Saturday, February 25, 2012

Lelaki Pusing Kepala 180 Darjah



Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Alexander mampu memusingkan kepalanya sehingga 180 darjah!! Menurut Alexander, dia mula menyedari ‘kelebihannya’ mampu memusingkan kepalanya sebanyak 180 darjah itu sejak menyertai latihan gimnastik beberapa tahun yang lalu. “Beberapa tahun dulu, saya mula menceburkan diri dalam arena gimnastik. Ketika itu baru saya sedar bahawa saya memiliki tulang veterbrata yang fleksibel dan saya mampu pusing kepala saya jauh lebih ke belakang dari (individu) normal.

“Sejak itu saya cuba pusing kepala saya ke belakang sedikit demi sedikit dan akhirnya saya berjaya berjaya pusingkan kepala saya terus ke belakang,” katanya yang dipetik dari rakaman video yang disiarkan di laman Youtube sejak dua tahun lalu. Dipercayai Alexander kini sangat popular dan menjadi sebutan masyarakat dunia yang sukakan perkara-perkara pelik di mana penonton video tersebut telah mencecah lebih 4 juta penonton.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang teringin nak jadi popular di seluruh dunia seperti Alexander namun suka dinyatakan di sini bahawa usahlah cuba meniru aksi lelaki ini memandangkan ia mampu membawa kecederaan serius atau maut. Tak guna menjadi popular sekiranya anda dilaporkan meninggal dunia semata-mata hanya untuk meniru aksi Alexander memusingkan kepala 180 darjah ke belakang – tak berbaloi, kan?

Lagipun, Islam melarang umatnya melakukan sesuatu yang mampu mencedarakan diri sendiri sebagaimana kata Abu Burdah RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan ayahnya, Abu Musa dan Muaz ke Yaman, serta bersabda;

“Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu,” – Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Bayan berhubung hadis berkenaan jelas menyatakan bahawa Rasulullah SAW menggariskan pada umatnya supaya memudahkan diri dalam amalan dan tidak menyukarkan diri dengan amalan-amalan yang membawa kemudharatan.

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 13, 2012

Rempuh Petronas!

Guru wanita hilang kawalan rempuh Hilux

Akibat hilang kawalan, kereta seorang guru wanita merempuh sebuah kereta 4x4 jenis Hilux sebaik sahaja selesai mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua. Agak2 best tak dapat rempuh stesen Petronas nie...heheheheh..

Sunday, February 12, 2012

Keputusan Penuh Liga Super Perlawanan 11.02.2012


Kelantan 2 - 1 Terengganu
Kuala Lumpur 0 - 2 Johor FC
PKNS FC 2 - 0 Selangor
Singapore Lion XII 3 - 1 Negeri Sembilan
Kedah 2 - 2 Sabah
T-Team 2 -0 Perak
Sarawak 1-1 Felda United


Saturday, February 11, 2012

Rana Mizanur Rahman Dikehendaki Polis

Suspek Dikehendaki Polis Rana Mizanur Rahman Ekoran Kes Mayat Dalam Beg Di Sebuah Hotel Di JALAN RAJA LAUT

PADA 05 HB FEBRUARI, 2012 JAM LEBIH KURANG 08.30 MALAM PIHAK POLIS TELAH MENERIMA MAKLUMAT DARIPADA SEORANG PEKERJA HOTEL DI JALAN RAJA LAUT KUALA LUMPUR, MENGATAKAN ADA SEBUAH BEG BESAR DISYAKI MENGANDUNGI MAYAT DIJUMPAI DI LUAR SALAH SATU BILIK TINGKAT SATU HOTEL TERSEBUT. SIASATAN PIHAK POLIS MENDAPATI BEG TERSEBUT MENGANDUNGI MAYAT SEORANG WANITA DISYAKI WARGA NEGARA ASING (INDONESIA). MANGSA TERSEBUT TELAH MATI DISYAKI TELAH DICEKIK.
KES INI DIKLASFIKASIKAN SEBAGAI KES BUNUH DAN DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN.

EKORAN KEJADIAN INI PIHAK POLIS INGIN MENGHUBUNGI SEORANG LELAKI WARGANEGARA BANGLADESH DIPERCAYAI DAPAT MEMBANTU PIHAK POLIS DALAM MENYELESAIKAN KES INI.

NAMA : RANA MIZANUR RAHMAN
PASPORT NO : A 0533247
WARGA NEGARA : BANGLADESH
ALAMAT : NO. 73 JLN IPOH, KUALA LUMPUR
TINGGI : 165 CM

MANA-MANA ORANG YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN PENAMA TERSEBUT DIMINTA MENGHUBUNGI BILIK GERAKAN JSJ D9 IPK KUALA LUMPUR DI TALIAN 03-21460685 ATAU MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN.

Friday, February 3, 2012

Kandungan Alkohol Dalam Coke Coca Cola?

Dipetik dari Satu Sumber Akhbar

Biar betul benda ni? Tapi kenapa ada logo halal Malaysia pada botol coke ni? Mana satu nak percaya ni? Sumber mengenai dalam coke ada alkohol ni boleh disemak pada kandungan bahan 7x di SINI. Tapi ada sumber dari Majlis Fatwa Malaysia kata ada alkohol yang halal dan boleh dimakan cek di SINI. Tak tau lah mana satu yang betul. Apa-apa pun tepuk dada tanya iman..

Logo Halal Dari JAKIM Pada Tin Minuman Coke

Sudut Pandang Rimau : Hai dunia-dunia...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP