Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Reduction Offer PDRM Summons


To all traffic offenders who have outstanding summonses to the police, recently police has extended the period from 28/02/2011 to blacklist the new end date is 10/03/2011. This is the right time for you all to settle the suit, the suit due to the avoidance of the JPJ current diblacklist renew road tax and license.

SPG : Don't wait untill last minute..

Thursday, March 3, 2011

Kekosongan Jawatan Polis Diraja Malaysia (Konstabel Lelaki)

Kepada semua warganegara Malaysia lelaki yang berumur 18 hingga 28 tahun adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di dalam PDRM (Polis Di Raja Malaysia) sebagai Konstabel Polis Lelaki. Kepada sesiapa yang berminat boleh mengambil borang POL. 262 secara percuma di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah yang berdekatan dengan membawa sijil SPM asal.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 09/03/2011 bagi Semenanjung Malaysia dan 14/03/2011 bagi Sabah dan Sarawak. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah tersebut untuk dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti di bawah :

Klik Gambar Untuk Tumbesaran


SPG : Kepada mereka yang berminat, selamat mencuba dan mana tahu anda bakal menjadi salah seorang warga PDRM kelak.

Tuesday, December 14, 2010

Nahas Helikopter : Perginya Inspektor Shukri

Nahas Helikopter jenis Robinson 44 (R-44)

Petang tadi Garuda dikejutkan dengan panggilan dari sahabat Garuda tentang nahas helikopter yang dipandu oleh sahabat Garuda, Allahyarham Insp Shukri Othman di Malim Nawar. Malah nahas kemalangan itu mendapat liputan meluas TV dan akhbar elektronik.

Arwaryarham adalah scuadmate Garuda yang sedang menjalani latihan dibawah Bahagian Latihan Unit Udara PDRM berpangkalan di Perak. Arwah mengikuti kursus latihan penerbangan di Integrated Training And Services berpusat di Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, maut apabila helikopter yang dipandunya terhempas sebelum terbakar di sebuah kawasan lombong di Malim Nawar jam 3 petang (14 Disember 2010).

Helikopter tersebut dikhabarkan mengalami masalah teknikal kerana Insp Shukri sempat menghubungi menara kawalan sebelum kejadian. Namun helikopter berkenaan terhampas juga berdekat lombong lama lalu terbakar. Arwah meninggal ditempat kejadian.

Arwah seorang yang peramah, suka berjenaka dan sangat menghargai nilai persahabatan. Garuda berasa senang semasa bersama Arwah. Inilah adat hidup seorang yang berkorban untuk negara demi mempertahankan keamanan negara. Garuda amat terasa dengan kehilangan sahabat Garuda ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihi olehNya. Al-Fatihah...


SPG : Sama-sama kawan-kawanku kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah...Al-fatihah

Sunday, September 5, 2010

Bersaranya Bos Besar Aku.. IGP Tan Sri Musa Hassan

Tan Sri Musa Bin Tan Sri Haji Hassan


Setelah berkhidmat selama 41 tahun, pada tahun 2010 Tan Sri Musa Hassan mengambil keputusan untuk bersara dari pasukan setelah menabur pebagai bakti di dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara bersama PDRM.

Sepanjang pekhidmatan beliau Garuda lihat Tan Sri seorang yang mudah untuk didekat dan mesra dengan semua Pegawai dan Anggota PDRM. Sebab setiap kali solat jumaat Garuda mesti akan berjumpa dengan Tan Sri dan sikap ramah serta rendah diri beliau melihatkan Garuda akan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin No.1 PDRM.

Jasa dan bakti serta kebajikan pasukan sentiasa menjadi keutamaan beliau bagi memastikan Pegawai dan Anggota PDRM mendapat ruang dan kemudahan yang cukup dalam menjalankan tugas mempertahankan keselamatan.

Maka tarikh 12 September 2010 akan berlaku penyerahan secara rasmi jawatn no.1 PDRM itu kepada Timbalan Beliau iaitu Tan Sri Ismail Omar dan jawatan DIG akan digalas oleh Datuk Hussin Ismail Pengarah Jabatan KDN/KA.

Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar


Insyallah Garuda akan turut serta sekali untuk Majlis Paluan Berundur yang akan diadakan di Dataran Kawad Pulapol KL bagi meraikan hari terakhir Tan Sri Musa bersama pasukan dan Makan Malam Pegawai "Mess Night" di KLCC di sebelah malam.

Moga Tan Sri terus memberi sumbangan dan idea melalui kepakaran Tan Sri walaupun tidak berada di dalam pasukan lagi. Dan selamat menempuh alam persaraan yang lebih merehatkan.


SPG : Terima kasih Tan Sri dari seluruh warga PDRM dan Rakyat Malaysia.

Thursday, June 3, 2010

Aku, Kerja Dan Pengawaman


Minggu ni adalah minggu paling mental bagi aku sebab dah ramai kakitangan awam dah mula memenuhi ruang pejabat aku. Ini gara-gara proses pengawaman berperingkat secara menyeluruh yang dilaksanakan ke atas semua pegawai dan anggota PDRM yang sebelum ini menjalankan tugas-tugas berbentuk pentadbiran dan aku tidak terkecuali dalam proses ini.

Kesian aku tengok anggota aku terpaksa dikeluarkan seramai 112 orang gara-gara kehadiran penjawat awam FT17 yang akan mengisi kekosongan yang anggota aku tinggalkan. Pada aku tak jadi masalah untuk orang awam membuat tugas-tugas pentadbiran PDRM, cuma mentaliti orang awam ni tak sama macam Polis. Aku kerja tak tentu masa pagi, petang, malam walaupun subuh aku tetap bertugas. Jadi orang awam kebiasaannya dah set pukul 5 petang adalah waktu habis kerja dan apa-apa kerja yang masuk selepas itu adalah tugas untuk keesokkan harinya sedangkan aku kalau kerja tu tak siap kena disiapkan walaupun terpaksa tidur di dalam pejabat.

Apa yang aku nampak setiap orang awam yang mengisi kekosongan jawatan di PDRM nanti harus lebih 'menjaga mulut' mereka sebab setiap yang akan mereka lalui adalah sulit dan tidak boleh dihebahkan kepada umum. Diorang akan diwajibkan menandatangani borang OSA (Official secret Act) yang akan memaksa menyimpan apa-apa juga rahsia yang mereka tahu.

Itulah hakikat yang terpaksa aku dan warga PDRM terima kerana kuasa yang dibarikan kepada PDRM untuk menguatkuasakan undang-undang dan memerangi jenayah perlu dipikul untuk kesejahteraan rakyat. Apa pun selamat bertugas kepada semua anggota dan pegawai yang akan memulakan tugas ditempat baru pada 01.07.2010 nanti. Dan aku tengah tunggu turn pulak menanti tempat untuk ditugaskan ke kawasan 'hotspot' jenayah diserata Malaysia macam diorang tu sume.



p/s : Awam Kena Kuat mental kalau nak keje dengan polis nie..Harap-harap korang tahan..Agi Idup Agi Ngelaban..

Saturday, May 29, 2010

Kenali Cawangan Khas PDRM Dan Sumbangan Kepada Negara





Pendahuluan1.Sejak penubuhannya pada tahun 1949, peranan Cawangan Khas terus berkembang dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan trend ancaman keselamatan negara masa kini. Justeru, Cawangan Khas sentiasa proaktif melaksanakan tanggungjawabnya bagi mengekalkan identiti sebagai sebuah badan perisikan utama negara.


Menangani Elemen Pengganas
2. Sejak penubuhannya, Cawangan Khas telah memainkan peranan penting dalam menentang dan menyekat ancaman dari Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga membawa kepada kekalahan dan pengunduran pengganas komunis pada tahun 1960. Usaha pembanterasan ini diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi dan akhirnya membawa kepada perjanjian damai dan perletakan senjata oleh pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Selain pembanterasan elemen pengganas komunis di Semenanjung Malaysia, ancaman komunis di Sarawak juga berjaya ditumpaskan sehingga membawa kepada penyerahan diri 52 orang saki baki pengganas komunis dari Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) pada 17 Oktober 1990. Perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Thai dan PKM pada 2 Disember 1989 telah berjaya menghapuskan ancaman militan komunis yang telah wujud selama 41 tahun. Tamatnya ancaman tersebut telah berjaya menaikkan imej negara dan Cawangan Khas di mata dunia.


3. Pengalaman pertama Cawangan Khas dengan ancaman pengganas adalah sewaktu menghadapi insiden Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ditawan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975. Hasil peranan aktif yang dimainkan oleh Cawangan Khas, 52 orang tebusan berjaya dibebaskan dan lima elemen JRA telah dihantar pulang ke Libya.


4. Peredaran zaman turut mempengaruhi corak ancaman keselamatan negara. Elemen pengganas bersifat lebih kompleks dan global. Jaringan perhubungan ahli-ahli Jemaah Islamiah (JI) dengan kumpulan Teroris Antarabangsa, Al-Qaeda, Darul Islam dan Kumpulan Abu Sayyaf menjadikan kumpulan militan JI sebagai ancaman yang paling serius dan berbahaya. Operasi-operasi yang dijalankan oleh Cawangan Khas dengan kerjasama agensi perisikan luar sejak 2001 hingga 2009 telah berjaya membawa kepada beberapa siri tangkapan pemimpin/ketua elemen kumpulan militan terbabit.


Menangani Elemen Ekstremis Agama

5. Cawangan Khas turut berhadapan dengan ancaman dari sudut ekstremis agama terdiri dari kumpulan radikal dan militan Islam yang memperjuangkan semangat perjuangan dan ajaran terpesong. Lanjutan keberkesanan peranan yang dimainkan, Cawangan Khas berjaya melumpuhkan pergerakan dan mengekang dari berlakunya insiden yang lebih buruk. Ini terbukti apabila turut berjaya merampas sejumlah besar senjata yang digunakan oleh mereka. Antaranya, kejayaan menangani serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor pada 16 Oktober 1980, peristiwa Mamali di Baling, Kedah pada 19 November 1985 dan peristiwa menawan Bukit Jenalik, Perak oleh elemen Al-Maunah pada 2-6 Julai tahun 2000. Insiden-insiden tersebut adalah peringatan tentang keupayaan pengamal ajaran yang menyeleweng boleh mempengaruhi pengikut-pengikut mereka bangkit menentang kerajaan dan pihak berkuasa.


Menangani Elemen Ekstremis Politik

6. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 jelas terbukti tindakan sesetengah parti politik mengeksploitasi isu-isu sensitiviti perkauman dan keagamaan mampu membangkitkan kemarahan antara kaum dan ketidakstabilan sistem politik yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam. Sebagai badan perisikan yang terulung, Cawangan Khas bertindak secara proaktif mencegah berlakunya pertelingkahan antara kaum dan seterusnya mempertahankan kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.


Menangani Ancaman Pendatang Tanpa Izin

7. Kestabilan politik dan ekonomi Malaysia telah mendorong kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini sehingga memberikan implikasi yang serius kepada negara. Kehadiran pendatang tanpa izin telah menimbulkan masalah dari segi sosial dan peningkatan kadar jenayah. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kewujudan sindiket-sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri/perjalanan seperti kad pengenalan dan pasport serta sindiket pemerdagangan manusia. Dalam usaha menangani masalah ini, peranan Cawangan Khas menerusi Ops Kenal, Ops Kenal Lada dan lain-lain yang berjaya memberkas kumpulan-kumpulan sindiket dan mereka yang terlibat.


Penutup

8. Selain menjalankan tugas utamanya dalam mengekalkan keselamatan negara dan ketenteraman awam, Cawangan Khas turut memberi bantuan dan kerjasama dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang membawa kejayaan yang besar kepada PDRM.

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP