas akhir bola sepak Sukan SEA apabila masing-masing menewaskan lawan diperingkat separuh akhir untuk menempah tiket ke babak akhir.

Malaysia terlebih dahulu menjejakkan kaki dipentas akhir apabila menewaskan Myanmar 1-0 pada perlawanan yang dilangsung pada sebelah petang sebelum Indonesia melengkapkan jadual perlawanan akhir dengan mengisi satu lagi slot setelah menumpaskan Vietnam pada satu lagi separuh akhir yang dilangsungkan di sebelah malam dengan jaringan 2-0.

Ia bagai 'Final Impian' apabila diibarat pentas terbaik kedua-dua pasukan menunjukan kehebatan masing-masing terutama Indonesia yang pasti mahu menebus kehampaan selepas kecundang ditangan Malaysia pada aksi peringkat kumpulan A 0-1. Pun begitu Sang Garuda berhadapan tugas sukar berdepan Malaysia apabila separuh daripada skuad Harimau Muda negara sebenarnya dibarisi pemain yang pernah beraksi di pentas Piala AFF Suzuki 2010 yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia di Stadium keramat mereka itu Gelora Bung Karno dengan aggregat 2-4.

Harimau Malaya vs Sang Garuda

Nama-nama seperti Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asrarudin Putra dan Khairul Fahmi adalah nama yang pernah muncul selaku pemain utama skuad kebangsaan yang menjulang Piala AFF 2010 yang pastinya akan menjadi duri dalam daging bagi pasukan Indonesia menjelang aksi Final 21hb November 2011 nanti.


Barisan Pemain Harimau Muda Yang Pernah Beraksi di Final Piala AFF Suzuki 2010

Ayuh Harimau Muda Negara teruskan mengaum dan sedia untuk membaham Sang Garuda untuk kedua kalinya dalam tempoh 5 hari selepas kemenagan 1-0 Khamis lalu.

Thursday, November 17, 2011

Keputusan Penuh Malaysia vs Indonesia Bola Sepak Sukan SEA 17 November 2011


Keputusan Penuh Malaysia menumbangkan puluhan ribu pemain Indonesia 1-0.

Permainan yang terbaik setakat ini yang ditujukan oleh pemain Harimau Muda Negara dengan tektikal disiplin yang baik untuk setiap penguasaan bola. Gol jaringan Shahrul Azwari pada minit ke-17 cukup untuk melenyapkan lautan pemain ke-12 yang begitu fanatik inginkan pasukan Garuda mereka menang.Ketenangan, tidak gugup dan disiplin itu adalah tunggak kemenangan pada malam ini.. Ayuh Teruskan untuk perlawanan separuh akhir menentang Myanmar.

Ayuh Harimau Muda...Terus Mengaummmm!!!!! AAAUUUMMMM!!!!!

Keputusan semasa ( Tamat Separuh Masa Pertama) : Indonesia 0-1 Malaysia

Tepat Pilihan Si Sotong Paul... Huhuhuh...

Sudut Pandang Rimau : Tahniah Harimau Muda Negara...Teruskan Kecemerlangan Hingga Ke Final..

C.Ronaldo Komen Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 2011

Komen yang mungkin boleh memberikan semangat kepada pemain-pemain Malaysia menjelang pertemuan dengan Indonesia malam ini.

Sudut Pandang Rimau : Hahahahaha!!! gelak sampai pecah perut...

Wednesday, November 16, 2011

Comolot : Nabila Huda Mohon Maaf


Penyebaran gambar cium mulut Nabila di internet yang mendapat banyak perhatian sudah pun meninggalkan coretan di dinding. Isu itu menjadi perhatian memandangkan Nabila baru sahaja bercerai. Ayahnya, Amy Search juga sangat malu dengan perbuatan Nabila. Malah Amy sebelum ini telah menegur anaknya itu agar berhati-hati.

Nabila yang dihubungi portal Gua baru-baru ni menyatakan maafnya kepada semua fan. Dia begitu kesal dan berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi. Semoga menjadi pengajaran buat diri Nabila dan juga anda di luar sana.

“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi. “Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu. “Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan. -Gua

Aksi bercium mulut Nabila dengan seorang lelaki Melayu dikatakan berlaku di Kampung Salang, Pulau Tioman, Pahang ketika mereka melakukan aktiviti diving di sana. Bukan setakat bercium mulut, malah mereka juga menyambut Halloween dengan memakai tanduk syaitan.

