Showing posts with label Piala AFF Suzuki. Show all posts
Showing posts with label Piala AFF Suzuki. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Keputusan Piala Suzuki AFF : Malaysia 2 - 0 Vietnam



Tahniah pasukan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia setelah sama-sama kita disajikan dengan pemainan bermutu oleh anak didik K. Rajagopal dengan membenam pasukan juara bertahan Piala Suzuki AFF 2008 Vietnam 2-0.

Tahniah dan terima kasih kepada penjaring kedua-dua gol Malaysia Mohd Safie Sali yang berjaya menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Vietnam pada Sabtu (18/12/2010) ini.

Mohd Safie Sali : 2 gol

Diharap dengan berbekalkan 2 gol ini memberikan bekalan yang selesa kepada pasukan Malaysia untuk melakar sejarah melangkah ke akhir Piala AFF ini yang kali terakhir Malaysia ke Final Pada tahun 1996. Sekali lagi tahniah dan syabas pasukan Malaysia dari Garuda.


SPG : Fuhh!! memang mentop game Malaysia pada 2nd half...good2...

Tuesday, December 7, 2010

Keputusan Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Laos


Akhirnya Malaysia ke separuh akhir pertandingan Piala AFF Suzuki selepas membelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Palembang, Indonesia. Kemaraan Malaysia juga turut dibantu oleh keputusan perlawanan di antara Indonesia menentang Thailand di mana perlawanan tersebut berkesudahan dengan Tuan Rumah Indonesia menewaskan Thailand dengan 2-1.

Dengan Keputusan tersebut membolehkan Malaysia menghuni tangga ke-2 kumpulan di belakang Indonesia dengan 4 mata untuk ke separuh akhir yang bakal dilangsungkan pada 15hb Disember 2010.

Perlawanan dalam keadaan hujan lebat di Palembang namun para pemain Malaysia tidak berputus asa untuk memastikan tiket ke separuh akhir biarpun tahu keputusan ke separuh akhir terpaksa menumpang tuah Indonesia yang diharap-harap dapat menewaskan Thailand. Untuk rekod Malaysia belum pernah memenangi Piala AFF ini. Terbaik pencapai Malaysia adalah Naib Juara.

Piala AFF Suzuki menjadi rebutan

Berbekalkan keputusan yang memberangsangkan ini, diharap pemain Malaysia dapat mengekalkan momentum kemenangan biar siapa pun lawan di separuh akhir nanti. Syabas kepada para pemain dan jurulatih Malaysia. Pemergian kalian ke separuh akhir diiringi doa jutaan rakyat Malaysia.

SPG : Inilah yang dikatakan hadiah Awal Muharram...Alhamdulillah...

Kedudukan Liga Super / Liga Premier Malaysia 2012

Maklumat anda :

IP