Sudah
diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan.
Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. Apabila
dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh
dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan
organ lain.
Namun, tahukah anda bahawa di
dalam rokok mengandungi darah babi? Penyelidikan yang ditemui oleh
seorang saintis Belanda tersebut cukup menggelisahkan. Dinyatakan
sekiranya 185 jenama rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada
bahagian filter rokok.
Prof Chapman
Hemoglobin
atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok
agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk
ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh
penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma
(gambar) dan disokong
oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Dipetik
News.cnet.com, Prof Chapman
(gambar) mengatakan bahawa kajian ini memberitahu
dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran
terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan
bagi penganut kedua-dua agama tersebut.
Christien Meindertsma
Prof
Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan
bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama
rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi
dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya,
tidak disebutkan jenama rokok tersebut.
Rokok
yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan
penapis saja. Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan
menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi
kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok
yang tidak menggunakan penapis.
So bagi orang islam bila dah tau perkara ini perlu pertimbangkan dengan akal yang waras untuk menghisap rokok selepas ini..tepuk dada tanya iman..wassalam...