Monday, November 14, 2011

Kadar Obesiti Di Malaysia Tertinggi


Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

“Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes,” katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong). Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram. Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

“Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan,” katanya. Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan. Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan.

Sunday, November 13, 2011

Keputusan Penuh Malaysia vs Kemboja 13 November 2011

Malaysia berjaya menewaskan kemboja untuk berada ditangga teratas seketika kumpulan A dengan mengumpul 7 mata. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Izad Faris (1), Badrol Bahtiar (2), Wan Zaharulnizam (1).

Saturday, November 12, 2011

19 Bayi Lahir Tarikh 111111 Di Hospital Pantai Ampang


Seramai 19 bayi selamat dilahirkan pada tarikh keramat 11.11.11 yang dianggap sebagai satu tarikh yang istimewa di Hospital Pantai Ampang, Selangor Hospital Pantai Indah Sdn. Bhd. melalui satu kenyataan media memberitahu, tarikh hari ini iaitu 11 November 2011 adalah hari istimewa bagi ibu-ibu yang menyambut kelahiran bayi. Tarikh 11-11-11 merupakan hari yang sibuk kepada jururawat dan doktor di hospital dan banyak ibu bapa mengharapkan bayi dilahirkan pada hari istimewa ini.

Menurut kenyataan itu, antara bayi yang dilahirkan di Hospital Pantai Ampang adalah pasangan kembar kepada Tan Li Hwa dan suaminya Loj Kean Huat. Kata kenyataan itu, kedua-dua pasangan tersebut menyambut kelahiran anak kembar pertama keluarganya masing-masing dengan berat 2.1kg dan 2.33kg pada pukul 7.35 petang dan 7.36 petang.

Thursday, November 10, 2011

Anak Chef Wan – Chef Riz Kelentong Resume?


Anak Chef Wan, Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Riz didakwa telah mengubah kelayakan dirinya dalam resume. Beliau merupakan salah seorang juri untuk program MasterChef edisi Malaysia yang bermula 22 Oktober yang lalu.

The Malaysian Insider semalam membongkar fakta yang meragukan dalam profile Chef Riz yang dipaparkan di laman web rasmi MasterChef Malaysia — dua fakta yang dilihat memiliki tahap auta melampau ialah;

FAKTA #1 – Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef di restoran paling popular dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau baru berumur 22 tahun.

KANTOI #1 – Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.

Namun, Chef Riz yang dihubungi kembali untuk mendapatkan kenyataan menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef di sana selama setahun — Januari 2005 sehingga Disember 2005.

FAKTA #2 – Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.

KANTOI #2 – Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan memberitahu bahawa mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti yang didakwa dalam profile MasterChef Malaysia.

Namun, anehnya kini, profile Chef Riz telah berubah dan hanya menyebut beliau pernah menjadi pelatih di kedua dua buah restoran mewah tersebut. Nampaknya Chef Wan yang sebelum ini begitu garang mengkritik majlis resepsi perkahwinan Norman Hakim dan Memey bakal berdepan kritikan hebat pihak pula kali ini. Walaupun anak dia yang didakwa mengubah resume, tetapi sebagai seorang chef selebriti yang agak laser sound orang, peluang seperti ini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh orang-orang yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadapnya.

Mesti keluar ayat-ayat menegur orang pandai, anak sendiri tak mahu nasihat apa-apa.

Pandai-pandailah nak jawab kan….. Sementara itu, berita terkini ialah Chef Riz telah memohon maaf kerana terover meletakkan kelayakan dirinya. Dalam erti kata lain, memang telah berlaku penipuan. Permohonaan maaf dibuat melalui saluran Astro Ria yang menyiarkan program MasterChef Malaysia.

Astro bagaimanapun telah cuci tangan awal-awal dengan menafikan pihak itu bertanggungjawab ‘memperhebatkan’ kandungan resume Chef Riz. Status resumenya juga telah berubah daripada ketua chef kepada pelatih pula. Chef Riz adalah juri yang paling muda daripada barisan lima juri yang dilantik dalam program berkenaan.

Wednesday, November 2, 2011

Program Seksualiti Merdeka : Apekejadahnya nie!!!

Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery. Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka. Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Sudut Pandang Rimau : Jangan Undang Bala Kat Malaysia nie..Kalau Bala Turun Nanti Tak Tertanggung...

Tuesday, November 1, 2011

Maharaja Lawak Mega VS Maharaja Lawak... Mane Lagi Best?



VS



Mana pilihan Korang?Meletop Maharaja Lawak Mega ke Maharaja Lawak?

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP