Saturday, August 27, 2011

Salam Lebaran Buat Semua


Assalam kepada semua rakan-rakan Blog rimausakti.blogspot.com...Dikesempatan yang baik ini rimau ingin memohon ampun dan maaf kepada semua Bloggger andai sepanjang perjalanan menempuhi dunia cyber ini ade menyakiti perasaan rakan-rakan semua..Semoga yang terbaik telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini dan moga mendapat balasan yang setimpal dari padaNya..Salam Lebaran dari rimau sekeluarga...Maaf Zahir Batin...

Tuesday, August 23, 2011

Fadhilat Dan Kelebihan Bulan Ramadan



Antara Kelebihan Bulan Ramadhan adalah seperti berikut :


# Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
# Bulan penuh keberatan.
# Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
# Amal sunat sama dengan solat fardhu.
# Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
# Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
# Bulan menambah rezeki.
# Memberi buka banyak pahala.
# Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
# 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Sudut Pandang Rimau : Dengan baki Ramadhan yang semakin suntuk ini, marilah kita sama-sama mengejar kelebihan Ramadhan ini kerana kita tak pasti lagi sempat atau tidak untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan...

Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatul Qadar Ramadan 1432 Hijrah


Menurut penelitian Imam Ghazali rh. Lailatul-Qadr dapat diperolehi sebagai berikut:
  1. Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan.
  2. Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan.
  3. Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan.
  4. Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 25 Ramadhan.
  5. Kalau puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 23 Ramadhan.
Tanda-tanda Lailatul-Qadr
  • Tanda lailatul-Qadr seperti mana disampaikan oleh Ubadah bin Samit r.a dari Nabi s.a.w ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas dan tidak pula dingin seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak ada bintang-bintang yang muncul sehingga pagi.
    Dan termasuk tanda-tanda ialah bahawa matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama.

Dipetik dari buku Risalah Puasa, Muhammad Qosim at-Timory, terbitan Jahabersa&Jami’atul Ulum Ar-rahman

Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: “Rasulullah sedaya upaya berusaha dalam malam-malam sepuluh akhir melebihi usahanya di malam-malam lain.”

[rujukan : JAIS]

Sudut Pandang Rimau : Pun Begitu, adalah lebih baik kita mencarinya disetiap malam 10 terakhir ramadan kerana disetiap malam di dalam bulan yang penuh berkat ni sememangnya terdapat ganjaran yang tidak terdapat di malam bulan-bulan lain...jom kita berpesta ibadah... ;)


Thursday, August 18, 2011

Santai Ramadhan....

Horlicks Dan Ramadhan


Al-kisah...(Untuk hiburan semata)
Satu pagi di bulan Ramadhan....(tahun bile tak pasti...)
Mak : Alif,bgn sahur! bgn!
Alif : jap la mak..mak buat HO..HO..HOrlicks ke?
Mak : HO..HO..HOtak kau! bgn skrg sahur!
Rimau : Ganas mak dia ni...huhuhuh ;P

Tuesday, August 16, 2011

Ade Berani ker?

Pelik Tapi Benar

Agak-agak korang rela tak nak makan?huhuhuhuh...Nie nak buat buka ke sahur ni?

Saturday, August 13, 2011

Resepi Kuih-Muih Di Bulan Ramadhan (Resepi Kuih Puteri Dua Sebilik)

Ramadhan datang lagi...maka kita pasti tidak terlepas dengan sajian-sajian kuih muih yang pelbagai jenis terutama untuk dijadikan sajian hidangan selepas mengerjakan solat terawih sebagai makanan ringan. Rimau suka untuk mengajak berkongsi dengan rakan-rakan blog resepi-resepi sajian melalui Sajionline... Selamat mencuba....


Resepi Kuih Puteri Dua Sebilik (Macam pelik je nama kuih nie...)

Kuih Puteri 2 Sebilik

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut hitam
2 keping gula kabung - dipotong empat segi kecil
3 cawan santan pekat
1/2 sudu besar tepung kanji
Sedikit gula pasir untuk tabur
Daun pisang - dibentuk sampan

Cara Menyediakan:

1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga menjadi doh seperti buah melaka. Bentuk bulat dan isikan dalamnya dengan sekeping kecil gula kabung.

2. Masukkan dua biji doh kecil ke dalam daun pisang.

3. Di dalam mangkuk lain, satukan santan dan tepung kanji. Kacau rata dan tuangkan ke dalam sampan daun pisang berisi doh pulut tadi.

4. Taburkan gula pasir dan kukus hingga masak.


Rimau : Natang bende agaknye Boh tu...Rimau pun tak tahu...huhuhuhu...


Thursday, August 11, 2011

Burj Khalifa Berbuka Lebih Lewat


Umat Islam yang tinggal di dalam bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, terpaksa berpuasa lebih lama sepanjang Ramadan. Ketua ulama Dubai, Mohammed al-Qubaisi, berkata penghuni yang berada di tingkat 80 dan ke atas bangunan itu perlu berbuka dua minit lebih lewat berbanding orang lain.

“Penghuni di tingkat 150 dan ke atas pula perlu berbuka lewat tiga minit,” katanya. Keadaan itu, kata Mohammed, berlaku kerana mereka melihat matahari lebih lama berbanding orang Islam yang ada di bawah. “Keadaan mereka sama seperti dialami seseorang Muslim yang bermusafir menggunakan kapal terbang atau penghuni kawasan tanah tinggi.

Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 dan memiliki 160 tingkat yang boleh dihuni. - AN

Wednesday, August 3, 2011

Azan Setiap Saat Di Seluruh Dunia Tanda Kebesaran Allah

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan laungkan azan, mengakui “Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah.” Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan Bilal akn melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belum pun laungan azan di Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh.

Berikutnya Laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di bandar – bandar Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9 hingga 12 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan zuhur kini sudah dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
SubhanaAllah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegarlah satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.
Subhanallah... Hebat Ciptaan Allah Yang Maha Agung...



SPG : Maha Suci Allah Yang lebih mengetahui daripada apa yang kita tidak tahu.

Monday, August 1, 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 1432H : Bulan Penuh Keberkatan

Bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan A-Mubarak ini, Rimau ingin berkongsi dengan semua pengunjung Blog Rimausakti Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak bagi seluruh Malaysia untuk rujukan rakan-rakan blog sekalian. Rimau ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan kepada anda semua Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan yang Mulia ini. Moga semua amalan kita dapat mendidik kita supaya menjadi Hamba yang lebih bertaqwa..


BIL
NEGERI
ZON
1 MELAKA MELAKA
2 JOHOR
3 PERAK
4 SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10 WILAYAH PERSEKUTUAN
11 WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12 PERLIS PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN
14 KEDAH
15 PULAU PINANG PULAU PINANG

Sumber : JAKIM

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP