Friday, June 28, 2013

Nasib Bayi Kembar 12 Yang Terpaksa Dibunuh


Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.” “Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan.

“Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut. Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Wednesday, June 26, 2013

Teknik Pengemis Buat Luka Tiruan Untuk Raih Keuntungan


Pengemis-pengemis di negara China terlalu pandai untuk meraih simpati orang ramai di negara mereka hanya kerana ingin mendapatkan duit.
Caranya mudah bagi mereka. Pengemis-pengemis akan membuatkan diri mereka seolah-oleh mempunyai luka yang teruk dan berdarah banyak. Dengan cara itu, orang ramai akan berasa kasihan dan menghulurkan bantuan kepada mereka. Luka yang dilihat sangat teruk sebenarnya hanyalah dibuat-buat sahaja.
Dengan bahan-bahan yang tertentu, mereka mampu membuat luka atau kesan sakit yang teruk di kulit mereka. Bahan-bahannnya adalah:
- Gam
- Pewarna merah
- Span pencuci pinggan
- Pencungkil gigi
- Pengorek telinga

Cara-caranya adalah seperti berikut :
1. Sapukan gam pada kulit dan dibiarkan hingga kering.
















2. Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.
















3. Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam.
















4. Gam yang sudah kering di cungkil bahagian tepi dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kulit terkopek.
















5. Sapukan pewarna merah dengan pengorek telinga di bahagian yang menampakkan luka dalam.
















6. Siap...
















Mudah kan...selamat mencuba..

Tuesday, June 25, 2013

Pemberian Bonus Penjawat Awam Untuk Hari Raya Aidilfitri 2013

PM akan umum bonus penjawat awam


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini. "Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam. Semalam, Presiden Cuepacs    Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti. Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini. Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.
"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka. Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya. Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam. Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya 

Friday, June 21, 2013

Kes Murtad Semakin Menjadi-Jadi

Persoalan Aqidah Ummat Islam Bukan sesuatu yang boleh dibawa bermain, bergurau dan berdrama atau sebagainya... Apakah tindakan Kerajaan Islam di negara kita ini untuk membendung gejala ini? Apa pula tindakan Sultan2 selaku Ketua Agama Islam di Malaysia ini? Apa pula tindakan para-para Ulama' dalam menangani isu seperti ini? Masyarakat Islam sendiri kenapa isu ini boleh timbul di negara kita?
Pada pendapat saya semua pihak perlu mengambil tindakan sewajarnya... Baiklah, di sini saya perlukan pendapat saudara2 semua dalam memberi cadangan membina menangani permasalahan ini...
Di sini saya selitkan beberapa gambar yg berkaitan... perkara ni perlu diperhalusi bagi menanganinya...
 
 

 


 


 
p/s : renung2kanlah dan selamatkan islam dibumi bertuah ini..

Thursday, June 20, 2013

Bulu Kaki Tiruan Elak Wanita Dirogol


Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali. Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu. Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.

Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi. Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.

“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu. “Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010. Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan.

Wednesday, June 19, 2013

Koleksi Nombor Plate Menarik Di Malaysia

Di Malaysia atau di mana jua dalam dunia ni, selain masing-masing mempunyai keinginan untuk memiliki kereta yang hebat, pastinya tersimpan juga rasa ingin meiliki nombor pendaftar (plate number) yang menarik bagi kereta mereka. Dalam ribuan kereta di atas jalanraya, pastinya mereka yang mempunyai plate number yang menarik dan jarang dilihat, akan menjadi pemerhatian orang.






Tuesday, June 18, 2013

9 Jenis Anak Syaitan Dan Peranannya


9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

p/s : Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ?

Monday, June 17, 2013

Askar Wanita Israel Upload Gambar Panas Dalam Facebook



Amat sesuai dengan mereka akhirnya mereka membodohkan diri mereka dan mengina diri mereka sendiri difacebook dengan uploadnya gambar-gambar ini tanpa perlu disuruh.

Tuesday, June 11, 2013

Keunikan Wang Kertas RM1 Yang Bernilai RM600



Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong. Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan. “Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.

“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin. Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.

Monday, June 10, 2013

Buaya Putih Mistik Belum Terungkai



Lokasi runtuhan struktur konkrit Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh, kelmarin turut dikaitkan dengan beberapa kejadian mistik oleh pekerja pembinaan di kawasan itu selain penduduk tempatan.
Difahamkan, lokasi berkenaan yang menjadi penghubung air sungai dan laut dikatakan menjadi laluan ‘Buaya Putih’ yang disifatkan penduduk sebagai penunggu di kawasan itu.

Menurut seorang pekerja pembinaan yang bertugas sejak kerja awal jambatan dan hanya mahu dikenali sebagai Azmi, lokasi pembinaan itu agak ‘keras’ berbanding lokasi lain.
“Bagi pekerja pembinaan di sini, mereka memang sudah mengetahui lokasi ini agak ‘keras’ berbanding tempat lain. “Memang kawasan runtuhan konkrit itu bermasalah sejak awal pembinaan dan setiap kali mahu melakukan kerja konkrit ada saja masalah timbul,” katanya.

Menurutnya, ada satu ketika pekerja mahu melakukan kerja konkrit, namun terpaksa memberhentikan kerja berikutan ada takungan air yang tidak dapat dikesan puncanya.

Tuesday, June 4, 2013

Suspek Hina DYMM Yang Di Pertuan Agong Dalam Facebook Ditahan



Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya.

Suspek, seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia.

Saturday, June 1, 2013

Downlink Movie

Link Movie Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz..
Download link dibawah
LINK 1

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP