Wednesday, September 29, 2010

Filem Altitude (2010) : Penuh Aksi Mendebarkan

Filem Altitude Penuh Aksi Di atas Kapal Terbang


Tersesat di dalam awan tebal yang misteri, seorang juruterbang bersama empat temannya terpaska bergelut dengan kerosakan kapal terbangnya yang pelik yang pertama kali menerbangkan pesawat kecil mereka naik ke ketinggian infiniti, dan kemudian jatuh melalui awan yang tak berpenghujung.

Setelah pesawatnya kembali dikawal, mereka menjangkakan mereka telah terselamat namun sebaliknya yang berlaku kerana mereka tidak menemui tanah untuk mendarat dan kuasa jahat menanti mereka untuk merentap nyawa mereka dari badan. Sama-sama kita saksikan kesudahan filem yang penuh dengan aksi ini di pawagam bermula pada 21 Oktober 2010 ini.



Trailers Filem Altitude


SPG : Wah! Kena tengok ni movie Nie...

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Me



Siapa yang tak nak iPhone 4 yang baru diperkenalkan Apple? Garuda pun semestinya mengidamkannya. Manakan tidak dengan ciri-ciri canggih yang terbina pasti menambat hati setiap peminat gajet-gajet menarik seperti iPhone 4 ini.

Banyak plan menarik yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi terutama syarikat gergasi seperti DiGi yang sekarang sedang hebat menawarkan plan iDiGi Postpaid dengan pakej iPhone 4. Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang berebut nak dapatkan plan ini dari membeli sebiji iPhone 4 ni yang sememangnya mahal.

Tapi bagi Garuda yang sibuk dengan kerja dan tidak berkemampuan lagi nak beli iPhone ni memang menanti-nantikan mana-mana peluang nak dapatkan iPhone 4 ni secara percuma. Siapa yang tak nak kan percuma. Maklumlah sedih tak sedih sampai sekarang Garuda masih bertahan dengan HandPhone Prasejarah Garuda Nokia 3310...huhuhu...

Inilah Hp GARUDA Nokia 3310

Lagipun dengan adanya iPhone 4 ni mudah bagi Garuda sambil bekerja nak Online dimana-mana memandangkan Garuda pun memang pelanggan setia DiGi "Sentiasa Bersamamu". Memang itu yang diharapkan.

Jom pakat join Contest Nuffnang, mana tau rezeki korang. Klik Sini


SPG : Nuffnang je yang dapat bagi Garuda iPhone 4 free..... ;)

Thursday, September 16, 2010

Nuffnang Di Dada Kosmo!! Tahniah Nuffnang

Akhbar Kosmo! 15 September 2010 (Rabu)



Promo Nuffnang Di Akhbar Kosmo!


Nuffnang Memang Tumpuan Blogger-Blogger Tambah Pendapatan


En. Timothy Pelopor Nuffnang Turut Terpapar Di dada Akhbar


Komuniti Nuffnang yang bekerja keras menjana pendapatan Blogger-blogger


Customer-customer Nuffie



SPG : Nuffnang memang lubuk emas Blogger-blogger masakini.

Wednesday, September 15, 2010

Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati : Ada Puak Cuba Politikan Isu Ini.

Jangan Dipolitikkan...Bahaya - Polis


Ternyata isu pembunuhan kejam Datuk Sosilawati cuba dipolitikkan oleh sesetangah pihak utk kepentingan politik mereka...bagi penyokong BN, mereka pastinya menggunakan peluang ini utk mengaitkan suspek pembunuhan ini dgn Pakatan Rakyat dengan membangkitkan sentimen perkauman...antara hujah popular mereka ialah...

1. Suspek adalah orang India..orang India ramai sokong Hindraf..orang Hindraf ramai sokong Pakatan Rakyat..so, suspek adalah ahli/penyokong PR..

2. Suspek adalah peguam dari Majlis Peguam..orang peguam ramai sokong Pakatan Rakyat..so, si pembunuh itu kalau bukan DAP, pasti PKR...

Ini antara hujah dangkal puak2 gerombolan dlm usaha mereka utk mempolitikkan isu pembunuhan ini...sungguh lucu lagi naif pemikiran mereka..

Namun, tanpa mereka duga, berita hari ini telah malaporkan hubungan secara tidak langsung suspek dengan pemimpin BN...dilaporkan, sebelum diberkas polis, suspek telah dahulunya bertemu dengan pemimpin tertinggi BN dari MIC...untuk apa?

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Dari laporan diatas, maka dapatlah dirumuskan...

1. Suspek (kemungkinan) bukanlah ahli mana2 parti kerana baru memohon untuk menyertai MIC..maka tuduhan penyokong Umno bahawa susupek merupakan 'ahli' DAP/PR tertolak..

2. Walaupun permohonan suspek utk menjadi 'ahli' MIC belum diproses, namun secara langsungnya beliau telah tersenarai dikalangan 'penyokong' MIC..maka, tuduhan bahawa suspek adalah 'penyokong' DAP/PR juga tertolak..

3. Kita dapat lihat betapa mudahnya suspek berurusan/membuat pertemuan dengan pemimpin MIC/BN walau dlm keadaan genting sekalipun...

4. Ternyata peguam dari Majlis Peguam juga terdiri dari ahli/penyokong MIC/BN..ini sekaligus menolak tanggapan streotaip penyokong Umno bahawa ramai peguam adalah penyokong PR..

Kemudian, kita lihat pula 2 laporan berita dibawah..

"Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor"...- MyMetro

"Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India".....Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu...- MalaysianInsider

Berdasarkan dua laporan berita di atas, kita dapat lihat bahawa suspek masih dibiarkan bebas walaupun pelbagai tuduhan/aduan dihadapakan kpd suspek sejak tahun lepas..selain aduan dlm kes jenayah 'kemanusiaan' (tahun 2009), beliau turut disabitkan kesalahan jenayah di dalam urusan guaman yang direkodkan pada tahun 2007..boleh baca di sini..

Oleh itu, adalah mustahil Murugiah, atau lain2 pemimpin MIC/BN tidak mengetahui langsung perihal ini (rekod jenayah suspek) sebelum atau ketika membuat pertemuan dgn suspek kes pembunuhan ini..

Oleh yang demikian, sebelum jadi lebih parah, jangan ada pihak yang cuba bangkitan isu ini bersangkut dengan politik kerana simpatilah dengan semua mereka yang telah pergi. Sedekahkan Al-Fatihah lagi bermakna buat mereka.


SPG : Jangan politikan isu ini kerana ia akan membangkitkan api perkauman.

Monday, September 13, 2010

Kes Kehilangan Datuk Sosilawati

Suspek Kes Kejam Culik, Bunuh, Bakar, Buang.


KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.


SPG : Kes dapat dikesan Polis sebab penjenayah lupa nak hapuskan bukti.

Sunday, September 5, 2010

Bersaranya Bos Besar Aku.. IGP Tan Sri Musa Hassan

Tan Sri Musa Bin Tan Sri Haji Hassan


Setelah berkhidmat selama 41 tahun, pada tahun 2010 Tan Sri Musa Hassan mengambil keputusan untuk bersara dari pasukan setelah menabur pebagai bakti di dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara bersama PDRM.

Sepanjang pekhidmatan beliau Garuda lihat Tan Sri seorang yang mudah untuk didekat dan mesra dengan semua Pegawai dan Anggota PDRM. Sebab setiap kali solat jumaat Garuda mesti akan berjumpa dengan Tan Sri dan sikap ramah serta rendah diri beliau melihatkan Garuda akan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin No.1 PDRM.

Jasa dan bakti serta kebajikan pasukan sentiasa menjadi keutamaan beliau bagi memastikan Pegawai dan Anggota PDRM mendapat ruang dan kemudahan yang cukup dalam menjalankan tugas mempertahankan keselamatan.

Maka tarikh 12 September 2010 akan berlaku penyerahan secara rasmi jawatn no.1 PDRM itu kepada Timbalan Beliau iaitu Tan Sri Ismail Omar dan jawatan DIG akan digalas oleh Datuk Hussin Ismail Pengarah Jabatan KDN/KA.

Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar


Insyallah Garuda akan turut serta sekali untuk Majlis Paluan Berundur yang akan diadakan di Dataran Kawad Pulapol KL bagi meraikan hari terakhir Tan Sri Musa bersama pasukan dan Makan Malam Pegawai "Mess Night" di KLCC di sebelah malam.

Moga Tan Sri terus memberi sumbangan dan idea melalui kepakaran Tan Sri walaupun tidak berada di dalam pasukan lagi. Dan selamat menempuh alam persaraan yang lebih merehatkan.


SPG : Terima kasih Tan Sri dari seluruh warga PDRM dan Rakyat Malaysia.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP